BAB 1

887 43 0
                                    

"AYAH akhirnya dah jumpa bakal suami yang sangat sesuai dengan kamu nak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"AYAH akhirnya dah jumpa bakal suami yang sangat sesuai dengan kamu nak..." kata kata itu terus menyentakkan perbuatanku. Tangan yang sedang memegang garfu dan sudu terus kaku tidak berkutik.

Perlahan lahan aku mengangkat kepala memandang kearah seraut wajah tua yang kelihatan tenang dan mesra itu. Jantung berdegup kencang dan kepala mula rasa berpusing dan mual. Pegangan di garfu dan sudu aku eratkan. Baru sahaja aku ingin membalas tiba-tiba satu suara menjerkah kuat.

"AYAH! apasal ayah tiba-tiba nak suruh Hanum kahwin?! Dia baru sahaja putus tunang tak sampai 3 bulan and ayah nak suruh dia kahwin lagi?!" Jeritan abang Arien kedengaran menerpa telinga. Aku mengemam bibir seraya memangdang ke arah abang Arien penuh pengharapan. Harap ayah mendengar kata-kata abang Arien.

"Ayah tak pernah terfikir ke perasaan dia?! Biar lah dia pilih sendiri siapa yang dia nak kahwin!!" bangkangnya lagi.

Aku berasa sedikit tersentuh dengan kata-kata itu tetapi aku tetap diam. Memerhati riak wajah ayah yang kelihatan dingin itu.

"Arien..." suaranya dingin sedikit beku memanggil nama itu dengan nada tegas. Abang Arien terus bungkam seketika tatkala namanya diseru dingin begitu.

"Hanum bukannya muda lagi...dia dah 28 tetapi masih lagi belum kahwin...ayah cuma risaukan dia." terang ayah dengan tenang.

"lagipun bukan kamu yang nak kahwin tetapi Hanum.." suara itu kedengaran mengancam di telingaku. Abang Arien terus senyap tidak mampu untuk membalas.

"so Hanum... Apa pendapat Hanum?" kini mata coklat gelap itu terarah ke arah ku.

Dengan sebaik mungkin aku menyembunyikan perasaan yang kian timbul. Hujung bibir ditarik mengulum satu senyuman manis. "mestilah boleh ayah... Hanum pasti pilihan ayah mesti yang terbaik buat Hanum." jawab aku penuh lancar. Abang Arien memandang ke arah aku dengan wajah tidak percaya. Jika aku sendiri sudah bersetuju dia tidak boleh buat apa apa.

"sejuk hati ayah dengar jawapan Hanum... Hanum jangan risau.. Ayah tak memaksa Hanum... Kalau Hanum jumpa lelaki yang lebih baik ayah tak teragak agak akan putuskan pertunangan ni..cuma tu lah.. Kalau Hanum dapat kahwin dengan dia, lebih mudah lah ayah nak besarkan cawangan kita.. Sebab dengan bantuan keluarga dia kita dapat berkembang dengan lebih pesat."terang ayah memberi jaminan.

Senyuman manis aku tayang walaupun aku tahu kata kata itu penuh dusta. Tidak mungkin ayah akan lakukan apa yang aku mahu." baik ayah. "lembut suara ku berkata. Walaupun aku tidak mahu aku terpaksa akur. Sudah masak dengan perangai ayah. Kalau aku menolak pun nanti dia akan buat apa sahaja untuk buat aku akur dengan perancangan dia.

"btw ayah... Lelaki tu orangnya macam mana?" aku menyoal. Ingin juga tahu bakal suami aku yang kali ini. Bekas tunang aku adalah seorang anak usahawan yang berjaya tetapi disebabkan keluarganya tiba-tiba bankrupt semalaman. Ayah terus memutuskan pertunangan kami. Jelas dia hanya menggunakan aku sebagai satu barang untuk mendapatkan keinginannya.

HANUMWhere stories live. Discover now