Bola dihempas kuat ke arah Amyra Syamira, kanak-kanak perempuan yang ketika itu baru berusia 5 tahun. Amyra terduduk akibat hentaman bola itu yang mengenai bahagian kepalanya.
"Jangan mimpilah." Ucap seorang kanak-kanak perempuan yang sebaya umurnya, lalu ketawa besar.
Amyra tersentap, Amyra nampaknya telah terduduk diatas lumpur yang membuatkan bajunya semakin kotor.
Amyra hanya mampu mendongak ke sekelilingnya yang dipenuhi kanak-kanak.
"Hey! Sudahlah, apa korang buat ni!?" Sampuk suara seorang kanak-kanak yang berlari ke arah mereka.
Tengku Amirul Shah bertindak membela nasib kanak-kanak malang itu. Dia pun mencela lalu menghulurkan tangan kepada Amyra untuk dipaut.
Amyra yang ketika itu tidak dapat digambarkan perasaannya. Namun daripada kelopak mata yang telah bertakungnya airmata itu, telah menunjukkan bertapa terharunya Amyra apabila masih ada manusia yang berhati perut seperti Tengku Amirul.
Senyuman lebar yang turut diutuskan telah membuktikan betapa murninya hati kanak-kanak itu.
Tangan yang dihulur terus dicapai oleh Amyra, Amyra pun bangkit. Kanak-kanak yang berada disekeliling mereka berdua mula mengerutkan wajah.
Tanpa mengendahkan mereka semua, Tengku Amirul Shah atau lebih mesra dengan panggilan Amirul, membawa Amyra menjauhi semua kanak-kanak itu."Kenapa awak tolong saya?" Bisik Amyra sambil menoleh-noleh ke arah belakang.
"Tak akan saya nak biarkan aje diorang buat awak macam tu. Awak bukan ada salah pun." Kata Amirul.
Amirul dan Amyra berpimpin tangan mendekati sebuah buaian. Amyra terus melabuhkan punggung dibuaian tersebut. Amirul juga segera mengambil tempat yang bersebelahan dengan Amyra.
Dan tanpa sengaja, Amirul terpandang pada luka yang nampaknya tidak terlalu parah dikedua lutut Amyra.
"Kenapa lutut awak tu?" Soal Amirul.
Amyra pun menjelaskan perkara yang telah berlaku sebelum dia sampai ke taman permainan tersebut.
Tanpa menoleh ke kiri dan kanan Amyra melintasi sebuah jalan. Kereta yang dipandu oleh seorang wanita didalam kelajuan tinggi itu secara tiba-tiba menekan break kereta. Dan kerana terlalu terkejut Amyra telah tersandung, itulah yang mengakibatkan kedua lutut Amyra mempunyai luka calar yang juga tidak terlalu dalam. Namun kepedihannya itu hanya dapat dirasai oleh Amyra sendiri.
"Itulah awak... ibu saya cakap kita kena hati-hati. Kalau melintas jalan tu, tengok kiri kanan." Pesan Amirul pada Amyra.
"Hmm." Amyra merenung jauh.
Memandangkan punggung telah dilabuhkan diatas buaian. Kaki pun menolak tanah untuk menciptakan ayunan. Ayunan itu semakin lama semakin laju. Senyuman lebar dipapar diwajah masing-masing.
"Amyra!!" Sahut seorang wanita berlari ke tempat mereka.
"Mama?" Amyra menoleh. Kaki menahan ke tanah untuk menghentikan ayunan.
Kegembiraan yang baru sahaja ingin dirasai oleh mereka terhenti apa bila ibu kepada Amyra itu Norhayati telah menemui anaknya ditaman itu.
YOU ARE READING
Antara Dua Jiwa
RomanceTakdir telah mempertemukan dua insan yang bernama Amyra Syamira dan Tengku Amirul Shah, gadis yang berkacukan darah Negeri Dibawah Bayu, dan jejaka yang asalnya daripada Negeri Cik Siti Wan Kembang. Tengku Amirul telah jatuh hati pada gadis yang dia...