BAB 5

43 19 3
                                    

Aizat, Syafiq dan Khairi sungguh gembira hari ini. Apa tidaknya, balik dari sekolah tadi, Diozly masam sepanjang jalan.

Siapa yang tidak sakit hati, apabila melihat buah hati disambar orang. Lepas tu boleh pula bermanja-manja dengan kekasih baru di hadapan kekasih lama. Boleh bunuh diri dibuatanya.

"Amacam, kau orang dah puas hati?" Tanya Aizat pada Syafiq dan Khairi.

Aizat terseyum melihat Syafiq dan Khairi ketawa tidak henti-henti. Soalan yang diajukan masih belum terjawab, mereka berdua hanya mampu mengangguk sahaja.

"Untuk pegetahuan kau orang, aku cadang nak putus dengan Ayani tak lama lagi."

"Hah... itu yang kami tak puas hati tu," jawab Syafiq tiba-tiba.

Rumah Aizat daripada riuh terus jadi senyap.

"Apa yang kau orang tak puas lagi. Korang suruh aku couple dengan Ayani, aku dah buat jadi aku apa lagi?" Soal Aizat dengan rasa hairan. Bingung dengan pemintaan kawannya itu.

"Aku dengan Syafiq belum puas tengo Diozly tu sakit hati," jawab Khairi dengan mukanya yang masih tersenyum-senyum macam kambing tengok pucuk muda.

"Okey lah, kalau itu yang kau orang nak. Tapi, kejap aje tau."

"Okey," jawab Syafiq dengan Khairi serentak. Kemudian mereka bertiga ketawa seperti orang kena rasuk.


















Celaka punya kawan. Nak makan, aku dah belanja. Suruh cerita, katanya sampai kat rumah dia baru nak cerita. Sekarang dah sampai rumah dia, boleh buat bodoh aje. Lepas tu terus on call dengan girlfriend. Haram punya kawan, gerutu Diozly dalam hati. Geram dibuatanya. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dihantuk kepala Rizman itu sekuat hati dengan menggunakan periuk.

"Okey sayang, thank you, bye." Rizman tersenyum sampai ke telinga, memandang ke arah Diozly.

"Okey Diozly, set... perancangan akan dijalankan sebentar lagi."

"Okey, okey! Orang tunggu bagai nak rak, kau boleh okey, okey saja."

"Relakslah Diozly, aku nak cerita lah ni. Aku tahu kau marah aku, kan. Fasal aku on call tadi, betul tak?" Teka Rizman.

"Yalah, habis tu kau ingat aku tunggul ke?" Jawab Diozly cuba bersabar.

Nafas ditarik lalu dihembus pelahan. "Okey, ceritanya bergini. Aku ada girlfriend. Girlfriend aku ada kawan baik. Cuba kau teka siapa kawan baik dia?"

Diozly mula menggaru-garu kening. "Tak silap aku, Ayani."

"Ha... habis tu, apa lagi?"

"Apa lagi, apa dia?"

"Kau ni pun bodoh juga ya. Itu pun tak dapat tangkap."

Geram hati Diozly dibuatanya. Sedap sahaja mulut Rizman cakap dia bodoh. Kalau bukan kawan, memang habis dia kerjakan. Mahu sahaja dia menghempuk pasu bunga yang berada di tepinya ke kepala Rizman yang lonjong itu. Biar berderai.

"Mana lah aku tahu, itukan perancangan kau. Bukannya aku," jawab Diozly sambil meninggikan suara. Dia sudah tidak sabar lagi dipermain-mainkan bergitu.

"Ya lah, kau tengok lah nanti."

"Eh... tadi kau kata nak cerita. Kau nak main-mainkan aku ke?"

"Okey, okey... bergini, aku suruh girlfriend aku ni call Ayani. Lepas tu bawa cerita yang buruk-buruk tentang Aizat masa kat sekolah lama dulu. Pasal dia kena buang sekolah, dan macam-macam lagi lah yang buruk-buruk."

Permainan CintaWhere stories live. Discover now