Lengan baju diselak ke atas untuk menampakan jam tangan. Jarum jam telah menunjukkan ke arah 7:20 minit, pagi. Bayangan Amyra Syamira masih tidak kelihatan di Restoran.
"Budak ni, lambat lagi..." Ucap seorang wanita yang nampaknya sedikit mengeluh.
"Sorry!! Akak sorry!!" Seorang gadis bertubuh berisi dengan pakaian jersy muslimah dan lengkap berseluar track tidak lupa dengan shawl yang hanya diselempangnya, berlari masuk ke dalam Restoran tersebut.
"Amyra, apa ni! Dah seminggu awak lambat tau tak!" Tengking Aira Nursyakira, pemilik Restoran tersebut.
"So-sorry akak sorry... saya janji lepas ni saya tak akan lambat lagi." Ucap Amyra dengan nafas tercungap-cungap.
"Hmph, betul ni?" Aira menyilangkan tangan.
Amyra mengangguk. Mata dipejamkan kerana terlalu penat berlari dari rumah hinggalah sampai ke tempat dia berkerja.
"Amyra, kenapa awak nampak macam penat aje. Awak tak berehat ke?" Soal Aira selepas melihat wajah Amyra lesu.
"Huh? Ouh... saya tolong ayah saya pergi kebun setiap malam, kutip durian..." Jelas Amyra tersenyum nipis.
"Durian!?" Aira tersentak.
"Ya, kenapa kak?" Kening Amyra terangkat
"Wah! Akak hantu durian tau." Ucap Aira sambil memegang bahu Amyra
"Hantu durian!?" Amyra membeliak.
Dengan senyuman lebar Aira pun mengangguk.
"Baguslah kalau macam tu, Sebab nanti kitorang nak menjual durian area sini. Nanti akak borong durian kami tau." Gurau Amyra sambil ketawa kecil.
"Of course... nanti akak borong okay? Tapi sekarang ni baik awak mulakan tugas awak seperti biasa."
"Eh, yalah." Amyra segera berlalu masuk ke bahagian pembuatan air.
Beg silang digantung pada tempat gantungan. Periuk besar yang disimpan dikeluarkan lalu dicuci. Air ditapis sehingga memenuhi periuk lalu dipanaskan diatas api. Begitulah kerja harian Amyra sebagai tukang pembuat air di Restoran.
Jam baru sahaja menunjuk ke arah 7:30 minit, pagi. Namun Restoran milik Aira telah dipenuhi dengan orang yang ingin membungkus makanan dan bersarapan pagi.
"Milo panas ikat tepi satu."
"Teh tarik ikat mati tiga bungkus."
"Cik, teh O panas satu dengan limau panas satu, bungkus eh."
Amyra buntu. Air yang dia panaskan diperiuk masih belum mendidih. Namun ramai yang telah membuat pesanan dibahagian pembuatan air.
"Encik, sorry air belum masak lagi ni... boleh tunggu kejap tak?" Pinta Amyra yang kebingungan.
"Tunggu!? Saya ni masuk office jam 8:00AM tau tak! Nak hadap trafik lagi..." bantah seorang pelanggan lelaki.
"Ha'ah, betul tu. Mana boleh tunggu!" Sampuk seorang lagi pelanggan lelaki.
Amyra menggaru kepala. Pemilik Restoran iaitu Aira segera masuk ke bahagian pembuatan air selepas melihat ada sedikit kekecohan yang terjadi disitu.
"Kenapa ni Encik?" Soal Aira kepada pelanggan.
YOU ARE READING
Antara Dua Jiwa
Roman d'amourTakdir telah mempertemukan dua insan yang bernama Amyra Syamira dan Tengku Amirul Shah, gadis yang berkacukan darah Negeri Dibawah Bayu, dan jejaka yang asalnya daripada Negeri Cik Siti Wan Kembang. Tengku Amirul telah jatuh hati pada gadis yang dia...