[Siri BERDAMAI]
Hana sudah terluka terlalu lama; dilahirkan dalam keluarga yang tidak bahagia dan membiarkan diri bergari pada masa silam yang menyakitinya setiap hari. Hana terluka, dan dia takut dirinya akan melukai orang lain.
Kerana luka-luka ya...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Malam berganti siang. Cuaca yang baik pada pagi itu tetap kelihatan mendung bagi Hana. Dia meninggalkan katil dengan berat. Meski tubuhnya terasa letih dek melawan beban emosi saban hari, dia tetap perlu bersiap untuk ke sekolah.
Hana ialah pelajar yang cemerlang dan dipuji oleh guru-guru. Dia tak mahu apa jua kejadian pahit semalam terus membalut tubuhnya sehingga memburukkan nama baiknya di sekolah.
- - -
Tatkala semua pelajar sibuk mencatat nota yang diberikan oleh Cikgu Norizan di papan putih, Firdaus seperti tenggelam dalam dunianya sendiri. Remaja lelaki yang merupakan pengawas sekolah itu duduk di meja dengan kepala sedikit tunduk, tangan kanan memegang pensel dan buku latihan yang terbuka luas di hadapannya. Tetapi bukannya mencatat nota, Firdaus asyik menconteng sesuatu di sudut halaman buku latihannya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Firdaus senyum sendiri sambil melukis nama itu dengan pelbagai corak di sekeliling, setiap satu dihiasi dengan garis-garis halus yang penuh perhatian. Melihat contengan sendiri, dia merasa puas dengan hasil seninya walaupun tiada siapa tahu betapa berertinya nama empat huruf itu untuknya. Setiap huruf ditulis dengan begitu teliti, seolah-olah dengan cara itu dia dapat mendekati gadis yang tak mampu untuk dia dekati.
Iqbal, sahabat rapat yang juga merupakan teman semeja Firdaus, memerhati dengan penuh minat dari kerusi sebelah. Iqbal, yang terkenal dengan perangai suka menyakatnya itu tidak dapat menahan diri dari mengambil kesempatan.
"Hoi, amboi... Hana, Hana, Hana!" sakat Iqbal dengan perlahan supaya tidak didengari oleh Cikgu Norizan atau menganggu pelajar lain. Cukup didengari oleh Firdaus sahaja.
Firdaus terkejut, cepat-cepat menutup buku latihannya dan memandang Iqbal dengan wajah yang merah padam. Iqbal menoleh ke arah Firdaus dengan senyuman nakal.
"Daripada kau angau tak tentu pasal macam ni, apa kata kau pergi je bagitahu Hana yang kau suka dia?" gurau Iqbal sambil mengangkat kening berulang-ulang kali, cuba memancing reaksi daripada Firdaus.