"Tell us! Why are you coming here?!" Seorang lelaki bertubuh tegap dan tinggi menjerkah.
Aaryan dan Faleeq hanya menatap kosong wajah lelaki itu. Kedinginan yang memeluk tubuh mereka kian terasa walaupun badan mereka masih dibalut pakaian seragam. Senyuman sinis diukir oleh Aaryan membuatkan lelaki itu berang.
"Why are smiling, you son of a bitch?!"
Satu tumbukan kuat dilepaskan tepat pada perut Aaryan membuatkan dia terbatuk beberapa kali menahan senak. Beberapa tumbukan dilepaskan lagi, kali ini pada bahagian muka. Dalam kesekejapan, muka Aaryan sudah berlumuran darah.
Faleeq mengetap bibir melihat Aaryan diperlakukan begitu. Andai saja mereka tidak diikat, pasti sudah mati mamat itu dibelasah olehnya! Dia menggoncang-goncang tangannya yang terikat ke atas pada sebatang tiang.
"Enough, John!"
Pukulan bertalu-talu terhadap Aaryan terhenti apabila suara seseorang bergema di dalam bilik itu. Lelaki yang dipanggil sebagai John itu mendengus kasar.
Aaryan tertunduk lemah. Darah yang mengalir daripada mulutnya menitik jatuh ke atas lantai. Sebelah mata sudah lebam dan berdarah.
"You might kill him! Get out!" Marah lelaki itu. John merengus kencang dan segera keluar daripada bilik itu. Pintu dihempas kuat olehnya.
"Tell us, gentleman! Why are you here, in my territory?"
Aaryan mengangkat kepala ingin melihat si pemilik suara. Matanya menangkap seseorang sedang duduk bersilang kaki di atas kerusi di hadapan dia dan Faleeq sambil menghisap rokok. Asap rokok yang dihembus berkepul-kepul di udara membuatkan dadanya sesak mencari udara segar.
"Smoking is not good for your health," lemah Aaryan berkata. Hujung sudut bibirnya ternaik sedikit seraya matanya menjamah wajah lelaki itu.
"I know that, man. I just want to know, why are you here in my territory?" Lelaki itu mengulang kembali soalannya. Rokok disedut dan asapnya dihembus lagi ke udara.
"We told you! We just wanna bring back our people that your people have abducted for human trafficking. Your country allowed us to bring them back!" Faleeq berkata kuat.
"I beg your pardon. My country? I'm sorry, gentleman. I'm afraid, I don't belong to any country."
Lelaki yang berpakaian seragam celoreng berwarna kelabu itu ketawa mengejek. Dia menyandar seraya berpeluk tubuh melihat Aaryan dan Faleeq yang masing-masing terikat dalam keadaan tangan ke atas pada sebuah palang dan tiang.
"Ferhad?" Aaryan membaca sebaris tanda nama yang terlekat pada seragam yang dipakai oleh lelaki itu.
"What uniform you are wearing right now? Is it not your country's uniform? Shame on you wearing other country's uniform!" Aaryan berkata sinis.
Ferhad mengepal penumbuknya. Jika diikutkan amarahnya, mahu saja dia membelasah Aaryan sepuas hatinya. Namun, dia masih mampu mengawal gelojak perasaannya. Bibir mengukir senyuman sinis.
"Well, this used to be my country. But not anymore after they betrayed me!" ujar Ferhad dengan nada perlahan namun keras.
"I'm sorry to hear that, man! But, we are not here to pick a fight with you. We just wanna take back our people," ujar Faleeq lembut seakan memujuk.
"Yes! And they allowed us to bring them back home!" Aaryan pula berkata.
"I'm sorry, gentleman! Maybe they lied to you?" Ferhad senyum mengejek ke arah Aaryan.
"I rule this territory! Not them! And you have entered my territory without my permission!"
Ferhad bangkit daripada duduknya dan berjalan ke arah Aaryan sebelum beralih kepada Faleeq.

YOU ARE READING
𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)
Storie d'amore[SIRI PERTAMA 4 BERADIK] ❗️Dalam proses edit❗️ Singkat. Itu adalah perkataan yang sesuai untuk permulaan kisah cinta antara Diya dan Adha. Namun tidak bagi Adha kerana dia sudah lama menyukai gadis itu. Dengan bantuan Najmi, kisah cinta mereka berdu...