KhayFa - 16

1.7K 83 3
                                    

Ziyyan tenung gambar itu, lama. Gambarnya bersama seorang gadis berambut perang dan bermata hazel. Gadis yang tak akan pernah dia lupakan sepanjang hidupnya.

Terlalu banyak kenangan manis yang telah dia cipta bersama gadis itu. Andai dapat diundurkan masa, sudah pasti dia akan lebih menghargai detik-detik terakhir mereka bersama.

Jejaka itu menghembus nafas berat. Terlalu berat menanggung rasa rindu di dada. Terlalu banyak perkara yang dia nak beritahu kepada si dia. Tapi semuanya telah terlambat. Dunia mereka berbeza.

Sungguh dia masih ingat detik pertemuan mereka bertemu. Bagaimana hubungan mereka menjadi lebih serius daripada seorang kenalan biasa kepada pasangan kekasih. Warna mata, iras wajah dan kebetulan belajar dalam bidang yang sama juga menambahkan lagi kemesraan yang terjalin.

Tetapi sayangnya jika telah ditakdirkan mereka tidak dapat bersama, hendak buat bagaimana lagi? Hendak lawan qadak dan qadar Allah, Ziyyan hanyalah hamba-Nya yang hina. Jika sudah ditetapkan yang mereka bersama bukan untuk selamanya, Ziyyan redha.

Benarlah orang kata, seorang lelaki tidak akan mudah melupakan cinta pertamanya walaupun ada orang baru. Walaupun kenangan mereka telah lama terpadam bertahun-tahun lalu. Tapi bagi Ziyyan, gadis itu ialah wanita paling baik dan cantik dia pernah temui.

Jejaka itu tertawa sendirian. Terasa lucu mengenangkan dirinya yang masih lagi belum move on. Hakikatnya kisah mereka sudah lama luput dalam ingatan manusia bertahun-tahun lalu.

Juga hubungan Ziyyan dan keluarga perempuan itu telah lama terputus. Dia menghilangkan diri tanpa jejak, tanpa sempat mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal.

Jejaka itu bangun dari duduknya. Tubuhnya menggeliat membetulkan segala sendi yang mula lenguh. Sempat dia lihat penampilan diri di cermin seketika. Ternyata dia telah banyak berubah.

Sempat senyum sinisnya naik menyungging di hujung bibir sebelum mengambil keputusan untuk melangkah turun ke tingkat bawah. Mencari kelibat isterinya.

Dari bilik pergi ke dapur. Juga tidak nampak kelibat Khayla. Hairan, ke mana pula isterinya pergi? Takkanlah baru lepas balik dari restoran terus menghilang kut. Di ruang tamu tak ada, di bilik bacaan pun tak ada.

Jejaka itu ke luar rumah. Melihat sekeliling laman. Terus dia menangkap susuk tubuh Khayla yang sedang duduk memeluk tubuh di hadapan kolam. Cahaya yang datang dari lampu di sekeliling tempat itu memudahkan dia melihat isterinya.

Perlahan-lahan dia melangkah mendekati isterinya. Anehnya Khayla buat tidak tahu. Hanya diam, tenggelam dalam dunianya sendiri. Seakan-akan tidak menyedari kelibat Ziyyan yang ada di belakangnya.

Dua kali dia memanggil nama Khayla, namun tiada sahutan. Sahlah wanita itu berangan!

Dua kali dia cucuk perlahan bahu isterinya menggunakan jari telunjuk. Cepat-cepat wanita itu berdiri lalu memusingkan badannya ke belakang. Khayla membulatkan mata tatkala menyedari susuk Ziyyan yang menyentuhnya tadi.

"Kau buat apa kat luar malam-malam ni? Masuk, aku nak beritahu something." Nada suara Ziyyan kedengaran perlahan namun terselit ketegasan. Khayla hanya menunduk sebagai tanda maaf. Perlahan-lahan dia berjalan, masuk ke dalam rumah.

Ziyyan berjalan membuntuti langkah isterinya dari belakang.

Pintu rumah ditutup rapat sebaik sahaja mereka masuk. Baru sahaja Khayla ingin melangkah, terasa tangannya disambar oleh Ziyyan. Khayla kaku.

"Wait for a minute." Tangan Khayla ditarik membuatkan kedudukan mereka merapat. Sekelip mata tangan kekar Ziyyan melingkar di pinggang ramping isterinya.

Atma Ziyyan Fael | CWhere stories live. Discover now