Seduction | 47

7.1K 505 29
                                    

         AMANDA memicit-micit pelipisnya. Kepalanya sakit macam nak pecah sangat-sangat. Wajahnya sugul dan kening separa berkerut. Tekaknya rasa tak sedap, mual dari pagi tadi. Dia tak ada selera untuk makan dan sekarang badannya sudah terasa seperti mahu demam.

Lemah, kakinya melangkah masuk ke dalam rumah yang serba sunyi itu. "Assalamualaikum,"

"I'm home Jenny," beritahunya hanya sekadar syarat.

Cukup tiga langkah dia didalam rumah, kakinya terhenti. Wajah Amanda jadi semakin berkerut melihat sesuatu yang kelihatan sangat asing dengan pandangan mata.

Makhluk asing. Makhluk itu berada diatas meja makan yang nun jauh 20 langkah dari tempat Amanda berdiri. Ianya berwarna putih. Langkah yang terhenti tadi kembali dibuka perlahan-lahan menuju kearah makhluk tersebut sambil pandangan mata ditajamkan untuk memastikan apakah benda asing itu.

Sampai sahaja dihadapan meja makan, benda itu jelas di matanya.

"Tatty!!!" jerit Amanda sekuat hati. Beg yang berada didalam tangan dilepaskan keatas lantai dan dia terus mendapatkan Tatty yang sedang duduk santai seperti seekor ratu diatas meja makan. Tatty ini, dekat rumah yang asing pun dia boleh berlagak diva!

Tubuh Tatty dipeluk erat dan wajah Tatty dikucup bertalu-talu. "Mommy miss you so much, Tatty love!"

"Meow~" sahut Tatty bersahaja. Tatty rindu you juga, memberi maksud.

Wajahnya terus ditadahkan untuk jadi mangsa ciuman wanita paling cantik didalam dunia. Dia juga rindukan mommynya. Tak enak tidur malam jika tak beralaskan perut mommy yang solid dan hangat. Sudahlah mommy wangi yang manis, berbeza dengan daddy yang berwangian maskulin dan keras.

Tubuh gebu Tatty terus diangkat dan dibawa kearah sofa di ruang tamu.

"Tatty makin berat ni. Diva mana boleh gemuk, sayang." Amanda memicit-micit perut dan kaki Tatty.

"Meow~ meow~"

"Amanda dah balik?" sapa Jenny yang baru turun dari tingkat atas. Tersenyum dia melihat gelagat Amanda dan Tatty. Betul kata Daniel, Tatty telah menjadi makhluk kegemaran Amanda sejak dua menjak ini. Daniel hantar Tatty ke sini sebab katanya Tatty rindukan Amanda. Sama juga seperti Amanda, pasti rindukan anak dara bulunya.

Jenny dapat lihat itu, lihatlah senyuman yang sudah hilang selama empat minggu ini kembali hadir selepas dia lihat Tatty. Terlalu besar, ikhlas dan bersinar. Amanda jadi bersemangat dalam sekelip mata.

"Yes, Jenny. Bila Tatty datang sini?"

"This afternoon, Daniel yang hantar."

Senyuman diwajah Amanda hilang sebaik mendengar sebaris nama itu. Tatty yang masih berada didalam pelukan dipandang.

Lelaki itu terus balik?

Namun, soalan itu hanya mampu disuarakan pada diri sendiri.

"Amanda naik dulu ya? Nak mandi,"

"Okey, sayang."

Amanda kembali bangkit bersama Tatty dengan berat tujuh kilogram didalam gendongan. Itu hasil pemeriksaan dua bulan lalu, rasanya berat badan Tatty dah naik ni.

Kemudian, Amanda ambil beg laptop dan beg tangannya diatas lantai. Sebelah lagi tangan membawa dua bag yang penuh dengan barang peribadinya dan sebelah lagi tangan membawa Tatty yang berberat 7kilogram, bersama tangan yang penuh dengan beban yang luar biasa, dia panjat satu per satu anak tangga sehingga masuk ke dalam bilik.

Beg dilepaskan kembali. Amanda dekati katil dan tubuhnya dibaringkan bersama Tatty yang masih berada didalam pelukan. Rindunya pada Tatty sudah terlalu banyak sehingga dia tak mampu melepaskan si diva itu.

Book 4 : SeductionTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang