bab 10

16 4 0
                                    

Laila terkurung dalam van gelap, terikat dengan ketat dan berada dalam ketakutan yang mendalam. Suasana di dalam van itu dingin dan suram, dan dia hanya dapat berdoa agar seseorang akan menyelamatkannya.

Tiba-tiba, telefon bimbit Ismail berdering. Ismail menjawab panggilan itu dengan penuh debaran. Di hujung talian, suara kasar yang tidak dikenali kedengaran. "Kalau kau nak adik kau selamat, kau perlu menyerahkan satu juta ringgit. Datang ke lokasi yang akan aku berikan tanpa melibatkan polis, atau Laila akan mati."

Ismail terkejut dan marah. "Siapa yang mengarahkan kau! Kau ada kena mengena dengan adik aku!?"

"Jangan banyak soal," suara itu mengancam. "Ikut arahan kami dan Laila akan selamat. Kau ada satu jam untuk membuat keputusan. Jika tidak, dia akan menghadapi akibatnya."

Talian dimatikan, dan Ismail segera menghubungi pihak berkuasa, memberitahu mereka tentang ancaman tersebut. Mereka menyarankan agar dia mengikuti arahan penjenayah untuk memastikan keselamatan Laila, tetapi Ismail tetap berwaspada dan memantau situasi dengan teliti.

Sementara itu, Haikal dan Daniel, yang tidak tahu apa yang telah berlaku,mereka keluar bersama Sasha. Mereka bertemu dengan Sasha di sebuah kafe. Sasha kelihatan ceria dan santai, seolah-olah tiada apa yang berlaku.

"Sasha, apa khabar?" tanya Haikal sambil mengambil tempat duduk.

Sasha tersenyum "aku baik-baik je" kata Sasha dengan muka senyum yang curiga itu.

Daniel, yang tidak mengetahui keadaan sebenar, bertanya, "Apa yang terjadi? Kau nampak macam gembira sangat"

Sasha hanya tersenyum sinis dan tidak menjawab dengan jelas. "Rahsia"

Tanpa pengetahuan Haikal dan Daniel, Sasha adalah orang di sebalik penculikan Laila. Dia telah merancang segalanya untuk memeras ugut Ismail dan keluarganya. Sasha tahu bagaimana menggunakan situasi ini untuk kepentingan dirinya sendiri dan menikmati setiap saat ketegangan yang diciptakannya.

Ismail, sambil mengumpulkan wang tebusan, wang bukanlah satu masalah bagi Ismail tetapi ketakutannya apabila memikir adik kesayangannya mati bagai hancur hidupnya..

Sementara itu, Sasha terus menikmati keberhasilan rancangannya, tidak menyedari bahawa Haikal dan Daniel akhirnya akan mengetahui kebenaran tentang dirinya. Dalam keadaan yang tegang dan penuh ketidakpastian ini, harapan Laila terletak sepenuhnya di tangan Ismail dan pihak berkuasa untuk memastikan dia kembali dengan selamat atau tidak...

Laila Anak manja 《COMPLETED》Where stories live. Discover now