Bab 9

29 17 0
                                    


Kini, Nur pula yang menundukkan kepalanya seketika akibat pening yang amat secara tiba-tiba. Dia memegang sisi kepalanya yang berdarah itu. Ya, darah itu adalah dari kesan kematian nya dulu.

“Eh Nur, kau dah kenapa? Berdarah ni?” Kasyaf terbungkam apabila melihat darah yang banyak mengalir dari sisi kepala Nur itu. Dia jugak baru perasan yang pakaian Nur banyak koyak rabak dibahagian seluarnya dan tudung perempuan itu ada tompokan darah.

“S-sakit awak!” Kasyaf terus berdiri mengambil tisu dan beri kepada Nur. Nur melihat tis utu sekejap.

“A-aku tak tahu kalau kau boleh guna tisu ni tapi—”

“Takpe, saya boleh pakai lah…terima kasih” Nur terus melap darahnya yang mengalir menggunakan tisu itu. Dalam beberapa tisu jugaklah dia gunakan sebelum darahnya berhenti mengalir.

Segala tisu itu bertaburan di lantai. Kasyaf keliru sekejap sebelum dia teringat apa yang dijelaskan oleh Nur semalam.

Bahawa roh sepertinya boleh mengambil apa saja barang dan menggunakan bayangan barang itu malah kemudian barang asalnya itu akan jatuh di bawah. Sama seperti tisu tadi.

Kasyaf mengambil tisu-tisu itu dan menyuci kesan darah dulu sebelum buang ke dalam sampah. Lalu dia kembali duduk.

“Kau okay?” Nur hanya mengangguk. Fikirannya sama seperti Kasyaf tadi. Bahawa mungkin dia pernah dengar nama itu semasa hayatnya.

“Hmm…aku pergi luar kejap. Nak cuci baby aku” Nur mengerutkan dahinya. ‘Baby?’ ‘Pergi luar?’

“Awak tak pergi kerja ke harini? And baby? Who?” soal Nur hairan. Kasyaf yang sudah berlalu dari dapur itu terberhenti sekejap sebelum menoleh.

“Haah, kan cuti harini. Ahad kan? Dan baby ku yang aku maksudkan tu kereta aku lah..” Selesai berkata, Kasyaf terus mengatur langkah keluar rumah.

“Ohh cuti rupanya…faham. Awak nak ikut!” Nur terus berlari anak keluar rumah mengikut jejak Kasyaf.

*****

Sekarang, Kasyaf sedang menyuci keretanya yang digelar ‘baby’ itu dengan tekun. Manakala Nur sedang menguis rumput yang berada di tepi longkang hampir jalan raya itu.

Kasyaf menoleh seketika sambil melap peluhnya. Panas betul harini. Habis berpeluh satu tubuh badannya. Nak mandi sekali dengan ‘baby’ tak boleh. Nanti ada roh yang pengsan.

“Oi! Kau buat apa tu?” soal Kasyaf.

“Memasak”

Kasyaf menjeling sebelum dia pergi kearah Nur. Kelihatan Nur yang sedang menguis rumput itu dengan tangkai kayu dari entah mana dia ambil.

“Masak apanya? Main rumput rupanya…”

“Biarlah! Seronok apa main dengan rumput…”

“Amboi, nampaknya ada yang nak berkawan dengan kambing ni….” gelak Kasyaf. Nur sudah menjeling Kasyaf dengan tajam.

“Mana ada! Sejak bila saya kata nak berkawan dengan kambing?”

“Dah kau kata suka main dengan rumput…haa kambing pun suka rumput” gelak Kasyaf lagi.

“EE! Awak ni kan—” Baru saja Nur berdiri dan mahu menolak Kasyaf agar berhenti ketawa namun dicelah oeh entah saudara mana.

“Kasyaf?”

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Kashaf Aidan: His Nur [OG]Where stories live. Discover now