Di gerai yang agak busy dengan orang ramai terdapat seorang atuk yang bekerja di sana. Siapa lagi kalau tak bukan Tok Abah. Walaupun sudah tua tetapi dia tetap meneruskan kerjanya sebagai penjual air koko.
"Tok Abah Koko special satu! "
"Saya pun nak satu ye!! "
"Bagi saya lima air koko special!!! "
Berebut-rebut semua nak buat pesanan. Yelah siapa cepat dia dapat dulu. Kalau tak takkan mereka nak tunggu sampai malamkan? Haha!
Tidak lama kemudian, kelihatan kapal angkasa mendarat di kawasan lapang yang berkedekatan dengan gerai Tok Abah.
"Eh? Itu kapal... " Tok Abah cuba memastikan adakah betul apa yang dia nampak waktu itu.
Pintu kapal angkasa itu terbuka dan terpaparlah beberapa remaja dan satu power spera di dalamnya.
"BoBoiBoy!!? " Tok Abah menjeritkan
BoBoiBoy terus berlari ke arah tok Abah dan memeluknya. Yang juga diikuti oleh Yaya ke Ibunya, Ying ke ibunya juga dan Gopal berlari terus pulang ke rumah (bau kari lah tu)
"Dasar anak kurang asam!! " uncle
♛┈⛧┈┈•༶༶•┈┈⛧┈♛
Dah lah jangan kita layan perangai Gopal ye... Korang jangan ikut perangai dia pula tak pasal-pasal korang kene batang penyapu dengan mak tak pun tapi pinggang berharga ayah lol( ̄∇ ̄)
♛┈⛧┈┈•༶༶•┈┈⛧┈♛
SambungKaizo dan Fang hanya memandang dari jauh maklumlah mereka mana ada keluarga... Yang lain semua dah...
"Kapten Kaizo-"
"Panggil saja Kaizo kalau kita berada di bumi" potong Kaizo kepada BoBoiBoy yang baru sahaja gendang menyoal mereka.
"B-baiklah, am... Kaizo dan Fang nak tinggal kat mana sementara kita duduk kat bumi ni? " sambung BoBoiBoy menyoal mereka kembali.
"Haah lah duduk mana ye? Hmm... " Fang membuat pose berfikir. Manakala si itik hanya senyap.
"Tak pe kamu berdua tinggal je dengan atuk sementara kamu semua kat sini..."
"Boleh ke tok? Terima kasih" Fang hanya memberi senyuman yang agak manis (anjir) kepada tok Abah.
"Terima kasih tok Abah" ucap Kaizo ke tok Abah.
"Sama-sama, ni atuk nak tanya kenapa balik tiba-tiba ni? " soal tok Abah kepada mereka bertiga.
"Am... Nanti kamu bagi tau" Fang menjadi sedikit gelisah...
"Hmm... Ok? Dah BoBoiBoy jom tolong atuk tutup kedai" arah tok Abah kepada BoBoiBoy.
"Oh baiklah" BoBoiBoy tersenyum manis dan orang yang lihat pun boleh cair (uish bahaya ni)
(Skip je lah malas tak de idea)
»»——⍟——««
"Haa... Makanlah atuk masak banyak ni" pelawa tok Abah kepada Kaizo, Fang dan BoBoiBoy.
"Sedapnya!"
"Tengoklah siapa yang masak! "
"Haa.. Ye lah BoBoiBoy..."
Di meja makan tersebut penuh dengan gelak tawa sampailah...
"Jadi pasal kenapa kamu semua balik tiba-tiba ni? " tok Abah menyoal kembali.
"Em... Kami... " tergagap-gagap BoBoiBoy.
"Kami diarahkan untuk bersembunyi di bumi buat sementara dan tidak boleh membuat komunikasi dengan TAPPOPS buat sementara kerana salah seorang daripada kami sedang diburu oleh pembunuh yang sudah membunuh banyak anggota TAPPOPS. Kami masih cuba mencari pembunuh tapi kami tidak menjumpai apa-apa bukti walaupun sikit tapi kami hanya mampu menjumpai mangsa berikutnya. " jelas Kaizo panjang lebar. Tok Abah sudah tau tentang kes pembunuhan itu tapi dia terperanjat kerana salah seorang dari cucu dan kawan-kawan cucunya telah diburu oleh pembunuh tersebut.
"Apa!? Apa yang pembunuh itu nak sebenarnya? " tanya tok Abah yang masih lagi terkejut
"Kami tak pasti, tapi kami masih jalankan siasatan" jawab Kaizo sambil minum air sirap yang dihidangkan oleh Ochobot.
"Haish apa nak jadilah dengan zaman sekarang... " tok Abah berasa kecewa dengan orang ramai yang mula membuat perkara yang terlarang
(Harap kita terhindar dari perkara yang boleh mendatangkan dosa(。ノω\。))
■□■□■□■□■■□■□■□■□■
Maaf sebab lama tak update... Periksa hafazan dah nak dekat jadi terpaksalah Qis menghafal dan lupakan cerita ni kejap tu yang cerita merapu ke tempat lain...
Qis akan cuba tambah lagu hehe tapi tak janji eh? Ok lah Qis gi dulu bye!
Luv u all💕
YOU ARE READING
The Broken Heart (Boboiboy Fanfiction) //My Au//ship?//Slow Update!!!
FanfictionMenceritakan tentang rahsia terbesar Boboiboy dan adakah kawan-kawannya dapat menerima Boboiboy apa adanya???? Semua watak//karakter milik Monsta dan lain-lain saya hanya meminjamnya tak tau lah cerita ni nak di release kan ke tak rasa macam malas...