4 - Raungan Balang Yang Bolong ⚠️

21 10 6
                                    

AMARAN!

Bab ini mengandungi babak yang menyentuh isu sensitif berikut:

PELECEHAN SEKSUAL, PEDOFILIA & SERANGAN PANIK.

Feel free untuk tidak baca bab ini sekiranya topik di atas terlalu berat bagi awak.

Pembaca dinasihatkan untuk menyikapi bab ini dengan baik. Saya sama sekali TIDAK MENGGALAKKAN dan TIDAK MENORMALISASIKAN perbuatan terkutuk tersebut, melainkan untuk dijadikan iktibar buat semua.

Jenayah seksual kanak-kanak boleh disabitkan kesalahan di bawah Akta 792 iaitu Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak, manakala jenayah rogol pula boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 375 dan 376 Kanun Keseksaan.

Jika ada di kalangan kalian yang sedang berjuang sebagai mangsa trauma jenayah seksual, ingatlah bahawa awak sangat disayangi. Kewujudan awak sungguh berharga

Help is available.
Talian 24/7 yang boleh dihubungi sekiranya awak rasa diri awak tak lagi penting dan berharga:

Befrienders KL
03-76272929

- - -

Lapan tahun yang lalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lapan tahun yang lalu.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun duduk sendirian di luar pagar sekolah, menanti kehadiran umi atau abah untuk mengambilnya pulang dari sekolah—kanak-kanak itu ialah Nur Hana.

Kanak-kanak perempuan itu memeluk tubuh sendiri dek kesejukan. Hujan renyai-renyai meniupkan angin dingin yang seterusnya menyentuh kulit Hana yang terdedah. Rambut pula menari mengikut rentak bayu yang bertiup. Baju sekolahnya sedikit basah, menambah lagi kedinginan yang mencengkam hingga ke tulang putih.

"Mana abah ni?" gumam Hana sendiri sambil menoleh ke kiri dan kanan, berharap motosikal abah akan muncul dalam pandangannya. Namun hampa, bayang-bayang abah tak jua kelihatan.

Tiba-tiba datang sebuah motosikal berhenti di depan Hana. Pada awalnya, dia tidak mengenali gerangan lelaki yang kelihatan seperti seorang belia itu, namun setelah dia menanggalkan helmet, Hana tersenyum lebar.

"Eh, abang Zafran!" teruja Hana melihat sepupu yang menetap tidak jauh dari rumahnya.

Zafran senyum melihat kanak-kanak kecil yang comel itu. "Hana tunggu abah Hana eh?"

Hana mengangguk.
"Haah, abang. Dah lama Hana tunggu ... Hana rasa abah lupa nak ambil Hana lah." Hana mencebik bibir gaya merajuk. Zafran ketawa melihat muncung sedepa Hana.

Bayangan LukaWhere stories live. Discover now