Bab 1

9 0 0
                                    

           SUASANA di lapangan terbang Malaysia itu sibuk seperti biasa, dengan hiruk-pikuk suara pengumuman dan langkah kaki orang ramai yang tergesa-gesa. Seorang lelaki melangkah keluar dari kawasan ketibaan sambil tangannya menarik bagasi sederhana besar di sisinya.

Langkahnya dengan penuh bergaya, walaupun dia kelihatan penat. Matanya melirik ke sekeliling, mencari seseorang di tengah lautan manusia yang lalu-lalang.

Di hadapan pintu keluar, seorang lelaki berambut pendek dan berkaca mata sedang menunggu dengan sabar.
Sekali sekala dia berjalan ke hulu dan ke hilir sambil matanya melirik mencari seseorang.

Aydan yang baru tiba itu menghampiri Aariz, senyuman kecil terukir di bibirnya. "Lama tunggu?" tanyanya sambil menepuk bahu Aariz.

Aariz tersenyum nakal sambil matanya melirik ke arah jam tangannya. "Lambat 5 minit, bro. Kau tahu apa maknanya, kan?" katanya, cuba menahan tawa.

Aydan mengeluh kecil, tahu benar apa yang dimaksudkan oleh Aariz. "Tak habis-habis nak kenakan aku. Okaylah, aku belanja kau Americano lepas ni. Puas hati?"

Aariz ketawa kecil, sangat berpuas hati dapat kenakan sahabat baiknya sendiri. Kalau Zania tahu ni, habis ditunjal kepalanya nanti. Nasib baiklah wanita itu tidak ikut bersamanya, katanya terlalu sibuk dengan pelanggan di kedai bunganya itu. "Kau janji eh? Kalau tak, aku tak bagi isteri aku carikan 'wanita pujaan hati' kau tu," dalam mengusik, sempat lagi Aariz mengugut Aydan.

Aydan menayangkan muka menyampahnya, sakit hati dengan perangai tidak semenggah Aariz.

   
         NAURA melangkah masuk ke kedai bunga yang harum dengan pelbagai jenis bunga yang segar. Kedai milik Zania itu sentiasa menyambutnya dengan suasana yang menenangkan. Dari jauh, dia dapat melihat Zania sibuk dengan bunga-bunga di kaunter, begitu asyik dengan kerjanya sehingga tidak menyedari kehadiran Naura.

Tersenyum nakal, Naura berjalan perlahan-lahan ke arah Zania. Sebaik sahaja dia berada di belakang Zania, Naura tiba-tiba menyergah, "Boo!"

Zania terkejut sedikit, terlompat kecil sambil menoleh. Wajah terkejutnya bertukar ceria sebaik melihat Naura yang sedang tertawa kecil. "Naura! Kau ni kan, nasib baik tak tergolek keluar jantung aku tadi," kata Zania sambil tersenyum, mengusap dadanya yang berdegup laju.

Naura tertawa lagi, berpuas hati dapat kenakan Zania. "Asyik sangat dengan bunga-bunga tu, sampai tak perasan aku masuk." Zania menggeleng kepalanya sambil tersenyum, "Yelah, sape suruh masuk senyap-senyap? Nak apa ni? Cari bunga ke atau saja nak kacau aku?"

Salah satu kerusi yang disediakan untuk pelanggan di situ diduduki oleh Naura. Matanya merenung Zania yang dari tadi dengan bunganya itu.

Sambil menyusun bunga-bunga itu, Zania berpaling ke belakang. Matanya melirik ke arah Naura. "Kenapa pandang aku macam tu? Cantik snagat ke aku hari ni?" tanya Naura sebelum dia menghamburkan tawa.

"Perasan lebih kau ni. Tak kerja ke hari ni? Selalunya busy, aku ajak keluar pun tak nak. Ke kau masih teringatkan dia?" mendengar soalan yang Zania ajukan itu terus mematikan senyuman ceria Naura.

"Buat apa nak fikir pasal dia? Buang masa aku aje," tangan terus disilangkan ke dada. Senyumannya mati apabila teringatkan semula tentang Aydan.

"Aariz ada cakap yang kau doktor yang rawat Aydan waktu tu. So that's mean, kau dah jumpa dia lah kan? Lepas tu apa jadi?" Zania terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan dengan Naura. Keterujaan menunggu jawapan daripada Naura jelas terpancar di seisi wajahnya.
        
"Nak jadi apanya? Dah sebulan lebih berlalu sejak kejadian dia cedera hari tu. Aku dah tak nak ambil tahu apa-apa lagi pasal dia. Dan kau, berhenti tanya aku macam-macam," Zania menghembuskan nafas kecil, sedikit tidak berpuas hati dengan jawapan sahabat baiknya sendiri.

Dia tahu, semua jawapan itu bukan datang dari sudut hati Naura tetapi datang dari ego wanita itu sendiri. Naura masih sayangkan Aydan dan itu jawapan mutlak hati Naura sendiri. Sebanyak mana pun Naura mahu menafikan semua itu, namun Zania lebih kenal sikap sahabatnya sendiri.

"Kalau dia kembali lagi sekali, kau akan terima dia?" nada bicara Zania sedikit perlahan namun masih didengari oleh Naura. Takut-takut dia memandang mata Naura, kerana dia tahu wanita itu akan marah akan soalannya tadi.

"Entah, malas nak fikir," Naura membalas dengan nada bersahaja, jelas dia tidak berminat langsung untuk mengambil tahu akan lelaki itu.

        

  

Dia Utusan BuatkuWhere stories live. Discover now