Bab 4

14 4 0
                                    

Pada satu petang, Sasha mengatur perjumpaan di pusat membeli-belah bersama Farhani, Alexia, dan Anna.

Laila melihat gambar yang telah dihantar oleh Farhani didalam statusnya. Dia kecewa kerana mereka keluar tanpa memberitahu dia.

Ketika Laila mengirimkan mesej kepada Farhani, dia menerima balasan yang mengejutkan. Farhani berkata, "Maaf Laila, Sasha kata kau tak sihat hari ini, jadi dia tak ajak kau keluar."

Laila terkejut dan bimbang. "Betul ke? Aku rasa aku okey. Kenapa Sasha cakap macam tu?"

Farhani membalas, "Aku pun baru tahu, Sasha cakap kau mungkin perlu rehat dan tak boleh keluar hari ini."

Laila merasa sedih dan bingung. Dia memutuskan untuk memeriksa keadaan itu sendiri dan cuba menghubungi Sasha. Tetapi Sasha tidak menjawab panggilan atau mesej Laila. Laila terpaksa akur dan merasakan perasaan terasing semakin mendalam.

Di pusat membeli-belah, Sasha berseronok bersama Farhani, Alexia, dan Anna tanpa kehadiran Laila. Mereka menghabiskan masa berbelanja, makan di kafe, dan berbual mesra. Sasha, dengan penuh keyakinan, menonjolkan dirinya sebagai pemimpin kumpulan, dan mengelakkan sebarang perbincangan tentang ketiadaan Laila.

Sasha juga memastikan untuk mempengaruhi kawan-kawannya dengan komen negatif tentang Laila secara halus. "Laila ni memang jarang dapat peluang macam ni" kata Sasha sambil menunjukkan gambar dari perjumpaan tersebut kepada kawan-kawannya. "Mungkin dia memang perlukan masa untuk diri sendiri."

Farhani, Alexia, dan Anna mendengar dengan penuh perhatian, tidak menyedari bahawa Sasha telah memanipulasi situasi untuk menjauhkan Laila dari kumpulan mereka. Mereka mula merasa bahawa mungkin benar Laila memang tidak sihat, walaupun sebenarnya tiada apa-apa yang serius.

Sementara itu, Laila yang berada di rumah, merasakan semakin terasing. Dia berasa kecewa kerana Sasha telah menggunakan alasan palsu untuk menyingkirkannya dari perjumpaan itu dan merosakkan hubungannya dengan kawan-kawannya.

Petang itu, selepas Laila menerima berita bahawa dia tidak diundang ke perjumpaan kawan-kawannya, dia duduk bersendirian di biliknya dengan rasa tertekan. Haikal, yang baru pulang dari kerja, melihat Laila nampak murung dan menghampirinya.

"Laila, ada apa dengan adik abang ni? Kenapa nampak sedih sangat?" tanya Haikal, sambil duduk di sebelah adiknya.

Laila mengeluh, memandang Haikal dengan mata berkaca-kaca. "Abang, adik rasa macam tak penting. Sasha cakap adik sakit, jadi kawan-kawan adik tak ajak aku keluar. Tapi sebenarnya adik sihat je.. Adik rasa dia menipu."

Haikal terkejut mendengar kata-kata Laila. "Sasha menipu? Kenapa fikir macam tu?"

"Farhani kata Sasha cakap aku tak sihat sebab Sasha yang kata kat diorang tapi sebenarnya aku okey. Kenapa dia perlu buat macam tu?" tanya Laila dengan nada penuh kecewa.

Haikal cuba memberikan jawapan yang tenang. "Laila, abang rasa mungkin ada sebab kenapa Sasha cakap macam tu. Lagipun, Sasha ni baik. Dia bagi abang kek hari tu. Mungkin dia ada niat baik, cuma ada salah faham."

Laila memandang Haikal dengan penuh keraguan. "Tapi adik rasa macam Sasha sengaja menjauhkan adik dari kwan-kawan adik. Kenapa dia nak buat macam tu?"

Haikal menggelengkan kepala, cuba meyakinkan adiknya. “Mungkin dia ada alasan sendiri yang kita tak tahu. Lagipun, dia pernah tunjukkan sikap baik pada abang. Abang rasa dia cuma nak jaga keadaan.”

Laila mengeluh, kecewa kerana dia tidak dapat mendapatkan sokongan yang dia harapkan. “kenapa Abang lebih ambik pihak dia! Dia yang buat adik rasa macam ni!”

Haikal rasa bersalah. "Maksud abang bukan macam tu..tapi Abang tengok Sasha tu baik. Dia tak jahat pun.." balas Haikal dengan nada lembut agar Laila tidak marah.

Haikal menukar topik."sebab adik kesayangan abang marah sangat,Kita boleh cuba alihkan perhatian dari semua ini. Macam mana kalau kita keluar tengok filem malam ini atau makan di tempat yang adiksuka?" saran Haikal sambil mencubit pipi adiknya yang comel itu.

"Hm..ok.." balas Laila.

Mereka berdua keluar bersama, meninggalkan segala kesedihan sejenak, sementara Haikal memastikan bahawa adiknya merasa disokong dan dihargai. Dalam perjalanan ke destinasi mereka, Laila merasa lebih baik, walaupun keraguan terhadap Sasha masih ada didalam dirinya..

Laila Anak manja 《COMPLETED》Where stories live. Discover now