‧₊˚ ⋅ 15⭑๋࣭ ⭑

28 1 0
                                    

"KAU tak cakap dengan aku yang kau bawa adik kau." Kata Rayyan. Nada suaranya normal saja. Tiada rasa ingin marah ataupun apa-apa.

Kash senyum nipis sebelum dia angkat bahu.

"Saja je bawa. Budak tu bosan kat rumah." Jawab Kash. Tangannya naik memeluk tubuh sendiri. Terima kasihlah kepada Rayyan kerana telah meminjamkan baju kepada Kash. Mujur baju tersebut muat.

"Adriana macam mana?" Tanya Kash. Saja mahu membuka topik.

"Oh, dia okey..."

"Memanglah dia okey. Tengoklah siapa yang selamatkan dia. Nak harapkan suami macam kau? Huh, lembap! Suara pun macam perempuan." Muncul Aaira dengan baju baggynya itu. Yang baju ini Kash belikan. Merepek je pilih baju macam ni.

Kash mengecilkan mata. Selamba saja budak ni pergi mengutuk majikannya. Tahulah kawan tapi...

"Auch! Aku kat sini sakit tau." Rayyan pegang dada. Menunjukkan betapa sakitnya dia dengan perlian pedas tadi.

Aaira ketawa kecil. Rayyan juga turut ketawa sama. Kash pula hanya merenung wajah adiknya dengan senyuman ringkas.

"Apapun, thank you for tonight. Aku tak tahu macam mana nak balas budi kau orang." Aaira dan Kash hanya senyum.

Sejujurnya, mereka bukanlah di bawah Rayyan sepenuhnya. Aaira dan Kash kenal Rayyan pun melalui satu misi. Di situlah, mereka berkenalan dan rapat.

"Dah, aku rasa aku kena pergi dulu. Kau orang nak orang aku hantar tak?"

"Eh, tak apa! Aku bawa kereta." Kash pantas membidas. Baginya, Rayyan sudah cukup membantu. Kereta pun ada, buat apa nak menyusahkan orang.

"Okey then. See you when I see you." Dengan itu, Rayyan sudah hilang dari pandangan.

Aaira diam mengelamun sambil merenung susuk tubuh Rayyan yang sudah lama menghilang. Tersentak terus Aaira dari lamunan saat Ada manusia yang menyenggol bahunya itu.

Kash yang buat muka selamba itu dijeling. Hanya seketika sebelum tangannya memeluk lengan itu.

"I love you."

Pak!

Terus kepala Aaira dipukul Kash. Mengaduh sakit Aaira dibuatnya. Kepala yang terkena mangsa itu diusap perlahan. Tajam matanya merenung Kash.

"Along ni dah kenapa?!"

"Kau tu... dah kenapa? Tiber je cakap 'I love you' tu. Nak mati?" Aaira sengih kambing. Ish, nak sweet pun tak boleh.

"Along tahu." Kening sebelah Kash terangkat. Sekejap sebelum dia bersuara.

"Haah. Buat apa gunanya seorang abang kalau adik sendiri pun tak tahu nak jaga. Macam mana nanti bila dah ada isteri. Tch, malang nasib dia!" Aaira ketawa kecil. Agak terhibur dengan sikap abangnya yang suka berseloroh itu.

"Hmm. Betul la tu. Muka dah handsome tapi sayang, perangai pula ke laut." Terus pinggang Aaira dicubit. Mengaduh sakit Aaira dibuatnya.

"Dah, jomlah balik. Adik pun mesti penat, kan?" Aaira hanya menganggukkan kepala. Setuju. Kepala pun rasa macam nak ting tong ni. Dahlah sejuk.

"Kalau tahu macam ni memang adik bawa baju renang. Bolehlah mandi sekali."

"Gila kau? Siuman ke tak ni?"















AAIRA baringkan tubuh di atas katil. Mata dipejam erat. Tiba-tiba saja tubuh rasa panas. Bukan setakat tubuh, malah hati pun sama. Siapa lagi kalau bukan cik abang yang penyebabnya.

AAIRA CRESSIDAWhere stories live. Discover now