Sikapmu yang penuh kasih sayang,
Membuatku mabuk kepayang,
Sifatmu peramah dan pendiam,
Membuatku rindu siang malam,Juga wajahmu yang teramat tampan,
Akan selalu jadi perhatian,
Sungguh kau jejaka idaman,
Idamannya gadis sepanjang zaman,Sungguh sukar dicari masa kini,
Orang sepertimu lelaki sejati,
Bagaimana aku tak bahagia,
Berdampingan kekasih seperti dia,Kesantunanmu menyejukkan kalbu,
Tutur sapamu semanis madu,
Lelaki perkasa bentuk tubuhmu,
Dapatku percaya kejujuranmu.-Siti Norazurah
YOU ARE READING
Ungkapan Rindu [✓]
PuisiPantun atau Sajak Rindu. Puisi Moden dan Puisi Tradisional. (hanya rekaan semata) Ungkapan Rindu pada seseorang yang dikasihi mahupun disayangi... Jauh jarak memisahkan membuahkan rindu yang amat dalam... Ungkapkanlah rindu ku ini dalam puisi inda...