KUNCI motor terus dicapai sekali dengan helmet. Helmet itu lantas di sarungkan di kepala. Baru sahaja ingin melangkah keluar dari rumah tiba-tiba satu suara memanggil.
"Aryan... Aryan nak pergi mana tu?" suara Datin Aisya menerpa telinga. Aryan menjongket kening tatkala mendengar itu. Bebola mata digulingkan namun tidak ditunjuk depan depan. Tidak mahu dicop anak derhaka pula. "nak pergi mana lagi ma... Aryan nak pergi jumpa bakal 'menantu' mama tu lah!" perkataan 'menantu' ditekankan. Kalau ikutkan hati memang tidak lah dia hendak pergi. Tetapi akibat teringat akan ungutan papa dia terpaksa juga merajinkan diri untuk menemui wanita itu.
Datin Aisya tertawa kecil tatkala mendengar itu. "bagus anak mama.. Tapi tu lah... Aryan tak boleh bawak motor yer nak." pesan Datin Aisya mesra.
Dahi semakin berkerut. "apasal pulak? Motor Aryan bukan motor mama" gigi dikertap kuat. Ada sahaja yang mahu membuatkan dia baran. Apasal pula dia tidak boleh bawa motor?
Dia mengendahkan arahan itu dan terus melangkah keluar ingin menuju ke arah garaj. Namun dari jauh dia tidak dapat melihat motosikal Suzuki hitamnya. Kening tebal itu semakin berkerut. "mama! Mana pergi motor Aryan!" suaranya keras menyoal.
Senyuman pasrah ditayangkan. Baru sahaja dia ingin menjawab pertanyaan itu. Tiba-tiba bunyi hon kedengaran.
Pin!
Sebuah kereta Mercedes Maybach berwarna hitam kelihatan masuk ke dalam perkarangan rumah. Aryan menjongket kening. Kereta itu diparkir tepat di depan Aryan. Tingkap kereta diturunkan seraya seraut wajah yang mengenakan cermin mata hitam itu kelihatan.
Adham? Apa mamat ni buat kat sini?
Semakin bingung Aryan dibuatnya. Dalam hati sudah penuh tanda tanya. Baru sahaja dia ingin menoleh ke arah mamanya tiba-tiba dia dapati tangannya ditahan oleh sesuatu. Muncul dua orang lelaki berbadan tegap yang mengangkatnya ke dalam kereta.
"Eh apa ni?! Lepas lah?!" Badan meronta ronta untuk dilepaskan namun pegangan itu bagai tiang besi! Sekuat mana pun dia meronta dia tidak dapat melepaskan diri.
"sorry sayang.. Mama dengan papa terpaksa buat macam ni... Macam lah mama tak tahu perangai kamu macam mana.. Ada sahaja akal itu mahu membuat karenah! Kalau mama tak buat macam ni memang alamatnya kamu tak jumpa lah menantu mama!" terang Datin Aisya panjang lebar. Wajah dibalik helmet hitam itu sudah ternganga. What the heck?!
Belum sempat dia ingin membalas pintu kereta sudah ditutup rapat. Datin Aisya tersenyum mesra ke arah Adham.
"Adham... Kamu pandu elok elok yer... Mama percayakan Adham.. Bawak budak ni jumpa menantu mama." pesannya.
Adham mengangguk pantas. "Aip aip Mama! Ad akan pastikan anak mama ni sampai ke destinasi dengan selamat!" siap bertabit Adham kepada Datin Aisya. Datin Aisya tersenyum lembut terpaksa memberi kepercayaan kepada kawan Aryan yang satu ini. Walaupun budaknya kelihatan sama nakalnya seperti Aryan namun dia masih lagi boleh dipercayai.
YOU ARE READING
HANUM
RomanceHANUM WARDHA × ARYAN DANISH Bakal muncul perang dunia ketiga tatkala dua insan ini bertemu. Setiap kali berjumpa tidak pernah berdamai. Sindiran dan cacian menjadi bahasa cinta mereka. Jelingan maut menjadi panahan cinta mereka dan mengejek adalah n...