Di tengah lobi yang sibuk dengan mop-mop yang bekerja terlihat seorang budak lelaki bertopi jingga sedang memandang sebuah kapal angkasa yang tertulis "KAPAL KEBENARAN" dengan wajah yang sedikit muram.
"Woi Boboiboy kau ok tak ni?" Sampuk budak lelaki yang badangnya agak berisi lol.
"Eh Gopal... Aku ok je, kau tak pergi cafeteria ke? Ye lah tadi kan kau kata kau lapar... " jawab lelaki bertopi jingga itu ataupun namanya Boboiboy kepada sahabatnya Gopal yang sedang berdiri di sebelahnya (apa yang saya tengah merapu ni???)
"Oh aku nak pergilah ni tapi sebab nampak kau muram je aku tengok, jadi aku datanglah sini... " jawab Gopal setelah mendapat soalan dari sahabatnya Boboiboy.
"Aku ok je lah... Dah jom pergi makan, yang lain mesti tengah tunggu kita tu" setelah Gopal menggangguk mereka terus ke cafeteria untuk makan dan berjumpa dengan yang lain yang sedang rehat disana.
。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆
Di Cafeteria
Terlihat 2 remaja perempuan, seorang remaja lelaki dan robot bulat kuning yang sedang terbang disebelah remaja lelaki tersebut sedang menunggu rakan mereka di sana.
"Hayyaa mana dorang maa... Lambatnya! " Remaja perempuan yang memakai cermin mata berbentuk bulat itu sudah lama menahan amarahnya kerana orang yang di tunggunya belum sampai lagi.
"Sabarlah Ying, nanti sampailah tu si Boboiboy dan Gopal" remaja perempuan bertudung merah jambu cuba menenangkan rakannya yang memakai cermin mata itu ataupun dikenali sebagai Ying.
Tidak lama kemudian terlihat dua orang remaja memasuki cafeteria tersebut dan menyapa 3 remaja dan satu robot bulat itu dengan ramahnya.
"Widih! Cepatnya sampai, laparlah tu"
"Ni lapar kau!!! "
KEBABOOM!!!
Gopal terus ditendang oleh Ying dan akhirnya melayang jauh ke dunia lain (pengsan).
"Err... Gopal?" Boboiboy mula risau bila melihat kawannya mula tidak sedarkan diri (jangan risau budak ni pengsan je bukan mat-)
"Biarlah mamat ni! Dah Boboiboy lebih baik kau makan sesuatu kau tak makan dari pagi lagi" Ying terus menghulurkan sepinggan goreng ke Boboiboy.
"Err... Ok... " jawab Boboiboy dengan ayat akhirnya dipelahankan sedikit. Ini membuat kan 4 sahabatnya (kecuali Gopal sebab dia sedang mat- eh maksud saya pengsan) sedikit risau sebab Boboiboy tidak ingin memberitahu masalahnya dengan mereka.
Benda ini sudah berlaku selama 3 minggu lebih dan ini mula disedari oleh Fang sahaja sampailah Fang memberitahu perkara pelik itu kepada 4 rakannya itu.
Mereka pernah bertanya kepada Boboiboy tetapi Boboiboy tidak mahu memberitahu masalahnya dengan mereka.
"Kau ok ke Boboiboy? Kau ni aku tengok lemah semangat je kebelakangan ni" tanya remaja lelaki yang berambut landak berwarna unggu untuk mendapat kepastian bahawa adakah rakannya ini ok ke tak ok (bahasa melayu saya memang hancur hehe)
"Aku ok je jangan risau sangatlah Fang" jawabnya yang membuatkan remaja yang berambut landak ataupun namanya Fang makin risau dengan dirinya.
"Haish kau ni Boboiboy... Aku risau tengok kau asik lemah semangat je" akhirnya robot bulat yang berwarna kuning itu bersuara selepas lama mendiamkan diri.
"Jangan risau aku ok je Ochobot apa kata kau risaukan si Gopal yang tengah pengsan ni... " Boboiboy cuba membuat si robot bulat ataupun di gelar Ochobot agar tidak risau sangat terhadap dirinya, Ochobot diam seketika dan lanjut membuka mulutnya, "haih kau ni Boboiboy, dah lah cepat makan laksamana minta kita berkumpul pukul 3 nanti..." Ochobot mengingatkan rakan-rakannya supaya tidak terlupa akan pesan laksamana tadi.
"Kenapa laksamana minta kita berkumpul ye?" Gopal membuatkan semua rakannya terkejut akan kesedarannya dan terus mengajukan soalan kepada mereka.
"Eh!? Hish kau ni Gopal terkejut kami!" Remaja perempuan yang memakai tudung merah jambu mengusap perlahan dadanya kerana sakit akibat terkejut.
"Hehe maaflah Yaya jangan marah ye..." Gopal meminta maaf kepada remaja perempuan yang memakai tudung berwarna merah jambu yang bernama Yaya kerana sudah membuatnya terkejut, dia juga meminta maaf kepada rakan-rakanya yang lain kerana sudah mengejutkan mereka
"Berbalik kepada soalan yang Gopal tanya, aku rasa laksamana nak bagi misi baru kat kita..." Gopal memandang Ochobot dengan muka tidak percaya kerana mereka baru sahaja menyelesaikan misi mereka tadi.
"Hah!? Seriuslah!? Weh kita baru selesaikan misi tadikan? Tak kan laksaman nak bagi tugas baru kat kita!?" Gopal semakin hairan kerana memikirkan apa yang dikatakan oleh ochobot sebentar tadi.
"Haih kau ni, kan ahli TAPPOPS tak cukup sekarang sebab peristiwa yang berlaku sebelum ini tu yang kita kena selesaikan banyak tugas sekarang!" Fang bertambah marah kerana kawannya tidak dapat memfahami situasi di TAPPOPS sekarang, TAPPOPS semakin kekurangan ahli pasukan kerana kebanyakkan sedang menyiasat kes yang berlaku akhir-akhir ini, ada juga yang telah dibunuh oleh seseorang akibat sesuatu yang dapat mereka bayangkan. Ye disebabkan kes pembunuhan ahli TAPPOPS, TAPPOPS memutuskan untuk menghantar beberapa ahli untuk menyiasat kerana kes ini sangat merumitkan.
------------------------------------------------------------
Amacam cerita ni best tak?
Kalau best komenlah mana tau dapat menaikkan semangat saya!Kalau ada typo ke salah penggunaan ayat ke cakap ye malas saya nak check hehe
(Saya tau bm saya ni hancur)
Love you all💕
YOU ARE READING
The Broken Heart (Boboiboy Fanfiction) //My Au//ship?//Slow Update!!!
FanfictionMenceritakan tentang rahsia terbesar Boboiboy dan adakah kawan-kawannya dapat menerima Boboiboy apa adanya???? Semua watak//karakter milik Monsta dan lain-lain saya hanya meminjamnya tak tau lah cerita ni nak di release kan ke tak rasa macam malas...