BAB 5

941 67 20
                                    

KAKI mengorak langkah laju memasuki bangunan gah Hotel Paragon itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KAKI mengorak langkah laju memasuki bangunan gah Hotel Paragon itu. Sebaik sahaja tiba di depan bangunan aku terus ucap terima kasih dan turun tanpa menoleh ke belakang. Entah macam mana aku boleh tahan emosi aku duduk berlama lamaan dengan Aryan tadi. Nasib sahaja buku lima tadi tak sampai ke muka dia!

Beg tangan yang aku sangkut di bahu aku perkemaskan. Langkah terus aku atur ke bahagian restoran hotel itu. Kata ayah, Dato' Hisyam telah membuat reservation. Tinggal sebut nama Dato' Hisyam sahaja nanti pelayan itu akan menunjukkan di mana meja aku.

Lantas aku berjalan menuju ke arah kaunter. Tidak sampai dua langkah aku diseru dari belakang.

"Pendek! Tunggu!" jerit lelaki yang memakai topi keledar berwarna hitam itu. Aku berdecit kecil namun tidak memandang. Kaki terus aku atur ke bahagian receptionist. Malu aku nak mengaku kenal mamat tu! Dah lah masuk hotel pakai helmet!

Tidak sampai beberapa saat Aryan sudah ditahan oleh pengawal disitu sebab melanggar peraturan. Ekspresi muka beku cuba aku kekalkan menahan diri daripada menghambur tawa. Badan aku sudah menggigil perlahan. Rasakan! Padan muka!

Senyuman penuh lega dan kemenangan semerta muncul di bibir. Aku berjalan ke arah kaunter dengan senang lenang. Senyuman penuh mesra aku tayang ke arah receptionist disitu.

"Maaf yer... Tumpang tanya.. Dekat mana yer meja yang di reserve oleh Dato' Hisyam?" soalku mesra. Rasa ringan sahaja bibir ingin mengukir senyuman.

"oh... Cik ni cik Hanum yer?" soal wanita itu.

"yer saya" aku lantas menjawab.

"cik boleh ikut saya" pinta wanita itu sambil mengiring aku ke meja. Sebaik sahaja tiba di meja itu aku menjongket kening.

Kosong?

Lelaki tu tak sampai lagi ke?! Aku ingat aku yang dah lambat tetapi lelaki tu lagi lambat! Aku merengus kecil seraya melabuhkan punggung. Jam ditangan dikerling sekilas. Dah lambat 30 minit!

Mood aku dah lah memang dah hancur inikan kena menghadap lelaki macam ni? Jag air masak yang di sediakan di tepi terus aku tuang ke dalam cawan kaca. Air di minum rakus.

"haaa..."

"nasib jer aku tak boleh membantah arahan ayah" gumam aku perlahan. Dagu aku tongkat menggunakan tangan. Perjumpaan hari ini akan menjadi titik permulaan untuk apa yang aku perlu buat selepas ini.

Aku akan nilai sendiri. Anak ke tiga Dato' Hisyam ini bagaimana. Sedang aku sibuk merancang di dalam kepala tiba-tiba kerusi di tarik seraya satu tubuh terus melabuh punggung di situ.

Ha sampai pun!

Aku lantas memandang gerangan yang melabuh punggung.

Mata kami bertautan. Kedua-duanya kaku diam tidak berkutik seakan akan tidak percaya dengan apa yang dilihat. Lelaki itu lantas menoleh ke arah pelayan yang mengiringnya ke sini.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 22 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HANUMWhere stories live. Discover now