TANGAN laju mencatat setiap nama pelajar lewat. Satu persatu aku tulis dalam buku laporan pengawas. Dengan lancar aku menyoal nama setiap pelajar disitu. Aku mahu cepat siap ingin masuk ke kelas. Risau kalau tertinggal pelajaran tak pasal pasal jadi bengong nanti. Lagi lagi pagi ini ialah waktu addmath sekali tinggal memang jadi stupid sepanjang kelas.Kepala menunduk penuh khusyuk menulis. "nama?" soalku dingin.
Namun kali ini tiada balasan. Aku mengeluh kecil. Dah tiba dah kena layan pelajar bermasalah macam ni. Lantas aku melangut kepala melihat pelajar yang berada di hadapan ku. Dia menungging senyuman senget melihat aku. Tatkala melihat wajah toya dan selamba itu aku terus mendengus geram. Sangat kenal dengan wajah dihadapanku saat ini.
"Eh pendek... Bila aku tengok betul betul kau memang pendek eh.. Tinggi kau bape?" sinis dia membuat jenaka. Makin baran aku dibuatnya tatkala mendengar perkataan yang keluar daripada mulut murai tu. Memang setiap kali berjumpa di pagar mesti dia akan start tall shaming aku!
Aku terus menulis namanya.
Aryan Danish
Sangkin selalunya dia ditahan di pagar sehingga aku sudah sangat kenal dengan perangainya. Pelajar paling bermasalah dalam batch aku! Kalau nak suruh aku keluarkan laporan masalah disiplin dia memang penuh satu buku!
"pendek..Asal tak jawab?" dia membongkokkan badan sehingga wajahnya separas dengan aku. Senyuman senget terukir di bibir. Aku hanya melempar pandangan dingin.
"maaf... Orangnya tinggi sangat ingatkan galah tadi sebab tak nampak kepala." sinis aku berkata.
Dia menghambur tawa tatkala mendengar balasan aku. Entah datang dari mana lucunya. "Tu lah.. Lain kali banyakkan minum susu.. Tak ada lah terbantut sangat." ujarnya sambil tertawa.
Gigi dikancing kuat seraya aku memusingkan badan untuk beredar masuk ke kelas. Tidak betah untuk berlama lamaan melayan lelaki otak mereng ni. Beg yang terletak tidak jauh terus aku gendong seraya berjalan ke hadapan. Baru sahaja aku ingin melangkah ke hadapan tiba-tiba aku dapat merasakan sesuatu menahan aku dari belakang.
Aku terus mendengus geram. "lepas lah!" kelihatan Aryan sedang menahan beg aku dengan tangan kanannya. Dia tersenyum sinis. "senang jer eh nak tahan kau ni... Tunggu kejap... Kita masuk sama sama eh?" ujar nya sengaja menyakat.
"eh galah! Kau memang sehari tak kacau aku tak boleh ke?! Bagi aku hidup tenang sikit sampai spm boleh tak?!" kata kata itu laju meluncur keluar. Dia menjongket kening melihat ekspresi muka aku yang sememangnya sudah menyampah.
"kau marah ke pendek? Nak buat macam mana memang kenyataan pun kau pendek... Hanum Wardha P.. E.. N.. D.. E.. K." dia mengejek aku sambil menjelir lidah. Kalau ikutkan hati memang aku mahu tampar sahaja muka itu biar melekat merah 5 jari!
"Dasar kau bangang! Si*l!" lantas aku memijak kuat kakinya! Hah puas hati aku!
Dia terus mencangkung dan mengerang kesakitan. "aduhhhh.... Woi! Pendek! Tak guna kau!!!!" baru sahaja aku ingin lari dia menarik hujung tudung aku.
YOU ARE READING
HANUM
RomanceHANUM WARDHA × ARYAN DANISH Bakal muncul perang dunia ketiga tatkala dua insan ini bertemu. Setiap kali berjumpa tidak pernah berdamai. Sindiran dan cacian menjadi bahasa cinta mereka. Jelingan maut menjadi panahan cinta mereka dan mengejek adalah n...