Petang itu, Syafiq dan Khairi tidak datang ke rumah. Mahu main bola pun tiada siapa lagi di padang. Dia merayau ke pusat membeli-belah sahaja. Kalau bosan sangat, boleh ikut kawan-kawan main boling atau ke studio, kalau ikut kawan-kawannya yang lain jam pula. Pilihan yang paling last, dia bidek bola snooker. Silap hari bulan betting boleh dapat seketul dua.Sayangnya, tidak ada seorang pun kawan rapat di tempat-tempat itu. Yang ada pun hanya kawan yang hai, hai.
Last-last dia merayau sahaja. Dari satu kedai ke satu kedai. Dari satu tingkat ke satu tingkat. Sambil memerhati dan mengusik kakak-kakak jurujual yang banyak di situ.
Ada yang lawa, ada yang cun melecun, ada yang anggun. Ada yang peramah, ada yang pemalu, tidak kurang juga yang pemarah. Macam muka lanun hendak terkam mangsa. Malang sungguh bosnya.
Aizat tidak peduli. Dia sengaja ingin menghiburkan hati. Kalau hari-hari, setiap detik dan saat teringatkan Sofi sahaja, dia rasa boleh mati. Dia tidak mahu mati.
Dia mahu terus hidup dan menghimpun koleksi cinta monyet dan beruknya. Biar satu hari nanti Sofi boleh kita berapa ramai saingannya. Cinta ibarat seputing rokok, yang disedut dan dijentik puntingnya. Tiba-tiba berfalsampah pula dia.
Cinta ibarat bunga hidup, kalau layu buangkan sahaja.
Cinta ibarat bunga plastik, kalau sudah buruk, tukar dengan yang lain.
Cinta ibarat makanan, kalau tidak sedap, tukar dengan yang lain.
Cinta ibarat alam. Sesekali hujan, sesekali banjir, ditiup angin, dipanah matahari.Wah! Rasa macam boleh jadi novelis ni, fikirnya seronok sendiri. Penat berjalan, dia duduk di kedai muzik dengar lagu. Membelek album-album terbaru artis-artis kegemarannya.
Petang, main bola.
Malam, merayap dengan Syafiq dan Khairi. Buku belajar entah ke mana. Balik rumah kena sembur dengan ibu. Ayah cuma menjeling. Sibuk dengan kerja-kerjanya. Adik-adiknya tidak habis-habis berkeriau.
Sofi termenung di bilik tidurnya. Dia menopang dagu sambil mendengar lagu nyanyian Asfan dengan lagu populernya Maafkan Aku. Sofi berkhayal mendengar lagu itu. Jiwanya diamuk rasa pilu dan sedih apabila mengingati kelakuannya terhadap seseorang.
Seseorang yang pernah dikasihi suatu masa dahulu. Seseorang yang dia tahu amat mengasihinya. Bagaimanakah keadaannya sekarang ini? Sihatkah dia? Masih adakah lagi senyuman nakalnya. Masih semarak kah jelingan manjanya? Dia sudah tidak dapat hendak membayangkan lagi. Maafkan saya, Aizat. Saya lupa akan janji cinta kita, bisiknya dengan perasaan nan tergores.
Tanpa disedari, genangan air mata membasahi pipi. Sofi tersedar dari lamunannya apabila ibunya memanggil namanya berkali-kali untuk makan malam. Sofi bingkas bangun dari katilnya lalu mengesat air matanya cepat-cepat. Pakaiannya dikemaskan dengan meluruskan tapak tangan ke tubuh. Dia cuba senyum di cermin, tetapi tidak berdaya. Dia kemudiannya keluar bilik.
"Sofi..."
"Ya, mak."
"Mari kita makan, sayang."
"Sofi tak lalu nak makanlah, mak," jawab Sofi
"Kenapa kamu ni, Sofi. Kenapa Sofi tak nak makan? Cuba Sofi tengok badan Sofi, dah kurus. Sofi sakit ke?" Tanya ibunya kerisauan. Apalagi melihatkan anak kesayangan yang dahulunya seorang gadis yang manja, periang tiba-tiba bermurung durja. Senyumannya yang dahulu mampu menggugat hati sesiapa sahaja yang memandang. Kini dia sudah menjadi seorang gadis yang amat pendiam. Terlalu pendiam dan mudah bersedih.
"Kamu masih teringatkan si dia, Sofi?" Tanya ibunya sambil memandang tepat ke wajah anaknya.
Sofi Masih lagi mendiamkan diri. Kelihatan seperti sedang menahan sebak. Menahan air matanya dari berlinang. Tetapi dia cuma seorang perempuan. Ternyata perempuan sukar untuk menahan air matanya. Dia terlalu sedih mengingatkan kenangan silam yang merobek perasaan.
YOU ARE READING
Permainan Cinta
Short StoryBagi aku cinta itu hanya sebuah hobi. Satu permainan. Untuk seronok-seronok, untuk dapatkan nama. Makin banyak girlfriend, makin famous lah aku. Tapi ada seorang perempuan yang betul-betul mencabar sifat kelelakian dalam diri aku ni. Dia mengingatka...