"Mana Han?" soal Thaqif. Dah lama dia berada di sini baru perasan yang Han tak ada. Si Diana tu elok pula berbual dengan Mawar.
"Pergi rumah mak mentua dia. Diana mengidam king crab stim air tangan umi dia katanya," jawab Wafiy sambil matanya fokus pada skrin telefon.
"Mengidam? Dah lekat yang baru ke?" Thaqif kerut dahi. Dalam masa yang sama agak teruja. Daniel tu baru masuk umur tiga tahun. Jadi memang sesuailah kalau pasangan itu hendak menambah ahli keluarga baharu.
"Nampaknya begitulah," balas Wafiy bersahaja. Dia sekali tengok dah tahu yang isteri sahabatnya itu sudah berbadan dua. Mungkin saja Diana belum sedar kerana kandungan wanita itu masih baru.
"Alhamdulillah...." ucap Thaqif penuh kesyukuran. Kalau benar, dia turut tumpang gembira untuk sahabatnya. Kalau diizinkan Han pernah berkata dia mahu anak perempuan pula. Mungkin sudah penat kerana kebanyakan keluarga mereka didominasi oleh kaum Adam.
"Riz, kau nak ke mana?" tanya Thaqif apabila melihat Wafiy tiba-tiba bangun dan mengemas barang-barangnya. Jejaka itu kelihatan kelam-kabut. Diana dan Mawar yang melihat tingkah laku duda itu turut tercengang.
"Hospital. Aku baru dapat mesej dari kawan aku tadi." Wafiy menjawab. Kunci kereta yang digantung di belakang pintu dicapai.
"Eh? Kenapa?" Diana pula menyoal. Jarang dia melihat rakan suaminya tergesa-gesa seperti ini. Bagaikan sesuatu perkara buruk telah berlaku.
"Ziyyan accident. Sekarang ni dah ada kat hospital," jawab Wafiy bersama dengan peluh yang membasahi wajah. Sungguh, dia benar-benar risau sekarang.
"Allahuakbar..." Thaqif meraup wajahnya kasar. Benar-benar berita yang tak pernah diduga.
"Macam mana dengan Khayla?" soalnya lagi. Dia hanya risaukan keselamatan wanita itu. Selamatkah dia dan bayi dalam kandungannya itu?
"Tak pasti." Wafiy terburu-buru memakai kasut. Ada protokol kerahsiaan dalam bidang perubatan yang harus mereka patuhi. Maklumat mangsa tak boleh didedahkan sepenuhnya sehingga disahkan oleh pihak hospital.
Akhirnya mereka semua terus bergegas menuju ke hospital. Raut wajah masing-masing jelas terpancar kerisauan.
HAN duduk termenung di beranda rumah. Tangan kanannya menongkat dagu. Duduk bersila di kusyen. Perbualan bersama si isteri kesayangan pada malam tadi bermain di fikiran.
"Hubby, sayang nak minta sesuatu dari hubby boleh?" pinta Diana dengan tatapan penuh makna. Mata bundarnya dikedip-kedipkan dengan bibir merahnya mengukir senyuman. Tubuh dibawa merapat ke badan suaminya dan dipeluk erat.
"Nak apa, flower?" Han menyoal seraya kepala Diana dijadikan alas untuk dagunya. Pelukan makin dieratkan. Kalau tiba-tiba si isteri jadi manja mesti ada sesuatu ni.
"Nak king crab. King crab masak stim. Tiba-tiba tengok video lalu kat TikTok pagi tadi rasa nak makanlah. Nampak sedap." Diana sengih tanpa rasa bersalah. Han pula sudah tepuk dahi.
"Oh my God.... Flower, kat mana hubby nak cari king crab malam-malam ni?" Sempat jejaka itu mengerling ke arah jam digital di atas meja. Sudah hampir jam 12.00 malam. Kenapa tak minta esok aje? Kenapa harus minta malam-malam begini?
Memek muka Diana sudah seperti mahu nangis. Mata hitam pekatnya menatap sedalam-dalamnya iris biru milik sang suami.
"Ala, hubby carilah kat mana-mana. Kalau dah dapat esok hubby pergi rumah umi minta umi masakkan. Sayang dah telefon umi tadi. Umi setuju je." Diana usap-usap lengan sasa suaminya. Han pula dah garu kepala. Isterinya ada tertelan air hujan ke semalam?
YOU ARE READING
Atma Ziyyan Fael | C
Romance'Boleh tak, untuk sehari saja, abang peluk Khayla, tanpa rasa benci?' . Dia seorang lelaki yang kacak, kaya serta murah dengan senyuman. Namanya gah meniti dari bibir ke bibir para cendekiawan dan tern...