Bab 3

35 23 0
                                    


Suasana bertukar hening apabila daddynya menyuarakan hal itu. Puan Henna sudah menggeleng melihat suaminya yang berkeras ingin mengahwinkan anak sulung mereka itu.

“Abang…..dahlah tu. Kan kita tengah makan—”

“Dad, Kasyaf bukan taknak ikut arahan dad tapi….tolong faham yang Syaf tak bersedia lagi nak berkahwin. Lagi pulak sekarang Syaf semakin sibuk dengan client”

“Hrmp! Tak habis-habis dengan alasan yang sama! Cuba jadi anak yang mengikut kehendak ibu bapa! Ni tidak!” Tuan Hazim merengus.

Kasyaf hanya memekakkan telinganya malah terus menghabiskan makanannya. Dia mahu segera keluar dari sini, malas nak hadap daddynya lama-lama. Nanti dia menjadi kurang ajar terhadap daddynya.

“Syaf dah habis makan. Alhamdulillah thank you mom untuk makanan ni….Syaf balik dulu. Ada masa lagi Syaf balik jenguk” seraya itu Kasyaf berdiri dan menyalam tangan mamanya setelah membasuh tangannya.

“Baiklah, hati-hati Syaf…” puan Henna renungkan saja tubuh badan Kasyaf yang segera keluar dari rumah itu. Tak sempat nak berbual dengan anaknya itu tapi suaminya yang menyebabkan suasana menjadi begini rupa.

Kasyaf tidak menyalam daddynya kerana dia sedang mengawal marahnya ketika ini dan begitu juga daddnya. Manakala tuan Hazim sudah merengus melihat tingkah laku anaknya itu.

“Baguslah! Semakin hari, semakin dipijaknya kepala kita ni!”

“Abang, sabarlah…nanti lama-lama dia terbuka hati jugak untuk berkahwin. Kita sabar je lah ye bang?” pujuk puan Henna. Tuan Hazim hanya mengeluh sekejap sebelum menyambung makan.

Puan Henna pun turut mengeluh, ‘Apalah nak jadi dengan hubungan mereka ni….semakin dingin aku tengok haih’ Dengan itu dia pun turut sambung makan makanannya.

*****

Setelah beberapa jam berkerja, akhirnya Kasyaf pun balik kerumahnya. Terasa lelah di bahagian badannya dek kerana menguruskan di office dan juga membaiki beberapa buah kereta.

“Penatnya aku…nak tidur tapi belum solat Isya. Nasib Maghrib sempat tadi..” keluh Kasyaf sambil merehatkan dirinya di sofa itu. Setelah berehat beberapa minit, barulah dia bangkit dan mula melangkah naik ke biliknya.

Masuk saja bilik, Kasyaf mencapai tualanya dan masuk ke dalam tandas. Selepas mandi, Kasyaf pun keluar dari tandas itu dengan tuala yang dilit dipinggangnya.

Ting! Ting!

Sedang dia melap rambutnya dengan tuala kecil, tiba-tiba ada dua notifikasi masuk di telefonnya. Kasyaf pun mengambil Iphone miliknya itu lalu membuka WhatsApp.

Satu dari mamanya dan satu lagi dari Syafiq. Kasyaf memilih untuk membuka text mamanya dulu.

“Assalamualaikum Syaf…mom minta maaf tau fasal daddy tadi. Jangan marah daddy lama-lama..”

Kasyaf mengeluh sebelum membalas text tersebut. “Waalaikumsalam mom, its okay lah mom…bukan salah mom pun. Lagipun Syaf sudah maafkan daddy. Cuma Syaf need more time. Minta maaf ya mom sebab kelakuan Syaf tadi”

Selepas itu barulah dia membuka text dari Syafiq itu. Mudahan dia takde minta apa-apa yang tak berfaedah.

“Assalamualaikum bos! Nak bagitahu yang kitaorang esok akan akhir sedikit sebab nak beli roti canai dekat restoran berhampiran tu”

Kasyaf hanya menggelengkan kepalanya. “Waalaikumsalam, ada-ada saja kamu berdua ni…okaylah aku beri izin dengan syarat belikan aku juga roti canai tu” seraya itu terus ada balasan dari Syafiq.

“Okay bos! Akan di turut perintah!” ditambah dengan emoji tabik hormat.

Kasyaf mengeluh sebelum dia meletakkan kembali phonenya di atas katilnya. Dia segera memakai pakaian dan kain pelikatnya dan berlalu ke tandas untuk mengambil air wudhu.

Kemudian, barulah dia menunaikan solat Isya pada malam itu. Selesai saja solat, dia terus baringkan tubuhnya di katil dan masuk ke alam tidur dek kerana penat sangat.

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Kashaf Aidan: His Nur [OG]Where stories live. Discover now