Seduction | 48

3.8K 460 33
                                    

AMANDA gosok matanya yang kelabu. Sebaik pandangan sudah jelas, dia lihat katil bahagian sebelahnya, ada Tatty.

Si diva itu sedang tidur terlentang dan menikmati keindahan yang dunia sedang berikan. Mana daddy dia?

Amanda angkat kepala. Pandangan diliarkan ke sekitar bilik, kosong. Amanda jatuhkan kepalanya kembali di atas perut gebu Tatty. Asyik Tatty aje yang tidur atas perut dia, giliran dia pula untuk tidur di atas perut kembung itu.

"Kurrrr..."

"Shhh... shhh... go back to sleep, baby." Tangan Tatty diusap lembut.

Amanda kembali pejamkan mata. Fikirannya kembali mengimbau momen malam tadi.

Saban malam Daniel ada dengannya. Memeluk dia dengan erat seperti tidak mahu langsung melepaskan. Tiada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut mereka. Hanya sentuhan lelaki itu yang berbicara dengan jiwanya. Tak henti tangan hangat Daniel mengusap dan memeluk dia memberi ketenangan seperti faham memang itu yang Amanda mahukan.

Entah jam berapa lelaki itu pergi tadi, tahu-tahu sahaja kehangatan yang hilang menjemput rindu menyapa tubuh dinginnya — rasa yang sama seperti saat tiada lelaki itu bersama beberapa minggu ini.

Amanda akhirnya bangkit dan terus berlalu ke tandas. Dia berdiri tegak dihadapan cermin tandas itu. Wajah sendiri dipandang. Matanya bengkak dan bibirnya pucat. Badannya sudah tidak lagi panas tetapi dia masih rasa lesu. Teruk betul penangan demam dia kali ini. Demam rindu.

Selesai membersihkan diri, Amanda bersiap dengan pakaian ringkas. Hanya seluar panjang kasual dan knitted cardigan untuk ke VIERRA. Memandang knitted cardigan di tubuh sendiri, Amanda tersenyum. Baju itu mengingatkan dia kepada Daniel. Lelaki itu yang membelikan dia cardigan ini. Jelas Daniel memang suka knitted cardigan. Buktinya, lihatlah banyaknya koleksi knitted cardigan milik Tatty. Rata-rata berjenama Chanel.

Selesai bersiap, Amanda keluar dari bilik dan terus turun ke tingkat bawah untuk bersarapan.

"Good morning, Jenny." Pipi Jenny dikucup sebelum dia beransur kepada Hans Iskandar.

"How are you feeling?" soal Hans. Telefon bimbit dimatikan lalu diletakkan di sisi meja. Wajah Amanda ditatap penuh. Menilik jika adiknya itu sudah beransur sihat. Antibodi Amanda memang tak kuat, dari dulu dia senang jatuh sakit cuma bezanya kali ini Amanda semakin kerap sakit. Tak boleh terusik sedikit. Sebab itu juga Hans selalu tegaskan Amanda untuk bersukan.

"Better,"

Hans tersenyum. Haruslah better sebab ada suami yang jagakan malam tadi.

"Daniel mana?" soal Amanda kepada Hans pula.

"Dia ada urgent meeting pagi ni, dia kata sebelum tengah hari dia balik,"

Amanda angguk perlahan.

"Hari ni nak pergi butik?"

Sekali lagi Amanda anggukkan kepala. Tak betah dia nak bercuti lama-lama bila dia ada tanggungjawab lain nak dibuat. Buat masa ini, Bobbylah yang paling sibuk berurusan dengan klien dan menguruskan kerja yang biasa Amanda uruskan. Lagipun, duduk rumah lama-lama buat fikiran dia terganggu je.

"Amanda nak pergi kubur mama dan papa sekejap lagi,"

Hans pandang Amanda, ambil masa sebelum dia anggukkan kepala. "Nak aku temankan?"

"Tak apa, Amanda okey."

"Kau dengan Daniel dah betul-betul okey?"

Amanda tarik nafas dan hembuskan perlahan-lahan. Tiada jawapan yang keluar di bibir tetapi hatinya sedang menjawab soalan Hans itu dengan sangat jelas.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 5 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SeductionWhere stories live. Discover now