Laju tangan menaip di papan kekunci laptop. Kalau papan kekunci itu boleh bercakap sudah lama dia kata yang dirinya kata sakit akibat di tekan berkali-kali secara terpaksa dan kuat. Demi selesaikan kerja dia sebelum waktu pulang, laptop pula jadi mangsa.Ikut pengiraan sudah dua kali dia menukar laptop baru dengan alasan yang sama. Kekunci laptop tercabut dari tempat asal. Entah macam mana dia menaip pun dia tak tahu. Semua nak rosak, kalau barang itu tahan lebih satu tahun, dia dah boleh sujud syukur dah.
Inilah kerjaya dia sebagai komersial welder. Tak di tengah laut. Di pejabat. Tulis laporan. Meeting.
Jam dinding di pandang. Masuk kali ini dah 30 kali agaknya dia renung jarum jam. Kenapa jarum jam itu tak berubah tempat langsung. Dua minit berlalu dengan sangat lambat. Kura-kura pun jalan lagi laju dari jarum jam.
"Dah lah di tenungnya jam tu. Nak tembus dah akak tengok awak duk tenung jam tu. Awak balik pun tak ada siapa nak marah. Kerja awak dah siap kan?"tegur satu suara dari arah tepi.
Segera wajah di paling melihat wajah pemilik suara itu. Kemudian senyuman paling manis dia lemparkan. Walaupun dia penat yang terlampau hari ini, tenaga dia untuk bersosial pun sudah habis. Yang ada dalam kepala dia hanyalah rumah dan katil.
Dapat dua benda itu, dia dah tak nak fikir semua ini. Dunia semua ini!
"Mana boleh kak. Saya datang tepat, balik pun kena tepat. Nanti gaji saya tak berkat."jawab Hani sopan. Sambil bercakap tangan dia lincah mengemas peralatan di atas meja kerjanya.
"Hani ada nak pergi mana-mana, lepas ni?"
"Saya nak balik kem kak. Balik rumah kakak. Saya rindu anak buah saya."
Kak Syifa hanya angguk. Selama dia kenal Hani dalam tempoh hampir tiga tahun ini. Dari mula gadis ini praktikal hingga menjadi pekerja tetap yang berjaya diserap oleh bos besar. Hani akan pulang ke rumah kakaknya setiap kali hujung minggu.
Kebetulan rumah kakaknya di perumahan kem askar. Sebab itu dia kata mahu balik ke kem.
"Saya balik dulu kak, hati-hati. Kalau ada orang yang akak tak kenal, akak karate je tau. Lari kalau boleh. Janji jangan terberanak sudah."ujar Hani sambil mulut dimuncungkan pada perut Syifa yang semakin menampakkan bentuk.
Hani terkekeh kecil apabila Syifa menarik muka. Konon tanda merajuk lah tu.
Tepat jam lima petang!
"Salam kak. Doa kan saya jumpa jodoh yang saya nak. Mana tahu mulut akak masin masa mengandung ni. Dapatlah akak rasa nasi minyak saya."permukaan tangan Syifa di tarik sebelum dikucup lembut. Perut bulat Syifa juga dipegang lalu di usap kejap.
Syifa hanya mampu menggeleng. Macam-macam lah gadis muda ini. Setiap hari dia suruh doakan benda sama. Dengan semua orang pula itu dia suruh doakan semoga dia dapat jodoh. Kalau di aras mereka ada 50 orang, agaknya 50 kali juga Hani akan cakap benda yang sama pada setiap orang.
"Dah pergi balik. Bosan dah akak dengar, awak asyik suruh doa benda yang sama."halau Syifa.
"Jahat mulut. Mana tahu, baby pun doakan saya. Akak rasa saya tak cukup cantik ke nak ngorat abang loreng dalam kem tu."
"Ya..ya. Awak cantik. Dah pergi balik!"
"Nak balik lah ini. Marah-marah pula."selamba Hani menolak bahu Syifa, hingga terduduk ibu mengandung itu. Nasib punggungnya mendarat di atas kerusi. Kalau tidak, tak ke naya. Bergema satu aras ini dengan suara Syifa dan Hani saja.
HANI berhentikan kereta di pondok pengawal yang dijaga oleh dua askar yang berbaju loreng berwarna biru melambangkan yang mereka tentera udara. Walaupun dah kerap datang ke sini. Dia masih perlu menulis nama di buku kedatangan pelawat. Dah itu protokol, nak buat macam mana. Undang-undang tulis begitu, wajiblah dia sebagai rakyat ikut.
YOU ARE READING
HIS CODE NAME: SHADOW (SLOW UPDATE)
RomanceHud Eshan, seorang lelaki yang berpangkat leftenan kolonel (U) di pangkalan udara bukit Jugra. Dia sangat ditakuti di medan perang. Arif dalam menggunakan senjata. Digeruni, di takuti tetapi rakan yang paling rapat saja yang bertapa gilanya perangai...