Bab 8

17 4 0
                                    

Tiga hari kemudian, Ismail pulang lebih awal dari yang dirancang, didorong oleh rasa marah dan risau yang membara. Laila. Selah sahaja tiba di rumah, Ismail tidak membuang masa dan terus menuju ke bilik Laila yang kelihatan suram dan penuh kesedihan. Hatinya sakit melihat keadaan adiknya yang begitu hancur.

"Abang dah balik, Laila. Ceritakan pada abang apa yang sebenarnyayang jadi," kata Ismail dengan nada tegas namun lembut, cuba menenangkan Laila yang sedang terisak.

Dengan suara yang penuh dengan kepedihan, Laila menceritakan segala fitnah yang dilemparkan oleh Sasha, bagaimana Haikal dan Daniel mempercayai tuduhan itu tanpa sebarang usul periksa, dan bagaimana dia merasakan dirinya terasing dan dikhianati. Setiap kata Laila penuh dengan kesedihan dan kekecewaan yang mendalam.

Mendengar cerita adiknya, kemarahan Ismail semakin memuncak. Dia tidak dapat menerima hakikat bahawa orang yang sepatutnya melindungi dan menyokong Laila telah bertindak sebaliknya. Ismail segera memanggil Haikal dan Daniel untuk berkumpul di ruang tamu tanpa Laila..

Di ruang tamu, Haikal dan Daniel muncul dengan wajah cemas dan tidak tahu apa yang akan berlaku. Mereka berdiri di hadapan Ismail dengan perasaan bersalah, tetapi masih ada keraguan di wajah mereka.

Ismail memandang kedua-dua orang itu dengan kemarahan yang membara. "Apa yang korang dah buat?" suaranya bergetar dengan emosi. "Korang pergi percaya bulat-bulat tentang fitnah Sasha tanpa sebarang siasatan? Korang biarkan adik korang, Laila, menderita? tak boleh fikir ke otak korang?!"

Tanpa memberikan peluang untuk menjawab, Ismail menampar wajah Haikal dengan kuat. Bunyi tamparan itu menggema di ruang tamu, menambah ketegangan suasana. "Inilah yang kamu buat pada Laila? Kau biarkan dia terhukum hanya kerana kamu percaya pada penipu? Apa yang kau fikirkan?"

Mereka terdiam..

"Laila yang tolak Sasha, kepala dia berdarah! Luka tu bukan palsu!" Balas Haikal. "Dia yang Salah,kenapa kitaorang kena marah!" Daniel menyambung. "Sekarang ni korang fikir betul-betul,jangan menyesal bila dia dah tak percaya korang dah, korang yang lalai" balas Ismail dengan muka kecewa

Laila Anak manja 《COMPLETED》Where stories live. Discover now