BAB 6

27 14 2
                                    

"Ayani!" Jerit Aizat sedikit terperanjat.

Ayani hanya mendiamkan diri sahaja. Suasana di hujung padang sekolah waktu itu sunyi sepi. Sekali-sekala terdengar deruan kereta yang lalu. Ayani mengesat air matanya yang sudah mula mengalir ke pipi.

Aizat memandang ke arah Ayani. Pandangan yang penuh dengan tanda tanya. Ayani masih mendiamkan diri sambil memandang ke bawah. Kelihatan rumput-rumput kecil sedang beralun dibuai angin yang bertiup. Sang semut merayap ke sana ke mari.

"I benci you, Aizat. I hate you!" Ayani terus berlari selepas sahaja mengucapkan kata-kata itu secara tiba-tiba.

"Ayani, tunggu dulu. Dengarlah penjelasan I dulu."

Ayani berhenti berlari dan menoleh ke arah Aizat. Ayani masih menangis. Sedih hati Aizat bila melihat keadaan Ayani bergitu.

"Ayani, apa yang you dengar semua tu hanya fitnah semata-mata." Terang Aizat kepada Ayani.

"Aizat, bagi I semua lelaki sama. Lelaki tak dapat faham apa yang perempuan nak. Lelaki hanya faham apa yang diorang inginkan dari perempuan."

"You silap, Ayani. Tak semu lelaki macam tu. "

"Tapi Aizat, Dayang sendiri ceritakan kat I, dia kan kawan rapat I, tak mungkin dia nak tipu."

"Kawan rapat tak semestinya jujur terhadap kita. You kena selidik dulu. Kalau you ada bukti yang cerita ini betul, I sanggup terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah ini."

Ayani tersenyum kelat. Dia yakin dengan kata-kata Aizat.

Sorry lah, aku tak akan terjun dari tingkat tiga, nak mampus! Fikir Aizat pura-pura bersedih.

"Aizat I akan cari bukti dulu, baru I tunjuk pada you, okey."

"Ayani, tak guna you cari bukti tu."

"Kenapa?" Tanya Ayani terkejut.

"Fasal you tak akan jumpa bukti tu. Aizat berani bersumpah, Ayani hanya jumpa orang yang buta fitnah itu."

"Okey, kita lihat siapa yang betul."

"I yang betul," jawab Aizat sambil tersenyum memandang ke arah Ayani.

Ayani pun membalas senyuman Aizat. Kemesraan kelas terbayang di depan mata mereka.

Lonceng yang menandakan tamatnya waktu rehat sudah pun berbunyi. Mereka berdua melangkah meninggalkan tempat bertekak tadi menuju ke kelas. Masing-masing mendiamkan diri. Melayani fikiran sendiri. Mungkin kedua-duanya merasa berpuas hati selepas pertengkaran itu. Sedangkan lidah lagi tergigit.

Sepanjang pembelajaran, Aizat rasa kurang senang. Aizat tengok Diozly bukan main lagi memandang ke arah Ayani. Yang si Dayang pula tidak habis-habis tersenyum memandang Aizat. Mahu tak mahu terpaksa lah Aizat membalas semula. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia menampar mulut celupar itu. Oleh kerana Aizat ini seorang yang setiasa menghargai kurniaan Allah kepadanya, terpaksa lah dia menarik balik niatnya. Kalau tidak, hancur bibir budak itu. Elok-elok bibir yang boleh membuatkan lelaki telan liur, terus muntah sampai tiada air liur yang tinggal lagi

"Aku rasa ada sesuai yang tak kena lah."

"Apa yang tak kena, Aizat?" Tanya Khairi kepada Aizat sambil tangan nya membuat kerja.

"Ya lah... kau tengok apa motif sebenar Dayang buat cerita yang tak hujut tentang aku?"

"Apa yang si Dayang tu buat cerita tentang kau?" Celah Syafiq yang sudah pasti tidak mahu ketinggalan menyertai mesyuarat tidak rasmu itu.

"Dia cerita kat Ayani, aku pindah sekolah ni kerana aku di buang Dari sekolah yang dulu dan yang lebih hina tu, sebab-sebab aku dibuang sekolah." Sambil memandang ke arah Dayang, Aizat bercerita.

"Apa sebab-sebabnya?" Tanya Syafiq ingin tahu.

"Ada dua sebab. Pertama kerana aku mengetuai kumpulan samseng di sekolah. Kedua, aku telah melakukan zina dengan seorang budak perempuan dekat sekolah tu hingga mengandung," terang Aizat kepada Syafiq dan Khairi. Ternyata kedua-dua kawannya itu terkejut mendengar cerita itu.

"Aizat... habis tu, perempuan tu dah berapa bulan mengandung? Tak lama lagi kau jadi bapak lah jawabnya." Tanya Khairi.

"Bodoh punya budak, ini bukan cerita betullah. Ini semua cerita rekaan yang sedang dirancang oleh mereka untuk putuskan hubungan aku dengan Ayani." Marah Aizat kepada Khairi. Masih tidak faham-faham, muka selamba sahaja cakap. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia campak budak seorang ini keluar kelas. Biar jatuh dari tingkat tiga sekolah. Mampus. Menyusahkan orang. Kecil-kecil dalu tak nak mati, sudah beamsar menyibuk.

"Habus tu, kita nak buat macam mana?" Tanya Hafiz buat muka dungu.

"Nanti dulu, baru aku ingat. Minggu lepas tak silap aku, ada orang cakap si Dayang tu ada crush kat kau."

"Ah, karut lah kau ni, Syafiq. Dia kan dah ada Rizman, bodyguard Diozly tu."

Suasana menjadi hening. Semua mendiamkan diri. Mereka bertiga berfikir mencari satu jawapan yang pasti.

"Eh... Korang perasan tak, Rizman kawan baik Diozly, Ayani kawan baik Dayang. Rizman dengan Dayang kan couple. Ini mesti diorang bertiga yang rancang semua ni." Celah Khairi membawa pendapatnya sendiri. Entah lah bila dia jadi pandai pun Aizat tidak tahu. Yang pasti, selepas Aizat panggil dia bodoh.

"Mungkin betul juga, Aizat. Fasal aku tengok bersangkut paut lah," terang Syafiq yang percaya dengan pendapat Khairi bersungguh-sungguh.

"Haa... baru aku ingat, dua hari selepas aku couple dengan Ayani, Dayang ada call aku. Dia tanya aku aku dengan Ayani dah couple ke? Lepas tu, aku jawab lah, ya. Time tu juga suara dia berubah. Tersebik-sebik. Lepas tu dia ada cakap something kat aku, tapi tak habis, member terus letak phone." Terang Aizat kepada kawan-kawan setianya yang mendengar dengan penuh semangat.

"Habis tu, macam mana Aizat?" Tanah Syafiq.

"Tak apa, aku ada rancangan tersendiri. Kau orang mesti suka punya lah," ujar Aizat dengan confident dan tersenyuman lebar.

"Apa rancangan kau, Aizat?" Tanya Syafiq ingin tahu.

"Kau tak boleh bagitahu sekarang. Kau orang tengok lah nanti." Aizat terseyum sampai ke telinga pula l.

"Kau orang berdua tengok lah nanti. Jangan kata Diozly je mangsa aku, Rizman juga tersenarai. Kalau betul ini ada sangkut paut dengan si Rizman siaplah kau. Aku sambar buah hati kau pula. Biar kau metana kemudian baru kau kenal siapa playboy yang sebenar-benarnya playboy," ujar Aizat sambil tersenyum kesukaran. Syafiq dan Khairi bersorak keseronokan.

Maklumlah batu api...








.

























Hi, terima kasih sebab masih menantikan chapter baru. Macam yg di janjikan post sebelum subuh. Okay bye jumpa Rabu atau sabtu.

Permainan CintaWhere stories live. Discover now