ADJ | BAB 5

9 1 0
                                    

Bakul durian terakhir dibawa oleh Syazlan. Syazlan menghampiri isteri dan anaknya yang telah berehat santai dikerusi.

"Dah siap susun, Amy?" Soal Syazlan yang meletakkan bakul durian terakhir itu bersama-sama dengan bakul durian yang lain.

"Dah papa." Jawab Amyra Syamira murung.

"Kenapa ni?" Tanya Syazlan selepas melihat riak wajah kedua anak beranak itu yang murung.

"Ni, abang kenal tak budak yang duduk dekat luar kedai runcit En. Khairul tadi tu?" Norhayati yang tanpa membuka kata lain terus menyoal secara melulu.

"Oh... budak tu baru aje part time dekat kedai runcit En. Khairul. Staff baru." Jelas Syazlan yang rupanya telah lama mengetahui.

"Oh, part time!? Tak apa. anti saya jumpa En. Khairul, suruh buang kerja dia!" Kata Norhayati yang nampak sangat tidak berpuas hati.

"Eh, kenapa pula awak ni tiba-tiba-"

"Abang tahu tak, tadi dia dah jeling Amy. Dengan saya, saya sekali dia jeling tau, bang. Sedangkan Amy tak sengaja pun tengok dia." Ujar Norhayati yang menghentikan percakapan suaminya.

"Ish apalah awak ni,"

Amy yang termenung disebelah dikerling Syazlan.

"Amy." Sapa Syazlan.

"Y-ya, pa?" Jawab Amyra yang tersedar dari renungannya itu.

"Pergi balik. Papa boleh buat semua hari ni sendiri." Arah Syazlan yang tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan dengan adanya anak serta isterinya disitu.

"Tapi, pa-"

"Balik! Esok kamu tolong papa menjual." Tegas Syazlan.

"Baik, pa." Amyra bangkit dan terus menyalami bapanya sebelum pulang.

"Saya, bang?" Norhayati memaksudkan dirinya.

"Balik." Arah Syazlan.

Amyra dan ibunya berlalu pulang dengan berjalan kaki, memandangkan kawasan perumahan mereka yang terletak juga tidak jauh daripada situ. Syazlan menggelengkan

~

Sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang wanita bertubuh langsing diberhentikan tepat-tepat dihadapan kedai runcit En. Khairul. Matanya meliar ke sekitar untuk mencari bayangan sahabatnya, Amyra.

Nurul Fatimah segera turun dari motosikalnya selepas mematikan enjin dan menurunkan tongkat motosikal. Dengan topi keledar yang masih terpasang diatas kepala. Nurul Fatimah berlari melintasi seberang jalan untuk menemui bapa Amyra, Syazlan. Yang sedang sibuk membungkuskan durian yang dibeli oleh costumer.

"Pakcik, pakcik!" Teriak Imah sambil melambai-lambai ke arah Syazlan.

"Ha, ya, Imah?" Toleh Syazlan sekilas.

"Pakcik, Amy mana?" Soal Imah.

"Amy dengan mama dia dah balik." Kata Syazlan ringkas tanpa menjelaskan lebih lanjut akan hal yang telah terjadi.

"Balik. Kenapa pakcik?" Tanya Imah yang menginginkan penjelasan penuh.

"Saja, pakcik nak dia rehat hari ni." Alasan Syazlan.

"Oh... tak apalah kalau macam tu, Imah balik dulu ya pakcik." Pamit Imah.

"Yalah."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 12 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Antara Dua Jiwa Where stories live. Discover now