Prolog

40 23 0
                                    

Pada petang itu, Kasyaf yang berusia 7 tahun sedang berjalan menuju kearah taman permainan di depan itu bersama mamanya. Dia sangat teruja hari ini dek kerana dia dapat meluangkan masa bersama keluarganya.

Malah hari ahad ini sesuai bagi sesiapa yang ingin membuat aktiviti keluarga. Kasyaf juga teruja disebabkan keluarga kawan daddynya turut mengikuti hari mereka lebih-lebih lagi anak perempuan mereka.

“Assalamualaikum..” mamanya berikan salam kepada keluarga kawan daddynya. Mereka turut membalas salam itu disertakan dengan senyuman. Manakala Kasyaf sudah tersengih lebar apabila melihat ‘anak perempuan’ kawan daddynya itu.

“Mana Hazim? Tak nampak kelibat dia dengan kamu berdua?” soal Tuan Iman. Puan Henna iaitu mama Kasyaf tersenyum sebelum menjawab. “Ahh dia pergi ke tandas sekejap sebab ada urgent call dari office”

Tuan Iman dan isterinya Puan Nasuha seraya menganggukkan kepala mereka sebelum mereka terlihat wajah keterujaan Kasyaf. “Kasyaf teruja ya? Tak sabar nak main ke?” soal Tuan Iman.

“Haah uncle…tak sabar nak main dengan anak uncle” sengih kambing Kasyaf berikan kepada tuan Iman. “Ohh Lyssa ke?” seraya itu Tuan Iman mengambil tangan Malyssa yang berumur 5 tahun dari belakang kakinya itu.

Kasyaf serta merta menganggukkan kepalanya. Puan Henna sudah menggeleng melihat perangai anak terunanya itu. Melihat Malyssa seperti dapat permainan saja. Ish ish Kasyaf!

“Lyssa kenal-kenal lah dengan abang Kasyaf…jangan takut” ucap Tuan Iman sambil menolak badan anaknya di hadapan Kasyaf itu. Kasyaf sudah melambai kearah Malyssa.

“Ha-hai abang…Kasyaf” panggil Malyssa malu dan takut sebelum mendongak kearah papanya. Tuan Iman menganggukkan kepalanya menandakan tidak ada apa akan berlaku.

“Hii Lyssa! Comelnya awak! Alolo” Kasyaf mencubit terus pipi Malyssa menyebabkan Malyssa kurang selesa dengannya. Terus saja Malyssa melepaskan cubitan itu lalu pergi kearah papanya sambil menangis.

“Cantik dan comel lah dia mama! Kasyaf nak cubit lagi!” ujar Kasyaf kepada mamanya. Mamanya menggelengkan kepala, “Kaysaf tak baik buat macam tu dekat Lyssa…kan dah menangis tu”

“Hmm okay, nanti Kasyaf bawa dia main sebagai tanda minta maaf” senyum Kasyaf. Selepas beberapa minit, barulah nampak kelibat daddynya itu.

“Hah maaf lambat tunggu, ada urgent tadi” ujar daddynya Tuan Hazim. Tuan Iman dan Tuan Hazim berjabat tangan, “Tak apa lah zim, kami faham dengan kerja kau tu…” Tuan Hazim mengeluh lega sebelum melihat kearah Malyssa.

“Eh hii Malyssa! Comelnya kamu ni..geram uncle!” ucap Tuan Hazim lalu mereka semua terketawa. Kasyaf menapak kearah daddynya, “Kan daddy? Comel kan Lyssa ni? Nanti Kasyaf nak kahwin dengan dia lepastu cubit pipi dia, boleh kan daddy?”

Tuan Hazim mendengarkan itu terus memudar senyuman nya sedikit sebelum berpura-pura senyum lebar dan menganggukkan kepalanya. “Inshaallah jika ditakdirkan kamu berdua berjodoh..” ucap Tuan Iman pula.

“Ehem! Dah lah jom kita masuk ke dalam?” Seraya itu, mereka semua menapak kearah taman permainan itu. Selepas saja masuk, bermulalah misi menerokai setiap permainan yang ada di sana.

*****

Setelah beberapa jam, mereka hanya duduk di bangku yang berdekatan dengan permainan gelongsor kanak-kanak. Mereka meniliti pergerakkan Kasyaf dan Malyssa yang sedang bermain di situ.

Lama-kelamaan, hubungan mereka berdua semakin rapat dan mudah bergurau senda sesama mereka. Namun ada seseorang yang tidak puas hati dengan hubungan Kasyaf dan Malyssa itu.

‘Tak boleh jadi ni…aku kena buat sesuatu untuk pisahkan balik hubungan mereka tu’ bisik hati ‘seseorang’ seraya itu dia tersenyum sinis.

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Kashaf Aidan: His Nur [OG]Where stories live. Discover now