Seduction | 44

5.3K 463 31
                                    

AMANDA memandang tanpa riak wajah lelaki yang berada di hadapannya ini. Meski hati  harapkan yang berbeza.

Hatinya sedang menjerit nama lelaki itu, tubuhnya sedang merayu untuk dipeluk erat oleh lelaki itu. Dia mahu memangis didalam pelukan lelaki itu dan hapuskan semua memori buruk dari fikiran. Dia mahu hapuskan satu suara yang tak henti mengganggunya.

Hatinya mahu terus hidup dengan lelaki ini.

Tapi... itu tak akan terjadi.

"Everything is over now." Ujar Amanda dengan suara perlahan dan mendatar.

Sunyi.

"Ceraikan I."

Bagai ada satu petir menyambar kuat membelah dada lelaki yang masih diam tak berkutik.

Wajah wanita yang dia cintai dengan seluruh hatinya itu dipandang. Sepasang mata yang cantik itu juga sedang memandang dia dengan pandangan yang cukup menghancurkan. Sumpah demi Tuhan, hatinya sedang hancur dalam setiap nafas yang dia tarik.

Hatinya sedang hancur untuk setiap butir kata yang dia dengar dari mulut Amanda Vierra binti Taufiq Isa. Hatinya sedang hancur untuk setiap detik mata mereka membalas pandangan satu sama lain.

Saat ini, adalah titik terhitam didalam hidupnya.

"Why?" bisiknya. Bibir sendiri dikemam, sedang menahan perasaan yang semakin mencengkam. Pandangan Amanda berbeza dengan pandangan Amandanya. Wanita ini memandang dia penuh dingin seperti dia adalah manusia yang sangat dibenci. Tiada cinta yang bersinar seperti selalu. Isteri yang dia rindu sedang memandang dia dengan penuh kebencian.

"Because I hate you, Megat Daniel. Perkahwinan ni dah tak ada tujuan, buat I lemas."

Daniel tundukkan pandangan. Sebutir air mata jatuh. Nafasnya diatur perlahan. Dadanya bagai sedang dipalu dengan bertalu-talu.

"What about our love? Promises, hm?" suaranya mula pecah. Tangannya digenggam kuat, mehana diri dari menyentuh Amanda. Dia mahu peluk Amanda.

"I never loved you."

Daniel tersenyum kecil namun hanya sesaat sebelum senyumannya pudar berganti dengan kerutan. Nafasnya yang terasa semakin sesak ditarik dalam.

"Yes, Megat Daniel Tan Sri Megat Darrius. Semua ni tak pernah wujud. Kita... tak pernah wujud. It's just a fairytale I created. You tahu tak betapa seksanya I nak pura-pura yang I bahagia dengan you bila hakikatnya I rasa nak bunuh you?" Diulang lagi kenyataan yang sama. Seperti benar-benar mahu menghancur lumat sekeping hati yang sudah sedia punah itu.

Pura-pura bahagia...

Benarkah?

Kerana, didalam memori indah Daniel bersama Amanda tak ada yang pura-pura. Wanita itu adalah bahagia yang paling nyata.

"I killed your dad, Megat Darrius. I tikam dia sama macam mana I nampak dia tikam mama I..." dalam bicara halusnya, air mata tak henti mengalir. Didalam mata itu, jelas ada kesakitan yang tak mampu digambarkan.

Seketika, Amanda mendekati Daniel yang hanya beberapa langkah dari dia. Anak mata lelaki itu dipanah dalam. "I pandang mata dia..." hujung mata Daniel diusap. Air mata Amanda mengalir lagi.

"...sama macam mana dia pandang mata mama I bila dia tikam perut yang ada anak dia tu... I tak lepaskan pandangan tu sampai dia mati... sama macam dia buat pada mama I,"

Daniel masih terdiam. Anak mata sang isteri dipandang dalam, tak mahu dia melepaskan tautan.

"You nak tahu tak kenapa I suka sangat pandang mata you?" Tangan yang mengusap hujung mata kini jatuh di pipi lelaki itu.

Book 4 : SeductionTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang