ADJ | BAB 2

43 5 0
                                    

"Cepatlah Amy!" Sahut Norhayati yang sedang menyiapkan segala barang keperluan, diruang utama rumah mereka untuk dibawa pulang ke kampung halaman suaminya.

"Baik, ma." Amyra Syamira bergegas keluar daripada biliknya dengan membawa beberapa beg bagasi.

"Eh, apa yang Amy bawa ni!?" Soal Norhayati tersentak.

"Ada beberapa helai baju, selimut, bantal, sunscreen, skincare-"

"Ya Allah, Amy... kita bukan nak bermalam seminggu pun dekat kampung. Kita cuma nak ambil durian dekat kebun. Malam kita dah balik." Bebel Norhayati yang menghentikan penjelasan Amyra.

"Hmph," Amyra mengerut.

"Dah, bawa yang penting aje." Arah Norhayati.

Amyra masuk semula ke dalam biliknya untuk memilih barang-barang yang perlu dibawa sahaja. Setelah selesai memilih dia pun segera keluar dengan beg yang hanya disilangnya di dada. Amyra mengunci pintu rumah mereka.

"Cepat masukkan, kita kena balik malam ni juga sebab esok papa nak start menjual." Tegas Syazlan.

"Papa nak menjual dekat mana?" Soal Amyra sambil memasukkan beberapa barang ke dalam bonet kereta.

"Dekat tepi jalan yang berhadapan dengan kedai runcit En. Khairul. Situ ada tapak kosong. Lagipun simpang situ banyak orang. Costumer En. Khairul pun boleh singgah sekali. Oh ya, nanti bagitahulah kawan-kawan kamu suruh dia datang situ." Jelas Syazlan panjang lebar.

"Baik, pa."

Setelah selesai memasukkan barang-barang keperluan. mereka pun meneruskan perjalanan untuk pulang ke kampung. Kereta dipecut laju hingga melalui sebuah lebuhraya highway.

18:30PM

Pohon-pohon dan lapangan rumput luas yang ada disepanjang perjalanan mereka itu menandakan telah sampainya mereka ke kampung halaman, selepas beberapa jam mereka diatas lebuhraya.

Kereta diberhentikan disebuah kebun durian yang juga berdekatan dengan sebuah kebun kelapa sawit.

"Amyra. Amyra bangun. Kita dah sampai ni." Kejut Norhayati.

Amyra yang tidur menyandar pada seat belakang kereta itu membuka sedikit matanya. Amyra meregangkan badan. Amyra nampaknya terlena ketika didalam perjalanan pulang ke kampung.

Amyra dan ibunya segera keluar dari perut kereta. Bonet kereta dibuka oleh Syazlan untuk mengambil barang-barang keperluan seperti sarung tangan, topi, bakul dan sebilah parang.


"Cepat sikit, malam ni kita kena berangkat sebab kita nak menjual esok." Arah Syazlan.

"Baik, pa." Amyra menurut.

Amyra yang telah lengkap bertopi dan sarung tangan itu segera membawa bakul untuk mereka isi dengan durian nanti.

"Pak Ngah!" Teriak seorang gadis yang berlari ke arah mereka.

Syazlan menyambut gadis yang berlari ke arahnya itu. Dina Qalisha memeluk erat pakciknya. Amyra yang berada disamping berubah riak apabila melihat ikatan seorang pakcik dengan anak buahnya lebih kuat berbanding anak dan bapa.

"Eh, Dina, apa kamu buat dekat sini?" Soal Syazlan yang tersenyum lebar.

"Mak cakap Pak Ngah ada dekat kebun. Itulah Dina datang nak tolong Pak Ngah." Jelas Dina dengan suara mendayu-dayu.

Amyra yang tidak dihiraukan disamping berlalu meninggalkan mereka berdua. Norhayati yang melihat kejadian itu berlalu menemani anak gadisnya yang seperti terkecil hati.

Antara Dua Jiwa Where stories live. Discover now