BAB 2

733 39 0
                                    

  SUASANA kelihatan tegang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


SUASANA kelihatan tegang. Setiap orang disitu menggepalkan tangan kuat sambil mata tertumpu penuh pada track perlumbaan yang sedang berlangsung. Sama seperti bunyi deruman enjin motor berkuasa tinggi itu, jantung mereka juga turut berdegup kencang menanti pemenang yang bakal maraih kejuaraan bagi perlumbaan kali ini.

Vrooommm.....

Vroommm.....

Bunyi deruman enjin motorsikal yang amat kuat menerpa gegendang telinga semua orang disitu. Mata mereka seperti bersinar-sinar memerhati perlumbaan yang sedang berlangsung saat itu. Satu persatu motor berkuasa tinggi lalu memusingi track perlumbaan itu. Bunyi sorakan gemuruh semerta riuh memenuhi ruang para penonton apabila motor bewarna merah putih berjaya menjadi orang pertama melintasi garisan penamat. Diikuti dengan motor berwarna biru putih dan motor berwarna hijau hitam.

Tangan didepakan penuh bangga seakan akan kelegaan dengan kejayaan sendiri. Aksi itu mendapat tepukan dan sorakan yang lebih gemuruh daripada para penyokong. Sebaik sahaja melepasi garisan penamat penunggang motosikal itu terus memperlahankan motornya dan berhenti. Topi keledar yang dipakai terus ditanggalkan mendedahkan wajah kacak sang jejaka. Peluh jatuh menitis di dahi sang jejaka. Senyuman puas tertayang di wajah kacak itu.

Seorang lelaki berbaju hitam yang berkolar hijau terqoise berlari merapati pelumba yang baru sahaja berhenti itu. Dua botol air dihulurkan kepada pelumba tersebut.

"Aryan nah" ujar staff lelaki itu sambil menghulurkan botol air itu kepada Aryan. Aryan mengambil betul air itu. Tanpa berfikir panjang dia terus meneguk rakus air itu.

"haaa...thank you doh" keluhan lega terus dilepaskan. Aryan tersenyum kecil kepada pekerja itu. Sudah sangat kenal dengan pekerja yang memang ditugaskan disitu.

"Sama sama.. Memang tugas aku pun.. Ni tuala nak lap peluh kau tu." ujarnya seraya menghulur tuala kecil berwarna putih.

Aryan mengambil tuala kecil itu lalu mengelap peluh dimuka. Pelumba pelumba lain yang sudah sampai juga turut meminum air dan mengelap wajah mereka.

Sedang Aryan mengelap peluh. Sebuah motorsikal bewarna biru datang menghampiri Aryan. Dia terus menoleh kearah gerangan yang menghampirinya.

"mantap dowh Aryan! Kau masih lagi juara bertahan... Aku baru ingat kali ni aku ada chance tapi nampaknya tak de lah" ujar pelumba itu sambil menggelengkan kepala pasrah. Bibir mengukir senyuman hambar.

"Well thanks for the compliment...but what makes you think that you can defeat me this time? Sedangkan kau tak pernah menang lawan aku." sindir Aryan selamba dengan senyuman senget.

Adham tertawa kecil tidak tersinggung langsung dengan kata kata rakannya itu. "kau ni Aryan...masih tak berubah... Mulut kau masih tak ada lesen an... Patut lah kau tak banyak peminat walaupun jadi juara bertahan." ujar Adham sambil tertawa.

HANUMWhere stories live. Discover now