NASI goreng yang sudah siap dihidang, diceduk masuk ke dalam pinggan. Belum sesuap nasi masuk ke dalam mulut nama dia sudah diseru dari dapur. Sudu di letak kembali. Kalau ya pun nak bercakap dengan dia, rasanya tak perlu nak menjerit dari jauh kut. Boleh saja cakap dekat meja makan.
Kepala dipanggung apabila kerusi meja makan dihadapannya bergesel dengan permukaan lantai. Segak. Berpakaian loreng biru, siapa lagi kalau abang ipar dia. Komander Rizal menggendong Ridzuwan yang masih lena dalam dukungan. Begitu juga dengan si adik; Raisha
Macam ini lah drama malas nak bangun pagi. Sebetulnya dia cemburu dengan si adik. Jadinya tak menang tangan lah babah mereka nak dukung dua anak sekali gus setiap pagi.
"Dah kenapa tu? Halah..halah, mengada betul. Kau dah besar lah bang. Nak dukung bagai."usik Hani.
"Biarlah. Acu jeles. Babah acu tak ada dekat sini."lidah dijelir.
Komander Rizal geleng kepala. Kalau berjumpa, ada dua perwatakan. Yang pertama tak boleh nak berenggak. Anaknya asyik nak berkepit dengan maksu mereka. Nak ikut kemana saja kaki maksunya melangkah. Tidur pun nak maksunya dodoikan. Perwatakan kedua pula, gaduh sepanjang masa. Macam ini agaknya apabila anak bongsu dan cucu sulung satu dunia berjumpa.
Baru ingin membalas percakapan anak buah. Sekali lagi satu suara matikan niat Hani.
"Makan dik. Pagi-pagi dah bising. Dengar orang sebelah nanti."
Hani buat tidak dengar. Antara suara dia dan kakaknya, kakaknya lagi macam tertelan mikrofon. Sudah kuat, nyaring pula tu. Suapan nasi goreng yang tertangguh tadi, di suap kembali masuk ke dalam mulut.
Lihat abang iparnyal, baru dia teringat. Hari ini hari sabtu. Hari Sabtu pun kerja ke. Bilanya masa askar ini cuti sebenarnya. Dia boleh kira berapa kali saja abang iparnya ada dirumah apabila cuti hujung minggu.
"Nanti tolong jagakan Ridzuwan dengan Raisya eh."pinta Hara.
"Kau nak pergi mana kak?"
"Nak pergi beli barang dekat kedai sekejap. Beli barang dapur sikit untuk masak tengahhari nanti."
"Oh, okay."kata Hani sepatah lalu baki nasi goreng di dalam pinggannya segera dihabiskan. Lalu pinggan kotor miliknya di bawa ke singki.
Hani termenung sambil mencuci pinggan. Dia suka je balik rumah kakaknya ini di kem. Alang-alang teman kakaknya sekali. Biasalah isteri askar selalu kena tinggal. Kakaknya pula jenis hati tisu yang minta kaki. Anak dah dua pun setiap kali suami pergi operasi menangis bagai nak rak.
Siapa yang kena pujuk. Dia lah! Siapa lagi?
Tetapi Hani tak selalu boleh teman kakaknya. Kadang dia pun perlu pergi ke pelantar minyak kalau pihak sana memerlukan khidmat Hani. Kerjaya dia sebagai komersial welder, tak menentu. Bila-bila masa saja boleh di panggil. Kalau bernasib baik kerja di darat. Kalau ada projek di tengah laut, terpaksa juga pergi kalau namanya sudah naik dalam senarai.
Dalam sebulan, Hani boleh kira dengan jari berapa kali dia duduk di pejabat. Selebihnya dia berada di luar kawasan. Orang kata kerja dia merbahaya, tetapi apa dia kisah. Dah dia suka. Nak buat macam mana.
Macam tu juga kalau dia suka seseorang. Kalau orang tu tak suka, dia tak kisah. Dia akan kejar apa yang dia nak sampai dapat. Biarlah dia tanggung malu sekali pun asalkan apa yang dia mahukan ada dalam genggaman dia.
Baru setapak Hani mahu melangkah keluar dari dapur, teliga dia di sapa dengan suara orang. Rasa bukan seorang sebab dari suara yang dia dengar, lebih dari seorang. Ini lah risiko rumah berdekatan dengan padang askar melakukan latihan harian.
Kepala dipanjangkan sedikit. Jenggah keluar, kebetulan area dapur betul-betul menghadap padang tempat askar berlatih. Dalam tak sedar bibir Hani naik mengukir senyuman. Dia suka lihat pemandangan macam ni.
YOU ARE READING
HIS CODE NAME: SHADOW (SLOW UPDATE)
RomanceHud Eshan, seorang lelaki yang berpangkat leftenan kolonel (U) di pangkalan udara bukit Jugra. Dia sangat ditakuti di medan perang. Arif dalam menggunakan senjata. Digeruni, di takuti tetapi rakan yang paling rapat saja yang bertapa gilanya perangai...