Pada malam itu, setelah selesai membaiki mesin basuh milik ustazah Nur Zaleena yang tinggal di unit bernombor A5-25, aku pun pulang ke rumah. Setibanya di hadapan pintu, ketika ingin membuka kunci gril, aku sempat memandang ke arah pintu rumah jiran sebelah...rumah sewa yang dihuni anak-anak dara. Pintu mereka tertutup rapat, mungkin semuanya sudah tidur, meskipun terdengar sedikit bunyi dari dalam, menandakan mungkin ada yang masih berjaga.
Dengan segera aku masuk ke dalam rumah dan melangkah ke bilik untuk menukar pakaian. Setelah menanggalkan seluar panjang, aku mengenakan kain sarung pelikat dan T-shirt. Seusai berpakaian, aku mengambil wuduk dan membentangkan sejadah untuk menunaikan solat Isyak yang tertangguh. Selesai sahaja solat, aku merangkak ke atas katil, berbaring dengan rasa sedikit keletihan. Mataku terkebil-kebil, masih belum ada tanda-tanda mengantuk untuk melelapkan mata.
Sambil termenung, fikiranku kembali pada perbualan dengan ustazah Nur Zaleena mengenai topik yang sedikit terkesan...soal seluar dalamnya, dan tawaran untuk membasuhnya dengan tangan. Aku tersenyum sendirian mengingatkan hal itu. Namun, lamunanku terhenti apabila telefon bimbit di atas katil bergetar dan berbunyi, menandakan ada mesej WhatsApp masuk.
'Ting..ting'
Mesej Wanita: "Assalamualaikum." di ruangan aplikasi WhatsApp, seseorang memberi salam kepadaku. Dari nombor yang tertera, aku tahu mesej ini dari siapa.
Aku: "wsalam.." ayat ringkas dariku dengan hanya menjawab sepatah salam sahaja sebagai satu jawapan tadi.
Mesej Wanita: "En.khairul kn?" dah tau nombor yang digunakannya semalam..lagi nak bertanya siapa. Ada orang guna nombor yang sama dengan nombor aku ke? atau ada orang lain 'duplicated' nombor telefon yang sama? Report Telco pn nanti sama je..huhu.
Aku: "yelaa..sape lg, sape ni eek?" konon-konon bertanya laa..siapa? Padahal aku dah tau siapa yang menghantar mesej tu..
Mesej Wanita: "sy..zaleena, yg td en.khairul dtg uma..tlg rpairkn wshng mchne.." sebut jee nama tuu..'automatic' aku teringat bayangan sepasang paha melalui kain dalamnya yang ditembusi cahaya lampu tadi..cantik, berisi, hehe.
Aku: "owh..ustazah, maaf..sy ngtkn sape td. no hp ustazah sy blom lg smpt nk save. mesin basuh rosak lg kee?" padahal aku dah 'save' nombornya dalam memori telefon bimbit. Panjang lebar jugak aku memohon maaf..sengaja beri alasan tak kenal. Sedangkan..aku sangat kenal yang berWhatsApp itu adalah salah seorang dari senarai penama yang ada dalam list memori telefon bimbit aku..'ustazah Nur Zaleena A5-25'.
Mesej Wanita: "hehe xla.. mesin bsh ok daa. Sje je ws en.khairul nk ucap time ksh." kenapa dia saja-saja nak berWhatsApp? Atau mungkin hanya nak mengucapkan terima kasih? Bukankah tadi selepas aku membaiki mesin basuh, dia sudah mengucapkan terima kasih? Ini mesti ada sebab lain, bukan sekadar alasan saja-saja. Mungkin dia sudah mula rasa selesa dengan aku? Atau mungkin ingin meminta tolong dengan hal lain... siapa tahu? Fikiran nakal terlintas...mungkin juga dia perlukan bantuan untuk membasuh seluar dalamnya?
Lagipun, bila teringatkan dia, bayangan bentuk pahanya yang cantik berisi muncul kembali di fikiranku. Tapi... adakah dia tahu apa yang sempat aku lihat tadi? Kalau dia tahu, pasti dia akan berasa malu untuk berWhatsApp denganku begini, apalagi pada lewat malam. Mungkin juga, dia akan batalkan niatnya untuk mengajakku makan hasil masakannya esok. Kalau begitu, nampaknya aku akan ke kedai mamak lagi la jawabnya, huhu...
Aku: "sama2 ksh..hehe" aku mulai tersedar akan godaan perasaanku terhadap isteri orang. Sementara itu, anak dara sebelah rumah, yang terang-terangan menggodaku, tak pula aku tertarik untuk melayan. Padahal, kalau aku melayan memang peluang itu ada. Tapi begitulah... seleraku memang cenderung pada wanita yang sudah berpengalaman.
YOU ARE READING
Dahaga Seorang Isteri
RomanceSeorang isteri yang belum dikurniakan cahaya mata sering dilanda kesunyian akibat kesibukan suami yang sibuk mengejar kekayaan duniawi. Suatu hari, takdir menemukan dirinya dengan seseorang yang mampu mengisi kekosongan hati serta membangkitkan kein...