Kunci kereta di capai. Baru beberapa langkah namanya sudah di seru daripada jauh. Dia kenal suara itu. Suara kakaknya. Nak suruh apa lagilah tu, rasanya Ridzuwan dan pergi sekolah, Raisha pun dah pergi tadika. Hani berdiri dijenang pintu sambil tangan naik melipat dada.
Tak lama selepas itu, muncul kakaknya dari dapur bersama dengan beg untul letak bekas makanan. Samapi di depan sang adik, segera Hara hulurkan bekal yang perlu Hani hantar kepada suaminya. Suaminya tergesa sangat nak masuk kem sampai tak semat cakai bekal yang dia sudah sediakan. Katanya ada hal mustahak.
Hani jungkit kening tetapi tangan masih masih menyambut huluran itu. Isi dalam beg itu dihengah sedikit. Mahu tahu juga apa isi dalam beg itu.
"Kau nak keluar kan?"
Angguk.
"Tolong hantarkan bekal dekat abang. Dia terlupa bawa tadi pagi. Nanti kakak suruh dia tunggu dekat depan pintu kem. Jadi kau tak payah masuk sampai dalam. Kau hulur dari dalam kereta pun boleh."
"Kak, apa kau merepek kak? Tak masuk kem bendanya? Adik ni kalau drive, tak sampai 5 minit sampai tempat kerja abang.""Iya tahu. Tolong lah."
Sekali lagi Hani angguk. Tak tahu dia nak menyelit apa. Kakaknya bercakap tak ada tanda noktah langsung. Macam mana dia nak mencelah. Macam mana abang ipar dia melayan kakak dia bercakap eh? Perasaan ingin tahu itu semakin membuak-buak apabila abang iparnya adalah seorang yang pendiam.
"Okey kakak. Dah habis cakap kan? Nak adik tolong hantar tak ni?"
"Nak...nak. Terima kasih adik ku sayang."ujar Hara teruja hingga menampakkan lesung pipit yang indah dia muncul di pipinya.
Beg kertas di tangan di pandang kejap. Menariknya hantar bekal dekat suami. Mesti suami tu tak pernah nak fikirkan makan dekat mana waktu lunch nantikan. Seronoknya. Hani rasa macam mahu menjerit kegembiraan walaupun dia bukan dalam situai itu.
Comel lah pasangan macam ni. Sanggup bangun pagi-pagi sediakan sarapan. Sediakan bekal untuk suami lagi. Patutlah cinta abang iparnya untuk kakaknya tak habis-habis. Tips yang menarik untuk dia yang bujang ni.
Bila lah agaknya dia nak rasa semua benda ni eh? Macam jauh lagi je perjalanan jodoh tu nak jumpa dia. jodoh dia tu tak kesian ke dengan dia, asyik gagal je dalam percintaan, agak-agak jodoh dia tengah jaga jodoh siapa sekarang.
Atau jodoh dia sekarang ada dalam kem ni.
Hani geleng kepala. Semakin jauh pula apa yang dia fikir. Ini kalau kakak dia tahu mahunya kena bahan tujuh hari tujuh malam.
Minyak di tekan sebelum kereta Myvi itu meluncur keluar dari garaj kereta. Tak lupa beg kertas yang ada bekal makanan abang iparnya di letak di tempat duduk penumpang. Bekal itu di pakaikan tali pinggang keledar. Kalau jatuh dia juga yang di salahkan.
Lebih baik dia elak sebelum dia penat menjawab nanti.
"NAH. Isteri kesayangan abang suruh tolong hantarkan. Adik nak keluar ni. Abang nak apa-apa lagi tak?"soal Hani.
Beg kertas bertukar tangan.
"Tak ada dah. Terima kasih tolong hantarkan bekal ni. Adik nak pergi mana."
"Nak pergi hantar laporan dekat ofis sekejap. Kenapa?"
Sekali lagi Komander Rizal jatuhkan kepala. Tak tahu nak bora kapa lagi. ini pun dia sekadar berbasa basi. Dia tak selesa kalau satu kem nampak adik iparnya ini. Sewaktu Hani ikut di ke LIMA tahun lalu pun hampir haru satu kem. Baginya raut wajah Hani sama saja dengan isterinya. Jadi dia tak nampak apa-apa yang istimewa.
Isterinya dah cukup cantik.
Bila kenalkan dengan anggota lain, semua kemain puji bagai nak rak. Tak kalah dengan anggota yang baru rekrut juga. Naik pening dia melayan semua orang. Sebagai lelaki dia boleh saja beri nombor supaya Hani berkenalan dengan anak buahnya.
Tapi macam isteri dia kata, anak buah dia semuanya hauk. Dia tak nak timbulkan apa-apa masalah dengan isterinya. Jika bergaduh dia yang jadi haru nanti. Tak nak...tak nak... simpang malaikat 44 kalau dia perlu dengar isterinya membebel kerana kenalkan Hani dengan anak buahnya.
Tiba-tiba anak matanya tertancap pada seseorang yang berdiri tegak tidak jauh dari kerta dia. Kalau mahu lebih spesifik, lelaki itu berada betul-betul di belakang abang iparnya. Dhujung jari nak menyentuh lengan sasa si abang ipar. Menyuruh untuk ke tepi sikit.
YOU ARE READING
HIS CODE NAME: SHADOW (SLOW UPDATE)
RomanceHud Eshan, seorang lelaki yang berpangkat leftenan kolonel (U) di pangkalan udara bukit Jugra. Dia sangat ditakuti di medan perang. Arif dalam menggunakan senjata. Digeruni, di takuti tetapi rakan yang paling rapat saja yang bertapa gilanya perangai...