Bab 1:Mandor Yang Sado

399 2 0
                                    

Kapten Rahim @Mandor Yem merupakn mandor kanan dalam sebuah ladang milik syarikat eropah yang masih kekal beroperasi di selatan tanah air. Olehkerana pekerja ladang getah itu kebanyakannya kaum melayu termasuk pendatang Indonesia ,maka Pengurus Ladang Tuan Brown telahmelantik Kapten Rahim sebagai mandor kanan ,satu kenaikan pangkat dari Pegawai Keselamatan jawatan yang di pegang ny aketika mula masuk bekerja setahun yang lalu.Walau pun agak baru ,daya kepimpinan nya sebagai pegawai tentera memberi kelebihan nya mengatasi 3 mandor yangsedia ada iaitu Mandor Maniam ( operasi ladang 1) ,mandor Salim (operasi ladang 2) dan Mandor Ah Leng ( operasi pemerosesan) yang mana mereka semua bermula sebagai pekerja biasa selama lebih dari 15 tahun dan hanya berbekalkan pengalaman di ladang yang sama .Mereka tidak merasa cemburu dengan jawatan yang di beri kepada Kampten Rahim kerana ia suatu jawatan baru yang di ujudkan atas arahan ibu pejabat untuk memberi tumpuan kepada hal ehwal kakitangan termasuk kebajikan dan hubungan perusahaan termasuk halehwal disiplin dan kesihatan.

Kejayaan dan perubahan yang di buat oleh Kapt,Rahim dalam tempuh setahun mengetuai bahagaian keselamatan membuatkan pihak pengurusan ladang yakin dia mampu memberi sumbangan dan impak yang lebih besar dalam jawatan yangbaru. dalamsetahun di bahagiankeselatan, Kapt Rahim berjaya membentuk pasukan keselamatan seramai 6 orang itu denganbaik di segi disiplin,penampilan dan keberkesanan unit keselamatan terutama mengurang kan kes kes kecurian aset ladang dan sisitem kawalan ladang untuk menghalang 'penceroboh 'dari luar melalui progrem sistem Rondaan bersepadu denga kerjasama ketua ketua block kediaman dan ketua block ladang yang secara tidak langsung membabitkan lebih ramai penduduk dan pekerja ladang dalam mengjaga keselamatan kawasan ladang tanpa perlu menambah bilangan pekerja keselamatan.

Bagi Kapten Rahim @Mandor Yem tugas baru itu tidak menjadi menjadi bebanan bagi dirinya walau pun terpaksa mengurus halehwak keselamatan dimana pemnolong yangyang di haulu dilantik menjadi pegawai mengantikannya tapi masih di minta untuk melapor kepada ny aoleh pihak pengurusan ladang. Dalamtugasan baru ia memberi ruang dan peluang pada mandor Yem untuk bertemu dan berinteraski dengan warga pekerja ladang seramai l200 orang di mana 800 orang merupakan penoreh getah dan bakiny apekerja pemerosessan getah dan lainlain tugas termasuk keselamtan,maintenance,pemandu ,klinik perubatan dan pejabat .Hanya kedai serbaguna dan kedai makan yang ada di dalam ladanga di miliki oleh orang perseoranagn yang jug abekas pekerja ladang tersebut. Olehkerana dia tinggal membujang MAndr Yem puny amasa yang lebih untuk kerja barynya dek kerana isterinya masih bertugas sebagai jururawat kanan  dan sukar untuk bertukar tempat kerja.Dia menjadi suami hujung minggu atau isteri nya akan datang jika off day membawa dua orang anak nya yang masih bersekolah rendah sementara seorang anak nya yang sulong telah tinggal di asrama.

Sebagai langkah 100 harinya mandor Yem telah memberi cadangan progrem mengemaskini profile penduduk dengan kerjasama bahagian pentadbiran dimana dia dan pekerja admin akan melawat setiap rumah kediaman pada sebelah petang untuk mengemaskini data penghuni kediaman dan juga melihat keadaankediaman yang di duduki mereka.Sebagai persiapan Mandor Yem akanmeminta pihak Admin menghantar ke pejabat nya 20 files pekerja setiap minggu untuk dia menyemak rekod mereka dan menanyakan soalan soalan yang relevan ketika sesi pertemuan  mereka. JAdual pertemuan di susun mengikut blok kediaman dan di maklumkan seminggu lebih awal bagi memudahkan pekerja terutama suami yang bekerja secara shift atau di luar kawasan dapat turut berada di rumah melainkan atas sebab tertentu mereka terpaksa dijadualkan semula. Olehkerana jawatan Mandor Yem merupakan perjawatan yang baru maka pejabat untuk nya belumdapat di sediakan  dan dia di berikan sebuah rumah banglo yang di khaskanuntuk penolong pengurus untuk di jadikan pejabat dan kediaman nya sekali.

Dua orang pekerja pentadbiran iaitu Soosay dan Hamidah telah di pinjamkan kepada Mandor Yem sementara menunggu proses mendapatkan perjawatan baru bagi pejabatnya. Kedua dua pekerja ini merupakan staff yang lama dan terlibat denganhalehwal pekerja .Mereka telah bekerluarga dan tinggal di luar kawasan ladang dan pada mandor Yem keadaan itu memberi impak yang kurang kepada pengurusan pekerja terutama dalam urusan yang berlaku di luar waktu pejabat.Itu lah kelemahan pentadbiran yang dapat di kesan pada peringkat awal penelitian nya pada tugasan baru.Bagi Mandor Yem sekurang kurang nya seorang dari merka harus tinggal di dalamkawasan ladang dan dia akan menjadi kan syarat tersebut kepada pekerja baru yang akan bertugas bersamanya. Begitulah juga dalam urusan kesihatan kedua dua kakitanagn iaitu Pembantu Hospital (HA) Nathan  dan jururawat Jothi tinggal di luar kawasan ladang dan hanya Puan Sharifah seorang bidan terlatih yang tinggal di kawasan ladang. Inilah antara dapatan awal oleh mandor Yem dalam tugas barunya.     

D.2:Mandor LadangWhere stories live. Discover now