NAURA berdiri di beranda bilik, menghadap ke arah langit malam yang dipenuhi dengan bintang dan bulan. Dalam keheningan malam itu, dia merasakan ketenangan yang mendalam. Setiap kali dia menatap bintang yang berkelip dan bulan yang bersinar indah, segala tekanan dan kebimbangan yang mengganggu fikirannya seakan-akan lenyap.
Baginya, pemandangan langit malam ini bukan sekadar hiburan visual, tetapi juga sebuah sumber ketenangan yang membawa rasa damai yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Namun, setiap kali dia melihat bintang, hatinya secara spontan teringatkan Aydan. Ada satu perasaan yang tidak mampu dia gambarkan melalui kata-kata, tetapi ianya dapat dirasakan jauh di lubuk hatinya. Dia sendiri tidak pasti apakah perasaan itu cinta atau mungkin hanya satu keterikatan yang sukar dijelaskan.
Masih segar dalam ingatannya tentang memori indahnya bersama Aydan. Di satu taman bunga, pada waktu malam. Bintang dan bulan inilah yang menguatkan rasa cinta dalam hatinya.
Flashback
Dia duduk di atas bangku kayu, sendirian di bawah langit malam yang bersinar terang. Matanya tidak lepas daripada menatap keindahan alam ciptaan Allah. Sesekali, bibirnya mengorak satu senyuman kecil, kagum dengan betapa indahnya alam semesta ini.
Tanpa dia sedari, Aydan sudah lama memerhatikan dirinya dari kejauhan. Langkah kakinya tidak terlalu kuat sehingga kehadirannya hampir tidak disedari oleh Naura. Dia mendekat perlahan-lahan sebelum akhirnya bersuara dari belakang.
"Cantikkan malam ni?" suara Aydan lembut, namun cukup untuk mengejutkan Naura dari lamunannya.
Naura berpaling, terkejut melihat Aydan berdiri di belakangnya, dengan mata yang turut menatap ke arah bintang-bintang di langit.
"Bahaya tau tak duduk dekat sini sorang-sorang. Lagi-lagi, awak tu perempuan. Kalau ada orang culik awak macam mana? Tak kahwinlah kita nanti," Aydan berseloroh, namun nada risau jelas di dalam suaranya.
Naura tersenyum kecil mendengar usikan itu, namun dia tidak terus membalas. Aydan kemudiannya melabuhkan punggungnya di sebelah Naura tetapi tetap menjaga jarak di antara mereka berdua agar tidak terlalu rapat.
"Awak dah ada dekat sini, buat apa saya nak risau? Kalau saya hilang sekalipun, awak orang pertama yang akan cari saya, betul tak?" balas Naura sambil matanya beralih ke arah wajah tampan Aydan.
Aydan tersenyum sedikit, tetapi wajahnya berubah kemerahan sebaik sahaja pandangan mereka bertaut. Naura perasan akan perubahan wajah Aydan dan dia terus mengukir senyuman kecil. Aydan dengan blushingnya berpisah tiada!
Setelah beberapa lama berdiam diri, Naura memecahkan kesunyian. "Macam mana awak tahu saya ada dekat sini?" tanya Naura, nadanya penuh dengan perasaan ingin tahu.
Aydan tersenyum, matanya kembali tertumpu ke langit malam. "Sebab ni tempat favourite awak. Semuanya tentang awak, saya tahu. Dari apa yang awak suka sampailah apa yang awak tak suka,"
Naura tergelak kecil. Dia sudah masak dengan perangai Aydan. Pasti lelaki ini memaksa Zania untuk memberitahunya tentang perihal yang dia suka dan tak suka. Disebabkan inilah, perasaan cinta untuk Aydan semakin membuak-buak.
"Apabila kita besar panjang nanti, pasti kita sudah ada kehidupan masing-masing, kerjaya yang kita impikan, betul tak? Macam mana kalau awak dah jumpa orang lain? Orang yang betul-betul boleh membahagiakan awak? Adakah awak sanggup terima dia dan lupakan saya?" soalan itu tanpa sengaja terlontar oleh Naura. Dia juga terkejut, terkejut kerana dia berani menanyakan hal itu sendiri kepada Aydan.
YOU ARE READING
Dia Utusan Buatku
RomanceMengisahkan tentang Naura Syaralyn, seorang gadis biasa yang selalu menyimpan seribu luka di hati. Di hadapan orang lain, dialah seorang gadis ceria, yang selalu membahagiakan orang lain namun hakikatnya tersendiri, dialah yang paling menderita. Pe...