Mengenakan T-shirt plain berwarna putih dan dipasangkan dengan seluar jean's berwarna biru tua. Tengku Amirul Shah berpakaian serdahana dengan rambut yang telah kemas disikat. Amirul melihat pantulan dirinya di cermin kaca.
"Hmph. Kedai runcit aje pun... eh tapi macam ada yang tak kena." Kata Amirul pada dirinya sendiri.
Kedua tangan menggosok kuat rambut yang telah di sikat rapinya itu, lalu dikemaskan sedikit supaya tidak nampak terlalu serabai.
"Barulah handsome! Ni sikat rambut dah macam serupa bangla." Omel Amirul bersendirian.
Beg galas yang digantung pada muka pintu almari biliknya diambil dan disandangkan pada bahu. Tombol pintu dipulas. Dia segera keluar dan menuruni anak tangga dengan terkelam-kabut. Jam tangan ditangan kanan dilihat sekilas.
11:55AM
"Dah lambat!"
Setibanya dibawah. Pintu utama dikuak. Amirul bergegas keluar tanpa melihat ke kanan dan kiri.
PAKK!!
Datin Sofeana yang berada didapur ketika itu dikejutkan dengan hempasan pintu yang teramat kuat.
"Astagfirullah!" Ucap Datin Sofeana yang juga terhenjut bahu.
Amirul menyarung sneaker converse berwarna hitam miliknya dan tidak lupa untuk memakai sarung tangan kulit. Topi keledar yang disarung telah menutupi seluruh wajahnya.
Datin Sofeana menjengah ke ruang utama rumah mereka. Datin Sofeana meneruskan langkah hingga sampai ke cermin tingkap diruang utama. Langsir diselak.
VROOM...!! VROOM...!!
Datin Sofeana tidak sempat memastikan namun yang pasti bunyi yang ditinggalkan itu adalah bunyi yang dihasilkan oleh motosikal berkelajuan tinggi milik anaknya, Tengku Amirul Shah.
Telefon bimbit dikeluarkan segera. Datin Sofeana mendail number telefon anaknya. Perasaan gelisah dan kerisauan mula menyelubungi Datin Sofeana apabila panggilan yang dibuat berkali-kali itu tidak dijawab.
"Ya Allah, Amirul! Angkatlah... mana budak ni pergi pula."
Panggilan yang dibuat sekali lagi itu, juga tidak dijawab. Panggilan yang dilakukan oleh ibunya itu tidak disedari oleh Amirul, kerana dia lupa untuk membuka nada dering yang tidak sengaja dia senyapkan semalam.
VROOM!!
Bunyi yang terhasil dari motosikal berkelajuan tinggi milik Amirul itu telah mengejutkan Muhd Asna Darwisy, yang sedang menyapu sampah di luar kawasan kedai. Asna yang juga terhenjut bahu ketika itu menoleh perlahan ke arah belakangnya.
Amirul memberhentikan motosikalnya dihadapan kedai. Topi keledar yang menutupi seluruh bahagian muka itu dibuka, dan telah menyebabkan rambutnya terburai serabai. Kedua tangan mengemaskan semula rambutnya seperti asal sambil melihat ke cermin sisi motosikalnya itu.
"Terkejut aku... Eh! Apa engkau buat dekat sini?" Sapa Asna kehairanan.
"Kerjalah, apa lagi." Jawab Amirul sambil merapikan rambutnya.
YOU ARE READING
Antara Dua Jiwa
RomanceTakdir telah mempertemukan dua insan yang bernama Amyra Syamira dan Tengku Amirul Shah, gadis yang berkacukan darah Negeri Dibawah Bayu, dan jejaka yang asalnya daripada Negeri Cik Siti Wan Kembang. Tengku Amirul telah jatuh hati pada gadis yang dia...