"Huh, Ikut siasat!? "
"Ye kami nak kamu semua ikut Kaizo menyiasat kes ini" Kaizo hanya memandang mereka dengan muka yang amatlah tenang seperti tiada dosa semasa Laksamana Tarung memberitahu mereka bahawa mereka akan menolongnya, padahal dia yang minta supaya mereka ikut dia siasat. Itik ni penakut sikit biasalah...
"Bukan tugas kami selamatkan dan melindungi power spera je ke? " Gopal memandang hairan laksamana Tarung.
"Ye tetapi kes ini terlalu berisiko jadi kita perlu menangkap pembunuhnya secepat mungkin. Kamu nak jadi mangsanya ke? " laksamana Tarung mengangkat sebelah keningnya sambil melihat Gopal.
"Eh... Tak nak, tak nak... "
"Kalau macam tu. Kamu semua akan mula bertugas esok pagi pukul 9:15 a.m. Jangan lambat bangun! " laksamana Tarung menegaskan tentang bangun di awal pagi lol. Ini di keranakan si budak Gopal tu memang susah nak bangun pagi walaupun sudah dikejutkan oleh BoBoiBoy...
<————««»»————>
P
Pada pagi yang indah, Kaizo dan yang lain sedang mengamati tempat kes pembunuhan itu berlaku.
Tempat mangsa dibunuh hangus terbakar. Pembunuhan itu sangat tragik sampaikan mangsa itu hangus, hitam dan gosong. Ada beberapa perkara yang ikut terbakar semasa mangsa terbakar. Polis angkasa mensyaki kertas-kertas bukti dan beberapa barang yang masih tidak dapat kepastian.
"Ganasnya... " Yaya memandang tempat itu mula merasa takut. Fang cuba mendapatkan lebih banyak informasi dengan polis angkasa. Ying melihat persekitaran. BoBoiBoy dan Gopal melihat peralatan yang digunakan oleh pembunuh untuk membunuh mangsa.
Kes pembunuhan ini sudah berlaku 4 hari yang lepas (kira macam mereka dipanggil sebab keadaan makin teruklah)
"Hayyaaa pembunuhannya makin ganas!! Sebelum ini hanya pakai benda tajam lorh! "
Ying ikut rasa seram bila mengamati tempat mangsa terbakar."Apa yang pembunuh ni nak ye sebenarnya? "
BoBoiBoy mula tertanya"Tak tau lah, mungkin power spera? " Gopal pun tertanya-tanya.
"Weh korang tengok ni! " Fang menghampiri mereka sambil membawa tablet. Setelah itu Fang memainkan video itu dan mereka melayan satu iklan yang entah dari mana... Haih waktu ni lah nak ada iklan. Setelah melayan iklan tersebut tablet itu memaparkan satu rakaman.
Dalam rakaman tersebut
Di dalam gudang yang gelap dan dicahayai cahaya lampu yang di tengah-tengah sahaja.
Dibawah lampu itu terdapat satu kursi dan terikat seorang lelaki yang pengsan di kursi tersebut. Tidak lama kemudian lelaki itu perlahan-lahan membuka matanya dan tersedar dari pengsan."Aku.... Aku kat mana ni? "Lelaki itu cuba melepaskan diri dari ikatan tersebut tetapi malang kerana dia tidak dapat membukanya.
"Akhirnya kau sedar Uria... " seorang lelaki yang berbaju ber hoodie hijau dan bermask hitam memasuki tempat tersebut memegang kertas-kertas yang tidak pasti apa yang tertulis di atasnya...
"Kau... Kau siapa, apa yang kau nak!? " Uria menyoal lelaki tersebut.
"Jangan risau, permintaanku amat mudah... Aku hanya nak kau mati je Uria... " jawab lelaki tersebut. Uria terkejut dan mula cuba melepaskan diri lagi.
"Eh janganlah macam ni Uria... Aku nak bantu kau hapuskan dosa kau je... " walaupun muka lelaki tersebut ditutupi mask covid-19 berwarna hitam (tiber) Uria tetap boleh nampak macam mana lelaki tersebut tersenyum (anggap je mata dia macam sepek sikit)
"Dosa apa aku buat hah! Set@n!? " Uria mula takut tapi dia tetap berpura-pura berani.
"Aik kau lupa ke? Tak pe nanti dalam neraka kau ingatlah tu... " lelaki tersebut mengambil botol yang mempunyai minyak didalamnya kemudian dia membasahkan Uria dengan minyak tersebut.
"Apa kau buat s¡@l!? " Uria mula meronta-ronta untuk di lepaskan.
Lelaki tersebut menghiraukannya dan membaling botol tersebut ke tepat lain setelah selesai dia menyalakan api dari pemetik api.
"Selamat tinggal...
Uria... "
Lelaki tersebut membakar Uria. Uria menjerit kesakitan tetapi lelaki tersebut hanya dia memerhatikan kematian Uria. Setelah Uria senyap yang menandakan dia sudah mampus eh maksud saya mati lelaki tersebut mengeluarkan beberapa helai kertas dan barangan kemudia di bakar bersama api itu. Api itu makin membara dan lelaki itu memandang kamera di belakangnya. Kelihatan matanya perlahan-lahan mengeluarkan cahaya biru muda dan akhirnya rakaman dimatikan begitu sahaja.
Rakaman tamat
★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆
Macam mana chapter yang ni ok tak?
Maaflah ye macam tragic sikit heheSiapa yang cakap chapter ni macam kenal je yes! Memang ada cerita yang macam ni dan itu adalah BoBoiBoy fanfiction juga...
Qis cuma ambil scene ni dan Qis tukar-tukar sikit... Tolong jangan marah ye...
Korang rasa siapa pembunuhnya ye? Mata biru....
Bukan ke?.......
Luv u all💕
YOU ARE READING
The Broken Heart (Boboiboy Fanfiction) //My Au//ship?//Slow Update!!!
FanfictionMenceritakan tentang rahsia terbesar Boboiboy dan adakah kawan-kawannya dapat menerima Boboiboy apa adanya???? Semua watak//karakter milik Monsta dan lain-lain saya hanya meminjamnya tak tau lah cerita ni nak di release kan ke tak rasa macam malas...