Bab 7

33 18 0
                                    

Keesokkan harinya, Kasyaf terbangun disebabkan ada benda yang menyucuk pipinya. Kasyaf membuka matanya dan disajikan dengan muka perempuan itu.

“AAA!” Kasyaf berguling hingga dia terjatuh ke lantai. Dia mendesis kesakitan pada punggungnya yang selamat mendarat itu.

“Hii, morning!” sapa perempuan itu ceria tanpa langsung rasa bersalah. Kasyaf menjeling.

“Kau buat apa dalam bilik aku ni? Tak elok lah dalam bilik lelaki ish!”

“Alaah, mana ada orang nampak…..kan saya roh halimunan. Apalah awak ni”

“Pandai menjawab!” Perempuan itu hanya tersengih saja. Kasyaf mengusap rambutnya kusut lalu berdiri ingin masuk ke tandas untuk mandi. Sebelum itu, dia mencapai tualanya dulu.

“Hah kau, jangan ada niat nak masuk tandas ni eh! Aku nak mandi ni!” seraya itu, Kasyaf pun masuk ke dalam tandas dan memulakan mandiannya. Perempuan tadi hanya menganggukkan kepalanya saja.

*****

Selesai mandi, Kasyaf menghadap cermin tandas itu. Dia mengeluh seketika memikirkan perihal perempuan aka roh yang berada dalam biliknya itu.

‘Macam mana ni? Takkan dia nak tinggal sama aku kot? Malu lah ada perempuan…’

Kasyaf sudahlah pening kepala memikirkan hal itu namun ada lagi hal yang baru berlaku.

“Awak! Buka pintu ni! Awak! Tolong huhu!” jerit perempuan itu dalam keadaan cemas. Habis diketuknya kuat pintu tandas itu.

“Kau nak apa lagi?”

“A-ada lipas merayap awak! Tolong huuu!” Kasyaf menarik nafasnya dalam sebelum menghembus kasar. Lipas je pun! Dia kan hantu boleh je keluar rumah kejap! Aihlah perempuan!

“Jadi kau nak aku buat apa?”

“Awak dah habis mandi ke? Kalau dah, bagi lah saya masuk…awak keluar tangkap lipas tu huuu!”

Aigoo jinjja!

Kasyaf membuka pintu tandas tu malah terkejut sekali apabila perempuan itu menolak badannya ke depan.

“Tuu! Ambil lah! Bawa jauh-jauh! Eee geli lah!” ujar perempuan itu di belakang Kasyaf malah menolak sekuat hati badan Kasyaf.

“Eh! Eh! Sabar lah perempuan! Apeni tolak-tolak aku ni! Haram tahu tak?”

“Halal haram dah tak kesah lah awak! Saya kan roh! Lagipun ni hal terdesak tahu? Cepatlah!”

“Eh aku kan dia ni! Tolak topic haram tu, boleh ke roh takut dengan lipas? Binatang kecil je pun kau nak takut…”

“Eh awak! Awak jangan lupa eh yang saya pun pernah hidup atas dunia ni! Saya takut insects! Banyak kaki pula tu!”

Kasyaf menjeling tajam kearah perempuan tu sebelum dia mengambil tisu. Macam mana boleh ada lipas dalam rumah aku. Selama ni elok saja. Terus saja Kasyaf mengambil lipas itu lalu membuangnya ke luar rumah melalui tingkap bilik itu.

“Dah buang dah lipas tu…” Kasyaf kembali menoleh kearah perempuan itu. Namun kelihatan perempuan itu menjadi bisu sambil melihat badan tegap Kasyaf itu.

Kasyaf terus membuat tangan X dan lekapkan di dadanya. “Kau buat apeni? Tenung aku bagai nak makan? Ni dah masuk se—”

“Cantik body awak!” tenung perempuan itu tanpa rasa malu. Kasyaf sudah bengang.

“T-terima kasih? Hei baik kau keluar! Aku nak salin baju lah!”

“Okay! Okay! Chill! Badan je pun! Ada lagi yang lebih cantik lah dari awak!” ejek perempuan itu sebelum keluar dari bilik itu.

“Dasar perempuan miang! Hrmp! Maluu! Mom!” Lekas saja Kasyaf masuk ke dalam walk in wardrobenya.

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Kashaf Aidan: His Nur [OG]Where stories live. Discover now