Di ruang kawalan
"Kami sudah mendapat beberapa suspek yang mungkin ialah Redsecret" Kokochi menunjukkan beberapa gambar.
"Redsecret? " Yaya menyoal.
"Nama gelaran bagi pembunuh itu" Kokochi meletakkan gambar tersebut di atas meja. Fang meneliti semua gambar tersebut. Tidak lama kemudian Fang terpandang satu gambar.
"Kenapa ada gambar... BoBoiBoy? " Fang menunjukkan gambar BoBoiBoy yang berada di paling tepi.
HUH!?
"Ada gambar aku? " BoBoiBoy menunjukkan jari ke pada dirinya.
"Ni! Apa maksud ni Komander?" Fang terus bertanya ke Kokochi. Kokochi terdiam seketika sampailah.
"Kami mengesyaki BoBoiBoy adalah Redsecret" Jawab Laksamana yang tiba-tiba sahaja muncul entah dari mana
"Kenapa pulak tak de bukti kot! " sekarang giliran Gopal yang mengajukan soalan selaku kawan baik BoBoiBoy.
"Kami mendapati yang BoBoiBoy selalu hilang dari biliknya di waktu malam. Kamu nak cakap apa-apa BoBoiBoy? " semua memandang ke arah BoBoiBoy yang tertunduk memandang ke lantai.
"S-saya... " BoBoiBoy tak tau nak cakap apa. Dia hanya dapat mendiamkan diri sahaja.
"BoBoiBoy... " Yaya risau tak tau nak tolong macam mana sebab dia tidak tau apa yang berlaku termaksud yang lain.
"Hayyyaaaa mana boleh main tuduh-tuduh tak baik ma. Lagi pun kita tidak ada bukti kukuh kemana BoBoiBoy pergi. Mungkin juga dia pergi cafeteria atau tengok kapal? Kita tak tau lorh! " fiuh nasib Ying dapat bantu BoBoiBoy. BoBoiBoy hanya boleh menganggung kan kepalanya sahaja.
"Hmmm.. Mungkin tetapi kamu masih dikira suspek. Jangan risau kamu masih boleh menjalankan tugas cuma... " laksamana terdiam. Mereka memandang laksamana dengan pandangan yang curiga
"Cuma apa laksamana? " tanya BoBoiBoy yang ingin tau.
"Kamu tidak dibenarkan menurut serta menyiasat kes ini" pandangan tajam diberikan kepada BoBoiBoy. BoBoiBoy hanya boleh redha dengan apa yang dia terpaksa terima.
"B-baiklah laksamana" yang lain memandang BoBoiBoy dengan wajah sayu sahaja. Apalah nasib mereka tidak dapat membantu BoBoiBoy.
<————««»»————>
Telah beberapa hari berlalu, BoBoiBoy tidak dapat melakukan sebarang misi akibat tiada makhluk asing ingin membuat jenayah. Mungkin semua dah bertaubat. Dia kesunyian kerana yang lain sedang sibuk menyiasat kes tentang Redsecret itu.
"Haih... Apa aku nak buat eh? Bosanlah... " dia mengeluh buat sekian kalinya. Dia bangun kemudian mencapai jacket jingga nya yang berada tidak jauh dari katil tersebut. Dia memakai jacket itu lalu keluar dari biliknya.
"Jalan-jalan lagi lah.. Bosan duduk dalam bilik" dia kemudian mengambil langkah dan berjalan menuju cafeteria.
Sesampainya BoBoiBoy ke cafeteria, dia disambut dengan pemandangan yang sangatlah sunyi. Dia menghembuskan nafas kemudian pergi kebahagiaan dapur.
"Hmm.. Laparlah... Aku masak jelah kalau tunggu Gopal rasanya aku dah mati kebulur dulu kot. Haha... " dia hanya tersenyum untuk menghiburkan dirinya yang kesepian. Walaupun lawak tak seberapa tapi bolehlah untuk hiburkan diri. Dia mengambil kuali dan mula memasak nasi goreng kampung.
Setelah makan dan membasuh pinggan yang digunakan olehnya tadi. BoBoiBoy kembali berjalan di setiap koridor yang berada di kapal TAPPOPS tersebut.
▼△▼△▼△▼△▼△▼△▼△▼△▼△▼△▼△▼△▼△▼△▼△▼△
Hai korang!!! Dah lama Qis tak uploud kan?
Maaf ya! Qis hampir lupa sebab focus dengan sekolah! Qis harap kalian tak marah ya!!Maaf pendek yee...
Luv u all💕
YOU ARE READING
The Broken Heart (Boboiboy Fanfiction) //My Au//ship?//Slow Update!!!
FanficMenceritakan tentang rahsia terbesar Boboiboy dan adakah kawan-kawannya dapat menerima Boboiboy apa adanya???? Semua watak//karakter milik Monsta dan lain-lain saya hanya meminjamnya tak tau lah cerita ni nak di release kan ke tak rasa macam malas...