BAB 2

63 29 0
                                    

Celaka, gerutu hati Aizat. Mampus lah aku. Macam mana pengawas boleh nampak aku ni? Ah! Buat selambah aje lah. Bukan luak. Lagi pun hero mesti berani, walupun salah.

"Nama?" Tanya pengawas yang bertugas dengan garang. Macam prebet baru naik kopral.

"Macam lah tak tahu nama aku," jawab Aizat selamba.

"Eh, budak ni. Dah lah datang lambat, kurang ajar pula tu!" Tengking pengawas itu.

"Aizat, lima Ibnu Batutah!" Tengking Aizat pula."Itu pun tak tahu ke?" Sambil berlalu dari situ dengan angkuh. Macam samseng sahaja dia rasa. Kadang-kadang hidup ini kena gempak sikit. Baru orang takut. Baru lah budak-budak spy sekolah tu kecut perut. Kalau tidak, naik tocang lah mereka.

Sampai sahaja di depan kelas, dia tercegat. Alamak! Macam mana dia boleh lupa yang Cikgu Hasana sedang mengajar masa itu? Nak tak nak terpaksa lah dia beranikan diri masuk ke kelas juga. Kalau tidak, sudah lah lambat, ponteng kelas lagi. Ada juga yang kena denda cuci tandas sekolah nanti.

"Kenapa kamu lambat ni?" Cikgu Hasana mula bertanya dengan suara yang kuat.

Semua murid di kelas itu ternganga melihatnya. Macam lah dia badut sarkas atau Tarzan Malaya yang hendak tunjuk kekuatan.

"Maafkan saya, cikgu. Saya bangun lewat sebab malam tadi saya tidur lewat, temankan ayah tengok saudara sakit." Jawab Aizat dengan penuh sopan santun. Harap-harap alasannya diterima dan harap-harap juga dia tidak kena marah.

Cikgu Hasana pun manusia juga. Tak akan lah dia tidak ada hati perut dan sifat bertimbang rasa.

Cikgu perempuan itu merenung dia dari atas ke bawah. Rasa macam pesalah dekat mahkamah pula.

"Baik lah, lain kali jangan buat lagi," kata Cikgu Hasana sambil memandang ke papan putih semula.

Wah, leganya hati.

"Terima kasih, cikgu," jawab Aizat pantas dan berlalu dari situ menuju ke tempat duduknya. Murid-murid lain tersenyum-senyum sumbing memperli dirinya.

Lantak lah diorang, yang penting dia selamat. Tidak kena denda atau dera. Tapi kenapa jantungnya terasa hendak pecah sahaja? Dia macam ada something yang akan terjadi pada hari itu. Apakah something tu benda yang menyenangkan atau sebaliknya?

"Aizat!" Panggil Khairi bila Cikgu Hasana sudah keluar dari kelas.

"Aaa... Apa hal?" Jawabnya malas.

"Oi! Diozly dah putus dengan Ayani lah."

"Hah... diorang dah putus?" Tanyanya lagi.

"Ya," jawab Khairi dengan wajah yang gembira. Macam dia pula yang hendak bercinta.

"Apa jadi dekat Diozly?" Tanya Aizat lagi.

"Terus balik, minta cuti sakit," jawab Khairi sambil tergelak.

Syafiq juga turut ketawa. "Kau memang hebat lah, Aizat!" Puji kawannya itu sambil menepuk-nepuk bahunya. Dia hebat? Ish, dia memang hebat pun.

"Apa lah malang sangat nasib kau, Diozly. Girlfriend kau tak setia kat kau. Setakat perempuan macam tu pun boleh mainkan kau, silap hari bulan nanti aku pula yang kena main. Perempuan ni bukannya boleh dipercayai. Patut lah tadi aku rasa jantung aku macam nak pecah, rupanya aku nak dapat girlfriend baru. Boleh lah letak nama dia dalam senarai buku hitam simpanan aku," kata Aizat.

Syafiq dan Khairi ketawa sakan sampai keluar air mata. "Lucu! Lucu!" Itu sahaja kata-kata mereka.

Buku simpanan? Sofi! Cuma Sofi. Dia masih mencintai gadis bernama Sofi. Nama itu tidak diletakkan di dalam senarai buku simpanan tetapnya. Hanya nama itu sahaja yang diletakkan di hatinya hingga kini.

Permainan CintaWhere stories live. Discover now