Di hospital...Sementara ibu bapa Laila dalam perjalanan pulang, mereka menerima panggilan telefon dari Ismail. "Ibu, Ayah! Laila Accident!" kata Ismail dengan wajah pucat dan penuh panik. "ALLAHUAKBAR!" jerit Puan Suraya, suaranya bergema di seluruh kapal terbang. "Kemalangan?!" balas Ayahnya dengan penuh kebimbangan. "Dia dekat mana sekarang?!" tanya Puan Suraya, wajahnya sangat pucat. "Laila dekat hospital menjalani pembedahan," jawab Ismail, suaranya penuh penyesalan. "Maafkan abang, abang gagal jaga keselamatan adik... Kenapa Laila yang dilanggar, kenapa bukan abang..." kata Ismail.. "Abang, jangan salahkan diri sendiri, Satu jam lagi ibu akan tiba di Malaysia. Laila, tolonglah selamat," rayu Puan Suraya dengan penuh harapan.
Tiga jam kemudian...
Jururawat keluar dari bilik pembedahan. "Siapa penjaga pesakit Nur Laila Natasya?" tanya jururawat itu. "Saya... saya keluarga dia. Adik saya selamat, kan?" jawab Ismail dengan nada cemas. Jururawat itu menarik nafas panjang lalu menghembusnya. "Adik awak selamat, tetapi dia masih belum sedar," jawab jururawat tersebut.
"Alhamdulillah!" Ismail dan Haikal mengucapkan syukur, air mata lega mengalir di pipi mereka. Mereka meletakkan tapak tangan di dada, merasakan beban yang agak ringan. "Jika anda mahu melawat pesakit, perlahankan suara kerana pesakit memerlukan rehat," nasihat jururawat itu. Ismail segera menghubungi Puan Suraya. "Assalamualaikum ibu, Laila selamat," kata Ismail. "Alhamdulillah... Ya Allah," balas Puan Suraya dengan nada lega, perjalanan ke hospitalnya menjadi lebih tenang.
Dua hari kemudian, Laila akhirnya sedar. Ismail dan ibu bapa Laila yang menemani setiap hari, melihat anak perempuan mereka yang kelihatan rapuh seperti gelas nipis. Haikal dan Daniel sangat malu dan bersalah, mereka tidak menunjukkan diri mereka kepada Laila. "Laila dah bangun?" tanya Puan Suraya apabila melihat anaknya membuka mata. "Ibu..." Laila menangis teresak-esak. "Ya, ibu di sini, sayang," jawab Puan Suraya. "Aduhai, anak ayah ni, pandai buat ayah risau," kata ayahnya dengan nada gurauan agar suasana tidak terlalu sedih. "Hehe... tak apa, yang penting Laila selamat," balas Laila dengan senyuman manis yang memaniskan hati ibu dan ayahnya.
Laila kemudian perasan Haikal dan Daniel tiada di mana-mana. Dia memerhatikan setiap sudut bilik tersebut. "Cari Haikal dan Daniel?" tanya Ismail. "Hm..." Laila hanya memberi jawapan ringkas. "Diorang tak layak jumpa Laila. Abang tahu Laila masih marah dengan diorang," sambung Ismail. "Laila cuma cari diorang je, bukan nak berjumpa depan-depan" balas Laila, dia masih marah dengan abangnya, tetapi walaupun begitu, Haikal dan Daniel tetap abangnya. Dan dia sayangkan mereka berdua

YOU ARE READING
Laila Anak manja 《COMPLETED》
RomanceLaila seorang anak manja didalam keluarganya kerana dia seorang sahaja anak perempuan,dia mempunyai abang yang sangat protective yang bernama Haikal,Daniel dan Ismail. Mereka seperti air yang dicincang tidak akan putus.. Tetapi.. Hidupnya menjadi tr...