Wajah mereka dirapatkan. Sesaat dahi isterinya dicium sekali. Khayla terkaku.
"Hadiah kali kedua sebab benarkan aku berkahwin lagi. Terima kasih, sayang." Ziyyan senyum penuh makna. Kali kedua dia mengucup dahi Khayla selepas hari mereka disatukan lebih kurang tiga minggu lalu.
Perlahan-lahan Ziyyan berdiri, tangannya dihulurkan. Menarik isterinya bangun.
"Bangun, sayang. Jangan lemah macam ni. Khayla wanita yang kuat, kan?" Kemudian, kepala Khayla diusap perlahan, Mikayla yang memerhati mula rasa cemburu. Tapi dia tahu Ziyyan lakukan semua itu hanya untuk sakitkan hati Khayla.
Hanya untuk biarkan wanita itu terus terseksa.
"Sebab apa aku kahwin dengan dia? Sebab aku cintakan dia bukannya kau. Lagipun abang-abang dia yang tak guna tu semua dah kena tangkap. Kes bunuh." Penuh sarkastik Ziyyan berkata. Tiada langsung terselit nada bersalah dalam tutur jejaka itu.
Khayla angkat muka. Kali ini pandangannya fokus ke arah Ziyyan. Kes bunuh? Kes bunuh apa? Siapa yang kena bunuh?
"Dalam rumah ni, Mikayla isteri aku. Dan kau, hanya kuli yang layak bersujud di tapak kaki aku, perempuan." Dahi Khayla ditunjal. Puas hatinya apabila melihat wanita di hadapannya ini menderita lagi.
Khayla sudah tidak mampu menahan sebaknya. Air matanya mengalir lagi, merembes-rembes keluar bagaikan air terjun. Bahunya terhinggut-hinggut, jelas menunjukkan bahawa hatinya kini sedang sakit yang tiada tara.
Ziyyan hanya pandang tanpa riak. Dengan air mata itu, ingat hatinya akan lembut?
Kemudian, matanya tertumpu pada kotak hadiah berwarna biru pekat yang ada di atas lantai.
"Kotak apa ni? Hadiah untuk aku ke?" Laju tangan Ziyyan ambil hadiah itu tanpa sempat ditahan Khayla. Dia buka kotak itu kasar, penutupnya dibaling ke sembarangan arah.
"Tch, ini aje?" Itu balasan Ziyyan sebaik sahaja melihat isi dalam kotak itu. Hanya sehelai tali leher berwarna biru pekat, dengan jalur berwarna biru cair dengan garisan secara serong.
"Kau ni dahlah miskin, cacat pula tu. Tak payah nak bagi hadiah untuk aku. Kau ingat dengan hadiah murah ni, aku akan suka kat kau ke?" Tali leher itu dicampak tepat ke muka Khayla. Wanita itu sedikit menunduk. Mikayla yang memerhati adegan itu tersenyum puas hati.
Kemudian wanita yang bergaun merah itu berjalan lenggang lenggok ke arah suaminya, lengan sasa Ziyyan dipaut lalu dilentokkan kepala di bahu lelaki itu
"Hubby, I lapar," adu Mikayla dengan bawah bibir yang dibawa ke depan. Perutnya yang kempis itu diusap perlahan dengan tangan kanannya yang bebas. Memandang wajah Ziyyan menagih simpati.
Pandangan Ziyyan sudah fokus pada wanita di sebelahnya ini.
"Woi, perempuan. Pergi masak. Bini aku lapar." Badan Khayla ditolak sedikit. Manakala Mikayla sudah memandang jijik.
"I tak nak makan masakan perempuan bisu ni. Nanti dia letak racun dalam makanan I macam mana? I nak makan kat luar." Rengek Mikayla macam budak kecil. Ziyyan tarik nafas panjang, senyuman manis diukir.
"Nak makan kat luar? Okeylah, jom kita keluar. Sayang nak makan apa?" Lembut Ziyyan menyoal.
"Susyi!" Penuh teruja Mikayla menjawab.
"Kau duduk rumah. Kemas apa yang patut. Baju tu semua kutip. Aku nak tengok balik nanti baju tu dan rumah ni semua dah bersih. Faham?" Sempat Ziyyan beri arahan seperti selalu sebelum dia senyum memandang Mikayla lagi.
Khayla hanya memerhati Ziyyan dan Mikayla berjalan keluar dari rumah itu. Bunyi gelak ketawa amat menyakitkan telinganya ketika ini. Malam itu Khayla ditinggalkan sendirian lagi.
YOU ARE READING
Atma Ziyyan Fael | C
Romance'Boleh tak, untuk sehari saja, abang peluk Khayla, tanpa rasa benci?' . Dia seorang lelaki yang kacak, kaya serta murah dengan senyuman. Namanya gah meniti dari bibir ke bibir para cendekiawan dan tern...