Bab 1

40 4 0
                                    

Hari ni adalah hari pertama Laila pergi ke sekolah menengah.

"Haikal,Nanti dekat sekolah tunjuk kat adik mana tempat-tempat macam perpustakaan" kata ibu.

"Takyah cakap pun takpe,100% haikal tunjuk kat adik kesayangan haikal" kata haikal dengan yakin.

"Eh adik 'kesayangan' kau pun adik aku jugak yeh,jangan nak ngada-ngada" kata daniel.

"Halah sibuk je" kata haikal sambil menjeling matanya.

"ha jeling lagi,mana tau jumpa otak yang kecik tu" perli daniel.

"Dah dah lah tu,pagi pun nak gaduh korang berdua ni lah" kata ibunya..

Laila turun ke bawah sambil membawa bagnya.

"BAA! Laila dh siap" kata Laila dengan senyuman yang terukir di mukanya.

"Amboi cantiknya anak mama" kata ibunya.

"Biasalah,tengoklah siapa ni,Laila ni" kata Laila dengan bangga memuji dirinya.

"Cantik tu cantik tapi nak tunjuk kat sapa cantik-cantik tu" kata Haikal.

"Dekat pakwe Laila" kata Laila dengan tersengih-sengih macam kerang busuk.

"Pakwe? Jangan nak lebih-lebih" kata daniel.

"Ish,buat spoil mood je" kata Laila.

"Hahah ayok daniel Laila ngajuk" kata haikal.

"Haikal pun sama" kata Laila.

"Eh,asal abang jugak" kata haikal dengan lakonan muka peliknya seperti dia tidak bersalah.

"Padan muka" kata daniel.

"Senyaplah" haikal melihat daniel dengan muka geramnya.

Setelah itu mereka gerak ke sekolah..

"Bang,nak kena pergi mana ni?" Kata Laila.

"Laila form 1 kan,kalau form 1 pergi dewan" kata haikal.

"Abang kat mana pulak?" Kata Laila.

"Kantin" kata daniel.

"Yay,tak jumpa la ni?" Kata Laila dengan muka gembira.

"Amboi,suka pulak yeh,nanti balik sama-sama,jumpa dekat depan sekolah,jangan merayau" Kata haikal dengan muka agak kecewa tetapi tidak ditunjuk,daniel melihat Laila dengan mata yang sedih.

Mereka gerak ke tempat mereka.

Di dewan..Laila didekati seseorang..

"Hai,nama awak siapa,saya Sasha" kata Sasha.

"Hai Sasha, saya Laila" kata Laila.

"Awak suka buat apa" tanya Sasha.

"Saya? Saya suka melukis dan kacau abang saya" kata Laila.

"Kacau abang awak? Yang 2 lelaki handsome tadi ke? Woww" kata Sasha.

"Handsome? Hmm bolela" kata Laila.

Semasa mereka sedang berbual,geng Laila telah tiba

"Eh,hai korang!" Kata Laila.

Sasha melihat Laila pergi ke kawan-kawannya.

"Wow..good looking lah diorang ni..tapi Laila takde lah cantik mana pun,kenapa kawan dengan orang macam dia" kata Sasha dalam hati..dan dia pergi ke tempat lain.

"Weyh,korang Aku rindu sangat ngan korang" kata Laila dengan muka comel nya.

"Heleh rindu sangat,abang  kau tu dia suruh aku sampaikan ni 'adik,kalau sakit apa-apa nanti bagitau abang,nanti abang tolong cakap kat cikgu' ni Haikal yang kata,mentang-mentang aku ni kawan kau" kata alexia.

"Oh..hehe sorry la lexia,diorang tu memang camtu,tapi diorang kan baik" kata Laila.

"Baik apanya,ingat tak waktu kau luka sebab aku tertolak kau,abang kau hampir nak belasah aku, nasib baik dia berhenti sebab kau suruh dia berhenti" sampuk farhani. Laila terdiam seketika..

"hehe" kata Laila dengan muka tak bersalahnya.

Di dalam kelas..

Sasha dan Laila Sama kelas,mereka duduk di meja sebelah-sebelah

"Hai Sasha,Aku ngan kau sama kelas lah" kata Laila dengan muka teruja.

"Ya,sama kelas" kata Sasha.

Waktu rehat..

Laila rehat dengan kawan-kawannya iaitu Alexia,Farhani dan Anna.

"Weyh,Laila nanti awak balik naik apa?" Kata Anna.

"Aik,takkan tak tau mestilah Ismail yang ambik dia,dia tu kan Adik kesayangan dia" Kata Alexia.

"Oh,baru ingat,dah lama tak jumpa" kata Anna sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Aku taknak naik dengan abang aku" kata Laila dengan riak muka malasnya.

"Kenapa pulak?" Kata Farhani. "Kereta dia tu,bersinar macam cahaya matahari aku tengok,semua orang tengok je dia sebab tu aku taknak" kata Laila.

"Sebab tu kereta orang kaya yeh" kata Anna walaupun telah mengetahui jawapannya.

"Ha belagak lah tu" kata Alexia.

"Takdelah berlagak,tapi faham-faham jelah" kata Laila.

Tiba-tiba Sasha menyampuk semasa diorang sedang berbual.

"Laila,kat sini rupanya" kata Sasha.

"Oh,hai, korang ni kawan aku Sasha,dia sama kelas ngan aku" kata Laila.

"Hai Sasha" semua orang menyambut Sasha dalam geng Laila ini.

Waktu pulang..

Laila menunggu abang-abangnya,Haikal dan Daniel sebelum Ismail datang mengambil mereka.

Setelah itu,terlihat kereta Ismail yang bersinar itu,kereta yang dipakai Ismail ialah kereta Lotus Eletre,semua mata memandang Kereta itu.Ismail ialah seorang ceo di syarikatnya sendiri yang disokong oleh ayahnya sebagai Anak pertama yang tertua didalam keluarga.

"Ha tu Ismail dah sampai" kata haikal, dia telah terbiasa dengan Muka terkejut orang lain..

"Haish..kenapa kena pakai kereta tu jugak..abang ni takde kereta lain ke" kata Laila.

"Dah jom masuk" kata Daniel.

Mereka masuk dalam kereta itu..

"Ey bang,takde kereta lain ke,memang nak berlagak depan orang ramai ke" Kata Laila.

"takdelah,ni memang kereta yang abang selalu pakai,lagipun nanti adik kesayangan abang famous kan sebab adik anak orang kaya" kata Ismail.

"Tapi adik malulaah, nanti mesti esok semua nak berkenalan" kata Laila sambil bersandar di badan Daniel.

"Perempuan takpe,laki jangan" kata Daniel.

"Kalau laki yang handsome adik nak lah" kata Laila dengan tersengih-sengih.

"Tak boleh,abang tak kasi" kata Ismail.

"Hmph..yela" kata Laila.

Mereka meneruskan perjalanan mereka ke rumah..

Apa yang akan tejadi keesokan harinya?

Laila Anak manja 《COMPLETED》Where stories live. Discover now