Bab 5: Bilik 290

14 5 0
                                    

Usai makan, meja dibersihkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Usai makan, meja dibersihkan. Adeline dan Encik Desmond sudah berangkat pergi kerja. Kini, hanya tinggal Puan Alizah, Eloise, Rowen dan juga Rey.

Puan Alizah dan Eloise saling menolong sesama sendiru di dapur. Eloise menolong ibunya mencuci piring manakala ibunya pula membersih sisa makanan dan dimasukkan ke dalam alat canggih iaitu alat penghancur sisa makanan. Bolehlah Puan Alizah jadikan sisa makanan sebagai baja kompos kan.

Rowen berjalan menuju halaman belakang rumah. Saat berjalan Rowen tidak lagi merasakan apa yang dia rasakan malam semalam. Dia lebih cepat sampai di halaman belakang berbanding semalam.

Rowen tanpa membuang masanya langsung meluru ke arah bangku yang tersedia indah di halaman belakang rumah. Punggungnya langsung direbahkan dan bersandar dengan nyaman.

"Kiw kiw abang." Rowen langsung melihat ke kiri. Lah. Tiada orang pula dekat sisi dia. Rowen melihat ke kanan lagi. Tentu sahaja tiada orang.

"Kiw kiw." Rowen langsung melihat ke atas. Rowen terperanjat apabila melihat Rey duduk di atas pokok. Dada langsung diusap.

Rey tanpa rasa bersalah hanya ketawa terkekeh-kekeh.

"Kau buat apa dekat atas sana tu?" Tanya Rowen dengan bingung. Cepat sungguh kaki Rey ni berjalan ya.

"Biasalah. Kita healing kejap sementara tunggu kau datang untuk beritahu aku apa yang sangat membebani fikiran hang." Rowen hanya dapat mengeluh dan menggelengkan kepalanya.

"Rey Rey. Kalau iya pun janganlah sampai duduk atas. Kalau aku ada sakit jantung macam mana?"

"Relax bro. Mu sakit jantung kita hantar hospital." Rey langsung thumbs up.

"Bapak mu."

"Bapa saya bapa kau juak."

Juak=juga

"Sejak bila kau belajar bahasa Sarawak ni?" Tanya Rowen sembari keningnya dikerutkan.

"Dari kak long. Kak long kan ada kawan dari Sarawak."

"Iya tak iya juga." Rowen memandang semula adiknya.

"Kau turun sekarang. Dah macam beruk aku tengok." Rey tanpa basa-basi langsung terjun dari atas pokok.

"Ha ni. Tadi kan abang cakap abang nak cerita sesuatu kan. Ha cuba cerita ada apa." Rowen menghela nafasnya. Posisi duduk diatur agar nyaman. Rey duduk bersilang di atas bangku sambil memandang abangnya.

"Tentang malam semalam." Rey langsung menegakkan badannya. Malam semalam? Dia dengar ke?

"Kenapa...dengan malam semalam?" Rowen memandang wajah adiknya itu. Rowen melihat wajah Rey yang teragak-agak. Ada benda yang disembunyikan daripadanya namun tidak mampu diungkapkan.

Rowen membiarkan pertanyaan itu di dalam fikirannya. Yang penting sekarang dia akan beritahu yang terjadi semalam.

"Semalam masa aku tengah duduk dekat ruang tamu, aku carilah saluran TV untuk aku tonton. Engkau pun tahukan abang kau ni suka tidur lewat." Rey mengangguk setuju.

Bukan KitaWhere stories live. Discover now