AISHA cuba bertenang ketika dia sudah masuk ke tandas. Dia menarik nafas panjang sebelum hembus perlahan-lahan. Dia pandang wajahnya di cermin."Sabar Aisha.. sabar. Bertenang.." gumam Aisha perlahan. Namun dalam masa yang sama kolam matanya terasa panas.
Ya Allah. Macam mana boleh terserempak dengan lelaki itu. Setahu Aisha, lelaki itu sudah bekerja di luar negara. Itu sahaja khabar terakhir yang dia tahu. Itu pun dari group alumni universitinya.
Tapi takkanlah lelaki tu tak nak pulang ke negara sendiri? Aisha mula gusar. Dahulu boleh dikatakan setiap masa dia berdoa supaya mereka tidak dipertemukan dan Allah makbul doanya.
Tapi tadi tu?
Setelah Aisha sudah boleh bertenang, dia membuat keputusan untuk pulang dahulu. Dia bimbang jika lelaki itu masih ada di sini dan mereka akan terserempak kembali.
Aisha menghantar pesanan ringkas pada Luqman dengan mengatakan dia kurang sihat. Setelah itu dia terus menempah Grab untuk pulang. Mungkin Luqman akan pelik tetapi itu saja yang boleh dia fikir sekarang.
Di dalam kereta, Aisha teringat kembali kejadian tadi. Berdenyut kepala bila memikirkan tentang lelaki itu. Tetapi sakit kepala tidak boleh lawan sakit di hatinya. Setiap kali dia teringat lelaki itu, hatinya makin sakit.
Tatkala kenangan lalu berkunjung di minda, Aisha menggeleng kepala dengan kuat. Dia tak mahu ingat pada kenangan lama. Dia tak mahu berpaut lagi pada kenangan yang menyakitkan itu.
SUDAH seminggu Aisha sibuk mengajar dan melatih staf baru di department itu. Staf baru cuma lima orang sahaja dan nasibnya agak baik kerana semua staf baru itu cepat belajar. Tak perlulah Aisha berlama di department ini.
Pagi itu Aisha masuk ke bilik Luqman apabila lelaki itu memanggilnya.
"Luq.. Sha tak rasa Sha perlu pergi sana. I mean Sha kan kerja di pejabat. Bukan Sha kerja lapangan pun," ujar Aisha setelah dia diberitahu bahawa beberapa orang dalam jabatannya akan ke ibu pejabat di Korea dua minggu lagi untuk mempelajari tentang produk baru dan untuk melihat cara kerja di sana.
Dalam tiga tahun ni dia pernah dua tiga kali ke sana tetapi mungkin faktor usia, Aisha sudah tidak mahu berjalan jauh. Dia cuma mahu buat kerjanya dengan tenang sahaja.
"Luq memang dah bagi nama Sha.. tak boleh back off dah. Lagipun ini peluang untuk Sha belajar lebih dalam lagi tentang company kita. Mana tahu lepas ni boleh naik pangkat?" Luqman cuba memujuk Aisha.
Aisha diam. Dia bukan apa, lawatan kali ini bukan berkenaan kerja hakikinya. Lebih baik bagi peluang pada staf lain.
"Boleh Sha?" Soal Luqman lagi.
Akhirnya Aisha akur. Lagipun Luqman adalah ketuanya.
SETELAH dua minggu, Luqman, Aisha dan tiga lagi staf dari jabatan itu berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
"Kak Sha, Aira nervous lah. First time nak naik kapal terbang ni," ujar Aira sambil memeluk lengan Aisha. Semalaman dia rasa gementar kerana ini pengalaman pertamanya naik kapal terbang.
"Relaks. Baca doa dan selawat banyak-banyak." Aisha ketawa kecil melihat riak gelisah Aira. Dia faham sebab dia pernah melaluinya dahulu.
"Aira nak pergi toilet lah Kak Sha."
Aisha menepuk dahi. Ini dah kali ketiga dia menemani Aira ke tandas. Betul-betul takut ni.
"Luq.. kitorang ke toilet sekejap. Luq bawa diorang pergi check in dulu takpe," ujar Aisha pada Luqman. Lebih baik mereka mendaftar masuk dahulu. Awal tak kalut.
YOU ARE READING
HATI AISHA [Slow Update]
RomansaAisha Aleena membawa diri setelah rasa tertipu oleh lelaki bernama Eizham Faris. Dia tidak menyangka kekasih yang dianggapnya sempurna itu rupa-rupanya cuma mahu memainkan perasaannya sahaja. Namun selepas lapan tahun mereka bertemu kembali. Bila Ai...