"Kau balik rumah mak tak, dik? Bila kau nak balik?"tanya Hara sambil menjadi pemerhati anak yang sedang menyiapkan tugasan sekolah mereka.
"Balik. Dua atau tiga hari sebelum pergi Terengganu. Kenapa? Nak ikut?"
"Lama ke kau pergi kali ini?"tanya Hara dengan wajah yang sudah berpeta kerisauan. Hani lepas keluhan apabila kakaknya pamerkan wajah minta penampar tu. Inilah drama yang dia perlu hadap sebelum pergi ke pelabuhan.
Hani angkat bahu tanda dia tak tahu berapa lama masa yang akan diambil untuk berada di tengah laut itu. Dia langsung tak dapat mengagak. Projek yang bakal di lakukan adalah projek baru, mungkin banyak kerja di sana nanti.
Kerja yang dia tak boleh nak elak. Jika nama dia naik pada pihak atasan, haruslah dia sediakan fizikal dan mental.
Hara bertindak mengunci mulut. Tak mahu bangkitkan isu berapa lama adiknya akan berada di Terengganu. Dia tahu kerjaya adiknya sekarang leboh sesuai di galas oleh orang lelaki tetapi nak di halang tak boleh juga. Sedari kecil Hani sudah minat dengan aktiviti lelaki, semua itu sudah sebati dalam diri dia. Yang penting selagi apa yang adik dia mahukan dalam hidup tidak bertentangan dengan ajaran agama. Selagi itulah dia akan sentiasa sokong.
"Bila nak kahwin?"deras kepala si adik sudah berpusing menghadap dia dengan sinaran anak mata yang sukar ditafsirkan.
"Ha! Cakap pasal kahwin, kau tak nak carikan aku calon jodoh kak? Dekat kem tu berlambak anak buah abang. Bagi lah aku kenal sorang dua. Jadilah kak. Kau tahu berapa lama kau tak tunggu kau tanya soalan ni kak? Aku tak nak kau cop aku adik yang gatal."ujar Hani selamba. Terkebil Hara dibuatnya.
Terbit rasa menyesal dalam dirinya. Tak patut dia tanya adiknya soalan macam tu. ini kalau dah bangkitkan isu jodoh, memang tak akan habis sampai kesudah. Hara tarik nafas dalam kemudian di hembus perlahan. Dia perlu sediakan telinga bermula dari sekarang.
Percayalah cakap dia, esok si Hani ini akan berzikir tepi telinga dia supaya dia segera carikan jodoh untuk dirinya. Dia berani kerat jari kalau esok Hani diam dan tak bangkitkan bila pasangan dia nak muncul dalam hidup.
Baru 26 tahun. Muda lagi. Cakap orang. Bila difikirkan semula, sewaktu dia sebaya dengan Hani dia sudah mendirikan rumah tangga dan tinggal hitung waktu untuk menyambut anak pertama. Beza umur dia dengan Hani tidak lah jauh sangat. Hanya beza 6 tahun. Sekarang dia berumur 32 tahun. Anak dua.
"Akak...."
Bingkas Hani bangun dari kerusi dan berlalu pergi. Telinga juga di tekap dengan telapak tangan. Dia tak nak dengar apa yang Hani mahu mengarut sekejap lagi. lebih baik dia jauhkan dirinya.
"Akak tak nak dengar kau mengarut. Teman Ridzuwan buat kerja sekolah. Lepastu suruh dia tidur."jerit Hara dari arah dapur.
"Cis! Tak guna punya kakak."sebal Hani rasakan. Masa ada cerita nak ceritalah kakaknya tak mahu mendengar luahan hati dia. bila dia diam seribu tahu pula cari, tanya keadaan.
Beginilah manusia, masa ada di depan mata tak mahu dihargai. Bila dah hilang baru tercari dan bertanya khabar.
ESHAN berjalan dengan penuh hati-hati. Satu bunyi pun dia tak keluarkan sepanjang dia berjalan. Eshan selaku ketua dalam latihan gerak gempur kali ini berada paling hadapan. Hal ini dia dapat pastikan anak buah yang berada dibawahnya semuanya selamat. Jika terjadi apa-apa semasa latihan ini berlangsung, biarlah dia yang yang terkena.
Tanggungjawab yang perlu dipikul apabila menjadi seorang ketua.
Tiba-tiba satu letupan bergema tidak jauh dari Lokasi mereka bersembunyi. Teriakan beberapa orang yang melakonkan waktu penduduk kampung juga kedengaran begitu nyaring. Walaupun hanya latihan tetapi mereka menggunakan senjata yang nyata.
"West, clear! Permission to proceed sir?"ujar satu suara dari corong alat pendengaran yang di pakai oleh Eshan.
"Procced!"
"This is Charlie leader. Copy."balas Eshan atau nama sebenarnya Hud Eshan yang berpangkat leftenan kolenal udara.
"Move!"lantang suara Eshan mengarahkan semua anak buahnya.
Suasana yang bertukar menjadi huru-hara langsung tak menggangu fokus Eshan. Masih fokus dengan target utama dia iaitu ketua pasukan pengganas. Muncung senapang dihalakn tepat ke dada pengganas. Bibir naik sini. Easy!
Cepat. Senyap. Pasti.
Itulah slogan TUDM yang dia pegang dari hari pertama dia menyertai angkatan tentera. Picu ditarik, dengan sebutir peluru mampu menjatuhkan pengganas. Kelam kabut mereka apabila ketua sendiri tumpas.
Dalam masa yang sama lapan orang anggota lain sudah siap sedia mengepung kawasan yang sudah menjadi taklukan pengganas. Apabila ketua tumbang, anak buah akan kehilangan arah tuju. Main psikologi. Itulah yang Hud cuba lakukan sekarang.
"Line clear."kata Fakhri.
"Copy that."balas Hakim
Tiba-tiba seorang pengganas bertindak di luar kawalan. Seorang penduduk kampung di tarik dan helernya diacu dengan pisau untuk dijadikan sebagai tembusan. Eshan keluar dari tempat persembunyi apabila suasana menjadi semakin kacau.
"Claim down. Put your weapon down."serentak itu Fakhri jatuhkan badan dia untuk meletakkan senjata ke bawah di ikuti dengan anggota yang lain. Eshan bersama dengan wajah tegangnya berundur sedikit kebelakang dan bergerak ke tempat lain tanpa ada seorang pun yang perasan.
"Kau yang kena turunkan senjata. Kalau tak budak ini mati! Semua sekali!"jerit pengganas itu lagi. Budak lelaki yang menjadi tembusan ketika ini sudah menggigil ketakutan. Dari pandangan mata kasar Eshan budak lelaki itu sekitar tujuh atau lapan tahun.
Tanpa pengganas itu sedar, Eshan sudah berdiri tegak di belakang dia. Eshan bertindak menyepak belakang pengganasitu sehingga tersungkur ke dapan. Secara tak langsung budak lelaki yang menjadi tembusan tadi terlepas dari pegangan.
Eshan paksa pengganas itu untuk bangun dan melutut. Tangan pengganas itu di silang ke belakang di bantu oleh Hakim. Kemudian, pengganas itu di bawa pergi oleh pasukan lain. Eshan menarik nafas lega.
"This Charlie leader. This mission succeeds."kata Eshan di hujung talian.
Beberapa minit kedengaran loceng yang menandakan latihan mereka telah tamat. Latihan gerak gempur kali ini berjalan dengan lancar. Anggota di arahkan masuk baris. Tak lama selepas itu, susuk panglima tentera udara keli
"Goodjob. Tahniah saya ucapkan. Latihan kali ini awak semua tak main-main. Kamu semua dah tunjukkan yang awak semua layak untuk terus berada di bawah Angkatan tentera. Ingat janji awak semua pada negara. Ingat sumpah setia yang telah kamu tabur."ujar panglima dengan penuh rasa bangga.
YOU ARE READING
HIS CODE NAME: SHADOW (SLOW UPDATE)
RomanceHud Eshan, seorang lelaki yang berpangkat leftenan kolonel (U) di pangkalan udara bukit Jugra. Dia sangat ditakuti di medan perang. Arif dalam menggunakan senjata. Digeruni, di takuti tetapi rakan yang paling rapat saja yang bertapa gilanya perangai...