Tiada angin, pohon tidak akan bergoyang. Sedap perumpamaan itu. Sesedap ceritanya. Cerita sebenar yang dirahsiakan dari semua orang. Demi kepentingan seseorang juga.
Ceritanya bermula dengan Si Khadijah atau Dija nama popularnya. Budak itu memang mengancam. Ramai kawan-kawan lelakinya yang jatuh cinta terhadap Dija. Sikap Dia yang peramah dan cepat mesra ini tentulah senang berkenalan dengan budak yang selalu dapat gelaran ratu cantik. Apatah lagi dia jenis hidung tidak mancung, pipi tersorong-sorong.
Dija memang cantik. Dalam usia semuda itu pun dia selalu menang ratu cantik. Sekejap ratu kebaya lah. Sekejap ratu ceongsam lah. Sekejap ratu sanggul dan macam-macam ratu lagi.
Dia memang bangga dapat berkawan dengan Dija. Sebab ramai budak lelaki yang tergila-gilakan Dija dari jauh. Ada yang sampai bertumbuk bengkak-bengkak muka dan dahi, berebut Dija. Tetapi bila di depan Dija, macam penagih dadah tidak dapat barang haram tu, terus menggeletar dan resah gelisah tidak keruan. Kalau Dija sapa pun dah nak tumbang.
Kecantikan Dija macam heroin filem Hindustan. Bentuk badannya pun lebih kurang bergitu. Kalau dia menari ditengah padang sekolah tu, rasanya mahu penuh terus padang.
Lelaki yang menguratnya pula bukan hanya budak sekolah. Cikgu bujang dan yang sudah kahwin pun cuba-cuba nasib. Orang luar jangan kiralah. Pelajar Universiti, perkerja penghantar makanan dan macam-macam lagi. Susah juga jadi budak perempuan cantik ni.
Yang seronoknya Dija percayakan Aizat. Semua cerita tentang dirinya diceritakan kepada Aizat. Semua gambar, surat, bunga, minyak wangi dan entah apa benda hadiah yang diterima daripada lelaki, ditunjukkan kepada Aizat. Macam mana Aizat tidak bangga, dia rasa macam dia hero filem Hindustan pula.
Malah, kalau dia dapat duit yang lelaki berikan padanya pun dibahagi dengan Aizat juga.
"Eh, mana kau dapat duit banyak-bayak ni? Bapa kau menang ekor ke, menang judi?" Tanya Aizat yang memang tahu bapa si Dija tu kaki judi kerana dia selalu ke rumah Dija. Selalu berlepak di rumah gadis itu. Bapanya sporting habis. Apalagi kalau dia belajar bersama Dija. Dia galakkan bergitu. Sebab dia jarang balik rumah. Di rumah cuma ada Dija, Ibunya dan dua adik perempuan yang masih kecil. Ibu Dija pula menjual pisang goreng dan kuih-muih di warung dekat bawah rumah pangsa itu.
"Ish, tak adalah macam tu. Itu duit abang-abang yang sukakan Dija... Apa lagi, Dija minta lah seorang-seorang. Kalau tak, habiskan beras sahaja melayan diorang tu."
"Ish, tak baik kau buat macam tu, Dija."
"Apa pula tak baik. Dia orang yang nak bagi. Lagi pun baut apa Dija melangut dengar dia orang cakap bukan-bukan bila dating tu. Lebih baik Dija tolong mak jual pisang goreng. Dapat juga hasil."
Dia tidak berkata apa-apa. Dija bagi, dia ambil. Sebab Dija kata, dia sayang Aizat kerana Aizat baik. Kembang kempis hidung Aizat dibuatanya. Dalam bercinta, Dija ini cukup berpengalaman daripada dirinya, walaupun usia mereka sama. Macam-macam Dija ajar Aizat. Apa lagi bila ibunya berniaga di bawah. Adik-adiknya ke sekolah. Mereka berdua pula mengulangkaji pelajaran. Aizat kerap menggigil dan menggeletar. Dija pula ketawa selambah.
Suatu hari, Dija tidak datang ke sekolah. Menyesal juga Aizat dibuatanya. Cikgu tanya dia. Pengawas tanya dia. Kawan-kawan tanya dia. Macam lah dia ni suami si Dija. Bengang juga dia. Hari itu hari isnin. Sedangkan dia jumpa Dija kali terakhir hari jumaat. Mana lah dia tahu apa yang terjadi dengan Dija.
Balik dari sekolah, dia pergi ke rumah Dija. Ibunya tidak berniaga di bawah seperti biasa. Dia pun terus naik ke tingkat atas.
Ibu Dija, Kak Salmah, selalu dipanggil orang, sudah bertampal ubat di tepi dua belah dahi. "Masuklah, Aizat... auntie demam. Budak-budak ke sekolah."
"Dija mana, auntie? Dia demam juga ke?" Tanya Aizat selepas menutup pintu dan duduk di sofa. Auntie Salmah berbaring semula di sofa panjang. Cukup dengan bantal dan selimut. Di atas meja terdapat ubat-ubat yang diambik dari klinik.
"Tak tahu lah auntie, Aizat. Sudah empat hari tiga malam dia tak pulang. Bapanya pun tak balik-balik. Ini yang auntie risau ni. Sampai pening dan demam," ujar perempuan itu dengan wajah yang murung.
"Aizat tak tahu Dija ke mana?" Soal auntie Salmah.
"Tak tahu, auntie."
"Dia gaduh dengan Aizat?"
"Tak ada pula."
"Ada dia Telefon?"
"Tidak."
Auntie Salmah mengeluh. Kasihan benar dia melihatnya. Jari-jari perempuan itu memicit dahi. Wajah putihnya bertambah pucat. Aizat pun bangkit dan duduk di sisi perempuan tua itu. Dia tolong memicit dahi perempuan itu seperti selalu dia buat pada ibu dan neneknya.
"Hmm..." Mata perempuan itu terpejam rapat. Biburnya terbuka. Wajahnya tampak lega. Darahnya juga sudah kembali ke muka.
"Picit kuat sikit, Zat..."
Sayangnya balik dari rumah Dija itu, dia pula yang demam. Jangkitan auntie Salmah barangkali. Seminggu dia tidak bangun. Apabila dia ke sekolah, Dija sudah berhenti sekolah. Dari gosil yang dia dengar, Dija sudah termengandung. Tiada siapa tahu, siapa bapa kandung budak itu. Apabila dia ke rumah Dija, keluarga Dija sudah berpindah.
Macam mana boleh timbul Dija termengandung, pun dia tidak tahu. Mungkin, sebab ramai orang sakit hati dengan penampilannya barangkali.
Sebenarnya agak lari sikit ya, tapi tak apa lah. Cerita Dija ni hanya penyedap jalan cerita. Okey, kita jumpa lagi hari sabtu. (Tak janji)
YOU ARE READING
Permainan Cinta
Short StoryBagi aku cinta itu hanya sebuah hobi. Satu permainan. Untuk seronok-seronok, untuk dapatkan nama. Makin banyak girlfriend, makin famous lah aku. Tapi ada seorang perempuan yang betul-betul mencabar sifat kelelakian dalam diri aku ni. Dia mengingatka...