Bab 4

15 4 0
                                    

Irdina berada di jalan raya bersama Raziq dan anak-anaknya, mereka hendak melintas jalan untuk pergi ke sebelah sana. Terdapat banyak kereta yang bergerak dengan begitu pantas, kemungkinan hilang nyawa sekiranya tidak berhati-hati.

Semasa Irdina dan Raziq sedang menunggu masa yang tepat untuk melintasi jalan. Namun, Aryan dan Rayyan tidak tahu apa-apa, mereka berlari ke jalan raya itu tanpa melihat Kiri kanan selepas tangan yang dipegang oleh Raziq terlepas..

Malang nasib anaknya..kereta yang dipandu dengan kelajutan yang tinggi telah melangggar anaknya..darah memercik di seluruh jalan dan organ yang pada awalnya berada di dalam badan mengikut susunan, kini terkeluar dalam keadaan hancur tiada rupa, sungguh kejam tak terkata pembunuhan ini..

*******

Irdina terjaga dari tidur yang terganggu, hatinya dikuasai oleh rasa cemas yang mendalam selepas mimpi buruk yang membayangi fikirannya, dia melihat anaknya mati di depan matanya sendiri. Mimpi ini adalah perkara terakhir yang Irdina tidak ingin terjadi..

Dalam gelap, dia meraba-raba untuk mencari anak-anaknya yang tidur di bilik sebelah. Kakinya bergerak pantas, penuh dengan ketakutan yang tidak berkesudahan. Apabila tiba di depan pintu bilik anak-anak, dia berhenti sebentar, menelan air liur, dan melangkah masuk dengan tangan yang bergetar.

Dia menghampiri tempat tidur anaknya, Rayyan dan Aryan, dengan hati yang berat penuh kebimbangan. Suara Irdina bergetar ketika dia memanggil nama mereka,

"Rayyan... Aryan..." Perlahan-lahan, dia mengusap rambut mereka yang lembut, merasakan kehangatan yang membuatkan hatinya lebih berat. Dia membungkuk dan memeluk mereka dengan penuh kesedihan, tangannya menggenggam erat tubuh kecil mereka.

Laila menangis dalam diam, dia berbisik dengan penuh penyesalan, "Maafkan ibu, sayang..." Dalam pelukan itu, Irdina akhirnya menyedari betapa mendalamnya kasih sayangnya terhadap anak-anaknya, walaupun dia sering kali menafikannya.

Keesokan harinya..

"Sayang..jom makan" kata Raziq. "Dengan anak-anak?" Tanya Irdina, sambil bersedia untuk berdiri.

"..Abang faham kalau sayang taknak tapi-" Raziq tidak sempat menghabiskan ayatnya lalu "ok" balas Irdina, dia bersetuju untuk makan bersama-sama.

"Apa dia?" Tanya Raziq, dia sangat terkejut dan gembira apabila mendengarnya.

"dah dengar kan?" Balas Irdina sambil memandang tempat lain..

"okay okay" kata Raziq, tanpa sebarang amaran dia menarik tangan Irdina pergi ke meja makan.. mukanya sangat teruja.

Di Meja Makan

Irdina melangkah masuk ke dalam ruang makan dengan perasaan yang sangat gugup. Setiap langkah terasa begitu berat, seolah-olah ada beban emosional yang menghimpit hatinya. Di hadapannya, anak-anaknya, Rayyan dan Aryan, duduk dengan muka yang penuh kecanggungan. Irdina, ibunya, memperhatikan mereka dengan rasa bersalah yang mendalam.

Rayyan dan Aryan tidak menyangka ibunya akan muncul dalam makan malam mereka. "Aryan... Rayyan..." kata Irdina, suara yang hampir tidak terdengar kerana kesedihan yang mendalam. Wajahnya tampak lesu, penuh penyesalan.

Rayyan, merasa tidak selesa, cuba untuk menjauh. Dia takut ibunya membencinya. "Rayyan!" panggil Irdina lembut. "Anak-anak mama, datang sini..."

Rayyan dengan ragu mendekati Irdina, "Ma... mama?" suaranya bergetar, penuh ketidakpastian. Aryan juga mendekat, mata yang penuh kerinduan dan kesakitan. Hatinya sangat sakit kerana dia sangat merindui ibu mereka.

Irdina menghampiri mereka, perasaannya bercampur baur antara kesedihan dan harapan. Dia tahu bahawa dia telah menyakiti anak-anaknya dengan ketidakhadirannya selama ini. Setelah ibunya meninggal dunia semasa melahirkannya, Irdina merasa seolah-olah dia telah kehilangan dua orang penting dalam hidupnya, ibunya dan dirinya sendiri sebagai seorang ibu. Dia menyalahkan Rayyan kerana kematian ibunya dan menjauhkan diri dari anak-anaknya selama bertahun-tahun.

Halangan Yang Menyatukan CintaWhere stories live. Discover now